kenapa?

1.3K 46 2
                                    

"Kenapa kau dengan Airil macam tak rapat." Alya mendekati Adam. Dada bidangnya dielus perlahan. Nafas Adam sudah tidak tertahan. pantang digoda.

"What if kalau mulai dari sekarang kita gunakan abang-sayang sebagai panggilan." Tanganya menggenggam tangan Adam kuat.
Sebenarnya Alya malas mahu membahaskan tentang perhubungannya dengan alongnya.

"Maksud kau?"

"Maksud sayang. Emm macam pasangan suami isteri yang lain lah"

"Hell no." Adam sedikit meninggikan suaranya.

Alya hanya tersengih tak percaya.

"Tapi kan kita dah bersama" Alya cuba menahan tangisnya. Kecewa. Takkan lah dia bersama dengan aku sebab suka-suka je.

"Tu sebab kau yang nak. Bukan aku yang nak pun."

"Tapi Adam.."

"No tapi-tapi. Aku dah tunaikan nafkah batin aku. Jadi permintaan yang lain takkan dilayan. Faham?" Adam berlalu. Tetapi Alya sempat menggapai tangan Adam.

"Takkan sekelumit pun awak tak pernah cintakan saya." Alya mengenggam tangan Adam kuat.

"Tak. Tak pernah langsung." Langsung tiada riak bersalah Adam menuturkannya. Alya merasakan dirinya seakan dipermainkan sekali lagi. Jiwanya marah. Hatinya luka buat kedua kalinya.

"Okay baiklah. Kalau macam tu tak pe." Alya melepaskan genggamannya, membiarkan Adam naik ke bilik. Kunci kereta diambil dan keretanya memecut laju membelah jalan raya. Dirinya perlu ditenangkan.

Didalam kereta Alya menghamburkan tangisannya semahu-mahunya. Setibanya dihadapan masjid dirinya berfikir sejenak.

Langkah kakinya terus dibawa masuk kedalam masjid.
.
.
.
"Alahai manalah perempuan ni pergi." Adam kehulu kehilir diruang tamunya. rancangan di televisyen langsung tidak menarik minatnya. Bimbangnya terhadap Alya mengatasi segalanya.

Terdengar saja enjin kereta masuk ke perkarangan rumah, terus sahaja Adam duduk diatas sofa.

Terdengar sahaja pintu dibuka Adam terus menyoal Alya senada.

"Kau dari mana." Bukan Alya tak dengar pertanyaan Adam tetapi dia malas mahu berhadapan dengan Adam. Masih belum bersedia. Dulu masa dirinya dipermainkan dia membawa dirinya ke negara orang, tapi kini tempat seorang isteri adalah disisi suami. Mana mungkin dia meninggalkan Adam.

"Aku tanya kau kan."

"Aku pergi jalan. Kalau kau nak makan kau order lah kat luar. Tak pun panaskan lauk tadi tengah hari. Aku penat." Alya terus naik kebilik untuk membersihkan diri. Adam yang berada diruang tamu hanya terdiam.
.
.
.
Alya asyik membaca buku La tahzan yang baru dibelinya tadi, tiba-tiba perutnya berkeroncong.

"Hailah lapar lah pula." Alya terpaksa turun kebawah untuk mencari makanan.

"Alahai lauk dah habis. Tak guna punya suami. tak ingat kat aku langsung." Alya terpaksa makan maggi kerana lauk yang dimasaknya sudah habis dibaham serigala didalam rumah itu.

"Slurrrpppp..." khusyuk sekali Alya makan sehinggakan tidak perasan bahawa Adam masuk kedapur.

Dari jauh Adam hanya melihat.

'Aku ni jahat sangat ke buat dia macam tu?'

"Ehem." Deheman Adam membuatkan Alya tersedak.

"Weyh kau okay tak?" Adam bimbang tangannya mengelus badan belakang Alya tetapi ditepis kasar.

"hish kau ni buat apa memalam gini?" Berkerut dahi Alya menahan perit didadanya.

"hmmm aku nak minum air." Adm terus mengambil air mineral dan diteguknya kasar.

"Adam aku ada sesuatu nak bincang dengan kau ni."

"Hah apadia?" Alya masih memandang maggi yang berada mangkuknya.

"Esok aku start kerja dekat butik mama. Boleh kan?"

"Sukahati kau lah.  Kau nak pergi mana-mana pun. Bukannya kau kecil lagi."

"Aku just minta keizinan kau je. Papepun terima kasih eh." Alya cuba menghadiahkan senyuman yang paling ikhlas terhadap Adam.

"Dah lah aku naik bilik dulu." Adam berjalan pantas ke biliknya.

'Dupdapdupdap.'

Adam memegang dadanya.

"Hish awat laju semacam je jantung aku ni."





Hai reader. Hope you like it yaaa 😍😘

SetiaWhere stories live. Discover now