sibuk

1.2K 45 2
                                    

Hampir jam sepuluh malam Alya baru pulang ke rumahnya. Bekerja dibutik mamanya. Tetapi sebenarnya lebih kepada melepak. Alya malas untuk bersemuka dengan Adam.

"Huh penatnya." Alya menghempaskan badannya pada tilam empuk miliknya.

"Alyaaa... kau dah balik ke?" Terdengar ketukan dari luar. Yang pastinya itu Adam.

"Dah,kenapa?" Alya jawab malas.

"Masak weyh. Aku laparlah."

"Tak nak lah. Penat." Alya masih bermalasan.

Adam terus membuka pintu bilik Alya yang tidak berkunci. Terlihat Alya terbaring keletihan.

"Masaklah. Aku lapar." Adam menggoyangkan badan Alya yang pura-pura tidur.

"Aku cakap tak nak. Tu maknanya tak naklah." Alya mula hilang sabar.

"yang kau tak pasal-pasal nak marah aku kenapa?" Adam turut meninggikan suara. Tidak suka ditengking.

"Kan aku dah cakap aku penat."

"Siapa suruh kau kerja. Aku boleh sara kau lagi lah." Masih tidak mahu mengalah.

"Sekurang-kurangnya aku ada duit nanti bila kau tinggalkan aku bodoh. Dah lah kau keluar!!!" Alya mengusir Adam dari biliknya. Didalam bilik Alya meraup wajahnya.

'Kenapalah kau lawan cakap dia Alya. Dia suami kau tahu?' Monolognya sendirian.

Malas Alya mahu memikirkannya. Usai mandi dan solat Alya terus kedapur.

Adam yang duduk diruang tamu hanya senyap. Mukanya masam.

"Nah. Makan ni." Alya menghulurkan sepinggan nasi goreng kampung yang baru dimasaknya. Adam masih mendiamkan diri.

"Huh." Alya mengeluh.

"Okay look i'm sorry about just now okay.?" Alya memandang raut wajah kacak Adam yang masam.

"Kau ni tak yah lah buat muka macam tu. Dah lah hodoh. Makin hodoh tahu." Alya menahan nada suaranya. Wajah itu lah yang dirinduinya sepanjang berada dibutik. Dimana-mana ada sahaja wajah Adam. Tetapi dia jugalah yang melukakan hati Alya.

"Ish diam lah aku nak tengok tv ni." Alya tersenyum. Bercakap juga . Ingatkan dah bisu.

"Pahal senyum?"

"Tak de pape. Tu makan lah. Aku nak naik atas." Alya memberi alasan ,walhal tak sanggup menatap wajah itu. Nanti jatuh cinta lagi. Dan tak mustahil untuk terluka lagi.

"Emm kau tak makan ke?" Adam serba salah. Kelmarin salahnya juga Alya makan maggi karena dia tidak meninggalkan lauk untuk Alya. Rasa bersalah makin bertimbun.

'Aku ni selfish sangat ke?'

Alya tersenyum.

"Awak makanlah dulu. Saya dah kenyang." Lembut sahaja tutur bicara Alya. Terus langkahnya dipercepat naik ke bilik.
.
.
.
"Esok adalah hari yang paling mama tunggu tau adik." Mama Alya agak teruja. Esok bakal berlangsungnya persembahan fesyennya yang pertama. Banyak pereka yang bakal menghadiri fashion show tersebut.

"Yalah mama. Adik yakin fashion show mama akan berjaya okay?" Alya dan mamanya serta para pekerjanya masing-masing sibuk membuat persiapan untuk esok.
.
.
.
"huh penat." Alya menghempaskan badannya diatas sofa. Tak larat nak naik atas. Penat.

"Bila masa kau balik?" Adam bersama mug ditangannya duduk di sebelah Alya.

"Baru je tadi." Alya yang nampak mug ditangan Adam terus merampas mug tersebut. Nasib baik air panas yang berada didalam mug itu tidak tumpah.

"Alya. Aku baru je buat tau." Adam mencebik.

"Alah kau ni berkira sangat. Sikit je. Nah" Alya mengembalikan mug tersebut kepada Adam dan terus naik ke bilik.

"Adam. Malam ni makan luar eh. Tak larat lah nak masak."

"Hmm okay."
.
.
.
"Kau belanja tau." Adam memandang Alya yang berada di tempat duduk penumpang.

"Ishh yalah. Nak harapkan kau. Kedekut." Alya membuang pandangannya keluar tingkap.
Mereka makan malam direstoran kegemaranan mereka berdua.

"Ehh dah lama korang tak datang." Pelayan disitu menegur. Dulu ketika mereka ber'couple', mereka gemar ke restoran itu.

"emm kitorang memasing buzy lately." Adam memberi alasan.

"Emm bang order macam biasa eh. Kau nak tukar ke Adam?" Alya meminta pendapat Adam.

"Nope." Adam menggeleng.

"Okay tu je bang." Terus pelayan tadi meminta diri.

Adam membuang pandangannya ke luar restoran manakala Alya sibuk melihat keletah kanak-kanak yang berada dibertentangan meja mereka.

"Aira.." Adam menggumam.

"Pardon?" Adam terus bangkit dari duduknya dan terus keluar dari restoran. Alya tutut bangkit mengejar langkah panjang Adam.

"Airaa tunggu." Kelihatan wanita dihadapan mereka cuba melarikan diri. Adam pantas memaut tangan wanita dihadapannya.

"Ish lepaslah Adam. Kita dah tak de apa-apa hubungan lagi." Wanita tersebut meninggikan suaranya.

"Aira please abang minta maaf." Adam bersungguh-sungguh merayu.

'Aira? Jadi perempuan nilah yang Adam sebut tu. Cantik' sempat Alya memuji wanita yang berada dihadapan  mereka.

"Alya if you don't mind , boleh tak kau tunggu kat restoran." Adam meminta izin. Tak nak perbualannya diganggu.

"Sure then." Alya berpamitan. Tetapi sebelum dia beredar Alya sempat menangkap beberapa butir bicara Adam dengan Aira.

"Siapa dia tu?"

"She just my cousin that's all." Adam lancar bersuara.

'Cousin?' Alya tersengih keperitan.
Langkahnya terus ke restoran. Makanan yang dipesan baru sahaja sampai. Alya leka menenung makanan dihadapannya.

"Akak. Saya dah dua hari tak makan. Saya tak minta banyak. Sesuap nasi pun jadilah." Alya tersentak dari lamunannya setelah disergah oleh seorang kanak-kanak lelaki.

Alya tersenyum. Sedih keran hal Adam satu. kasihan terhadap budak ni pun satu.

"Boleh dik. Adik ambil ni kakak punya. Bang" Alya memanggil pelayan untuk membuat pembayaran serta meminta sekeping pen dan kertas.
.
.
.
Adam melangkah longlai kearah restoran. Aira masih marah dengan dirinya kerana menceraikannya dahulu kerana hal remeh. Ya Adam pernah berkahwin dengan Aira sebelum berkahwin dengan Alya. Tetapi Alya tidak tahu menahu akan hal ini.

"Abang tadi kak Alya bagi surat ni." Ujar budak lelaki yang sedang makan ditempat Alya duduk tadi lantas menghulurkan sekeping nota.

Adam aku balik dulu tau. aku naik teksi. Tak risau. Tc  

Alya😊.

SetiaWhere stories live. Discover now