kahwin

1.9K 45 1
                                    

"Adam mama suruh pergi butik pengantin." Terpaksa Alya menelefon Adam. Mengenangkan mamanya memaksanya menempah baju kahwinnya sendiri.

"Kau pergi sorang tak boleh ke?" Adam mendengus. Waktu tidurnya dikacau. Yalah sudah pukul 2pagi Alya menelefonnya.

"kereta saya masuk bengkel. Mama pula buzy uruskan hal yang lain"

"Yalah. Lain kali bagitahu awal sikit. Kau dah ganggu sleeping beauty aku."

"Elehh chillah baru pukul dua."

"Sorry. Sekarang ni 2pagi bukan dua petang. Huh."

"Elehh beauty lah sangat." Alya mengejek.

Tutt..

Alya memandang telefon pintarnya.

"Siot dah matikan eh."

Alya asyik memikirkan bagaimana mahu mengajak Adam menempah baju pengantin. Takut tak pasal-pasal kena marah. Tetapi dia terlelap dan tersedar tepat pukul dua. Alya bangun dan melakukan solat tahajud dan menelefon Adam. Gila. Pepagi dah telefon anak teruna orang.
.
.
.
"Woi lama noh kau try baju tu. Buat baju ke apa?" Adam memekik.

"Sabar lah." Alya masih mencuba untuk mengezip busana pengantinnya.

'Aduh takkan nak keluar dengan tak zip. Macam mana nak tunjuk dia okay ke tidak.'

'Alah minta tolong dia je lah. Bukan sesiapa bakal laki aku gak an.'

"Adam. Sini jap"

"Apa?"

"Masuk japlah sini." Alya memanggil Adam untuk masuk kedalam fitting room.

"Alah keluar je lah."

"Tak boleh lah. Kan saya dah cakap." Alya mula hilang sabar.

"Ishh pompuan ni lah. Bukak lah lock dia ni."

Mata Adam seakan terpaku melihat keindahan dihadapan dia ni.

'Cantiknya minah ni. Dulu nerd je eh.'

Penampilan Alya tika itu boleh membuat Adam meleleh ayaq liur taw.

"Apa tengok? Ni tolong zipkan tak sampai." Alya memusing ke belakang.

Adam tergamam lagi.

'Mak aih putih gebu siot.'

"Eee zipkan lah." Alya menghentak kakinya sedikit.

"Ehh aa okay." Tergagap Adam.

'Baik zip cepat-cepat karang tak pasal-pasal ada adegan panas pula.'

"Cantik tak?" Alya pantas berpusing macam tuan puteri.

"Kalau ye pun nak acaca tuan puteri keluar lah dulu dari fitting room ni dah lah panas." Adam membuka pintu fitting room. Alya hanya membontoti langkah Adam.

"Cantik kannn" Alya berpusing.

"Heh. Kalau kau yang pakai tak cantik. Macam sampah" selamba Adam mengutuk.

"Hak alah. Suka hati je nak cakap orang sampah." Alya pantas menendang tulang kering Adam.

"Aduh sakit lah setan kecik." Adam berura-ura ingin mengejar Alya dengan kakinya berdengkot-dengkot.

Alya pantas melarikan diri melihatkan Adam yang sukar untuk berjalan dia menghadap bakal suaminya dan hanya mentertawakan Adam dengan melangkah secara mengundur perlahan-lahan.

Tak semena-mena Alya terpijak hujung dress pengantin dan terjatuh. Adam turut terjatuh diatas badan Alya dek kerana keadaannya juga yang tidak stabil. Penangan tendangan Alya.

"Auchh sakit lah Adam. Bangun cepat."

Adam terkaku melihat wajah Alya. Rapat. hidung mereka bersentuhan.

"Adamm." Alya sedikit meninggikan suaranya.

Adam tidak mendengar. Bibirnya makin dirapatkan.

"Aadamm" Alya menjerit. Adam tersedar.

"Ehh.." Adam bangun dari atas tubuh Alya.

Alya membetulkan pakaiannya. Tapi dia terasa kepalanya digrip. Sekarang kepalanya sudah berada dibawah ketiak Adam.

"Tadi kau tendang aku kan." Adam ingin membalas dendam.

"Aduhhh Adam sakit. Yaaa saya salah sorry salah saya." Adam mengetatkan lagi cengkamannya.

"Adam sakitlah lepas. Alya say sorry eh" Alya membuat suara comelnya.

Setelah dilepaskan dari cengkaman Adam. Alya membetulkan lehernya. Alya menjeling bakal suaminya.

"Haa jeling lah sampai juling." Adam memerli.

"Cik dah pilih baju?" Seorang pekerja butik menegur mereka.

"Ohh dah. Saya ambil baju ni." Alya menyanggul rambutnya tinggi. Tak semena-mena penyanggulnya ditarik.

"Awak ni kenapa?" Alya memarahi Adam.

Adam hanya tersengih kemenangan. Suka melihat muka Alya tika itu.

"Nak lah." Alya masih cuba mengambil penyanggulnya. Adam pula sengaja mengangkat tinggi penyanggul Alya. Yalah. Adam kan tinggi. Nak dibandingkan dengan Alya. Pendek.

"Kalau boleh ambik lahh. Pendek." Adam memprovokasi.

"Eee malas lah saya nak layan awak ni. Otak mereng." Alya jalan menonong. Meninggalkan Adam yang tersengih sendirian dibelakang.

SetiaWhere stories live. Discover now