Iman Nadhirah menggeliat sedikit. "Dah sampai mana?" Soalnya.

"Entah."

Ramai orang mula turun dari bas. Zafriel Adrian bangun mengikut mereka turun. Iman Nadhirah memandang Qaira dan Najwa yang masih belum turun.

"Kau nak makan tak, Iman?" Tanya Najwa.

Iman Nadhirah mengangguk. Dia mengikut kawan-kawannya keluar dari bas. Beg sandang yang terkandung barang-barang penting dibawa turun sama.

Turun sahaja dari bas, Iman Nadhirah memaklumkan pada kawan-kawannya, "Babe, aku nak pergi tandas jap tau?"

"Jomlah sekali. Kita orang pun nak pergi ni," ajak Qaira.

Iman Nadhirah mengangguk setuju. Mereka bertiga berjalan beriringan ke tempat yang ingin dituju.

Usai itu, mereka bertiga pergi ke medan selera di R&R itu. Iman Nadhirah dan Qaira pergi membeli makanan sementara Najwa mencari tempat.

Jumpa sahaja tempat duduk kosong, Najwa terus duduk. Telefon pintarnya dibawa keluar. Tak lama kemudian, seseorang duduk di mejanya, berhadapan dengannya.

Tanpa ada rasa ragu-ragu, Najwa mengangkat wajah.

"Boleh I duduk sini tak?"

"Habis, kawan-kawan saya nak duduk mana?" Tanya Najwa kasar.

Ish, apasal lah mamat lembut ni jugak yang duduk depan aku? Entah apa nama dia aku pun tak tahu. Kalau yang hensem sorang lagi tu, takpelah juga. Dia ni pulak harap aje muka hensem, tapi lembut macam perempuan! Sempat Najwa bermonolog dalam hati.

Adam sedikit terasa dengan kata-kata kasar Najwa. Namun, dia cuba kebalkan hatinya. "Alaa.. kawan you dua orang aje kan? Ada lagi tempat."

Baru sahaja ingin Najwa membalas, Iman Nadhirah menyapa, "Eh, Adam! Kau buat apa duduk sini?"

Najwa terdiam seketika. Adam? Macam pernah dengar...

Adam sengih. "Alaaa... aku saja lepak sini. Tak boleh ke?"

Orang lain yang ditanya, orang lain yang jawab. "Mana boleh. Yang lain elok duduk tempat lain mengadap muka yang tak hensem tu, kau sebok nak duduk dengan awek cun eh?" Sampuk Qaid.

"Apa main awek-awek ni?!" Suara Iman Nadhirah ditinggikan sedikit.

Qaid sengih. "Mana ada." Dengan selamba dia duduk di sebelah Adam.

Sudah tambah lagi seorang malaun.

"Oit, duduk dengan awek tak ajak?!" Celah Pian yang bekerja di lain cawangan.  Lama-kelamaan semakin ramai lelaki yang mengerumuni meja Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah menjeling malaun-malaun tak guna di hadapannya. Qaira dan Najwa sudah mula rasa tidak selesa. "Siapa bagi kebenaran kau orang duduk sini?" Tanya Iman Nadhirah dengan nada tegas.

"Eh, kena minta izin ke? Tak tahu pulak. Ada nama kau orang eh kat sini?" Usik Fairuz.

Dari kejauhan, Zafriel Adrian dan Irshad nampak kelakuan mereka.

"Apahal dia orang kerumun meja Iman tu?" Soal Irshad pelik.

"Entah." Zafriel Adrian tanpa berlengah mendekati mereka. Irshad mengekor dari belakang.

"Hoi, korang memang tak tahu malu ke apa? Jangan buat hal dekat sini boleh tak? Mencemarkan nama Encik Bakri nanti!" Tegas Zafriel Adrian menegur perbuatan pekerja-pekerja lelaki Restoran Dapur Cinta Manisah. Kebanyakannya dari cawangan yang lain. Hanya Qaid dan Adam sahaja yang bekerja di tempat yang sama.

Mereka terus berlalu dari situ seperti baru sahaja nampak hantu. Mereka memang sudah kenal sangat dengan sifat tegas Zafriel Adrian memandangkan lelaki itu pernah datang ke tempat mereka untuk mengajar resepi-resepi yang baru yang diciptanya.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Onde histórias criam vida. Descubra agora