dengar

1.3K 39 3
                                    

Airil yang kebetulan baru lalu dihadapan bilik Alya sempat terdengar perbualan mamanya dan Alya.

'Begitu sekali ke kau sedih dik'

Airil tidak betah melihat airmata adiknya. Memang dia tak suka akan Alya tetapi sebagai abang dia juga amat menyayangi Alya.

Langkahnya dibawa laju kearah wad yang menempatkan Adam. Adam pengsan kerana terlalu letih dan tidak makan semalaman.
sesampai sahaja Airil dihadapan bilik Adam terus sahaja Airil merempuh pintu wad tersebut. Mata Airil membulat. Adam sudah tiada dikatilnya.

"Manalah dia ni." Airil membebel sendiri. Airil terus mencari Adam diluar hospital.

Adam duduk sendirian dibangku luar hospital. Kakinya menguis-nguis tanah.
Tangan kasarnya mengesat airmata yang mengalir lesu di pipinya.

"Adam!" Airil menerjah Adam.

"Ehh abang Airil." Adam tersenyum

Bukkk!!

Tak semena-mena pipinya ditumbuk.

"Tak payah nak abang sangat. Kau dengar sini, kau lukakan adik aku kau jaga eh."

Tiba-tiba Adam mula menangis teresak. Airil terus melepaskan cengkaman dikolar baju Adam.

"Haah. Memang aku ni tak berguna. Tak guna sebab aku sia-siakan Alya." Adam duduk kembali. Sudahlah Alya tak mengingati dirinya. Menyesal kerana melayan Alya begitu.

"Sebab aku anak aku mati. Sebab aku juga Alya eksiden."  Jelas terpancar wajah kekecewaan  pada raut wajah Adam.

"Maksud kau?" Adam menceritakan cerita yang sebenar dan Airil hanya mengangguk.

"Aku betul-betul cintakan Alya. Sumpah." Adam meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

"Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau tawan semula hati dia."

"Hati dia dah terlalu terluka untuk aku. Aku rasa tak sanggup lagi aku nak seksa hati dia." Adam tertunduk lesu.

"Jadi kau nak lepaskan dia? Come on. Adam yang aku kenal tak macam ni."

"Tapi aku betul-betul dah banyak sakiti dia. Aku rasa aku patut biarkan dia cari bahagia sendiri."

"Karang aku tumbuk kau lagi sekali. Dia tu still sayang kau. Aku tahu sebab aku ni abang dia."

Adam tersenyum sinis.

"Layak ke aku disayangi dia?"

"Kau memnang banyak aura negatif. Cuba positifkan diri kau." Nasihat Airil.

Suasana sunyi seketika hanya kedengaran angin yang berdayu lembut dan kicauan burung.

"Aku rasa..aku patut ubati Alya semula." Airil memandang Adam.

"Ha nilah adik ipar aku." Airil menepuk bahu Adam kuat.
.
.
.
"Sayangg.." Adam mendekati Alya sambil membawa seplastik buah kegemaran Alya, mangga.

"Kau nak apa?" Alya pandang ke tempat lain.

"Ni aku ada bawakkan buah kesukaan kau, mangga." Adam mengeluarkan buah mangga dari plastiknya. Alya menelan air liurnya.

"Nah." Adam menghulurkan sepotong buah mangga pada mulut Alya. Alya ingin mengambil potongan mangga dari tangan Adam tetapi ditegah Adam.

"Hish. Biarlah aku yang suap." Disebabkan Alya terlalu kecur dengan tekstur buah mangga tersebut. Terus digigitnya hirisan mangga terus kedalam mulutnya.

Adam tersenyum puas. Dan terus menghiris buah mangga dengan potongan lebih kecil agar adegannya menyuap Alya dipanjangkan.

"Nak lagi tak?" Adam memandang Alya.

Alya mengangguk pantas. Adam mengeluarkan sebiji lagi buah mangga dan mengopek kulitnya. Saat matanya leka dengan keindahan ciptaan Allah dihadapannya, tak semena-mena jarinya terhiris sekali.

"Auch" Alya yang sedari tadi membuang pandangannya keluar tingakap kerana tidak betah ditenung Adam terus memandang kearah Adam yang mengaduh.

"Lain kali kalau kupas tu pandang mangga nya. Bukan pandang aku yang cantik ni." Alya angkat bakul sendiri. Alya terus mengambil handy plus dalam gerobok kecil yang berada di sebelah katilnya. Tangan Adam dibalut kemas. Adam hanya tersenyum lebar.

'Tak pe lah kalau kau tak ingat aku. Asalkan kau masih ambil berat pasal aku'

"Hoi!" Alya menyergah.

"Hah apa sayang?" Adam agak terkejut.

"Bayar eh handy plus aku ni. Seposen." Alya terus mengambil pisau pada tangan kanan Adam. Alya terus memotong buah tersebut dan terus menyuap pada mulut Adam.

"Nah." Tanpa banyak bicara terus Adam membuka mulutnya. Airmatanya ditahan.

"Adam"

"Ye sayang."

"Stop calling me that word. I hate it." Alya meninggikan sedikit suaranya.

"Okay. I'm sorry sayang" Adam menutup mulutnya.

"Okay . My bad."

"Apa yang awak nak cakap?" Adan tersenyum dihujung ayatnya.

"I think both of us need time."

"Maksud awak?" Alya menghela nafas panjang.

"Aku langsung tak ingat pasal kau, so macam mana aku nak hidup dengan kau?" Dihujung ayat Alya Adam tertawa sinis.

"Kenapa gelak? Lawak ke?" Alya menyilangkan tangan didadanya.

"Okay. I'll give you time okay. Tapi satu je abang minta. Stay kat rumah kita."

"No." Jawab Alya sepatah.

"Kalau awak tak nak, then i'll always bother you."

"What the..." Alya menjeling.

SetiaWhere stories live. Discover now