BAB 32 (UNEDITED)

4.5K 165 2
                                    

"Don't blame me. It is your choice".

            Irine terkaku disitu. Namun, pantas dia menyedarkan dirinya kembali. Tubuh Tengku Harry di atasnya ditolak kuat lalu Irine segera bangun dan menjauh daripada Tengku Harry.

             "Apa masalah awak ni, Harry? ".Tengking Irine lantang.

            Tengku Harry menapak ke
hadapan sedikit. "Kau! ".Jawap Harry lalu menolak Irine ke sofa semula.

                "Berhentilah buat macam ni, Harry. Awak tak penat ke?! ".Bentak Irine bengang.Tengku Harry cuba ditolak tetapi tidak berjaya.

             "Aku akan berhenti kalau kau jawap soalan aku".

              "Apa? ".

              "Kau nak kembali ke rumah tu secara sukarela atau..sebagai wife aku? ".

                   Irine memandang Tengku Harry tidak berkelip.Woo...Tengku Harry betul-betul buat aku gila!."Kenapa? Awak rindukan saya ke selama ni? ".Balas Irine berani.

          Tengku Harry tersenyum sinis. "Well... ".

              "Nanti!. Saya setuju".Putus Irine pantas apabila Tengku Harry semakin mendekat.

                Sebaik sahaja mendengar kata-kata Irine itu, Tengku Harry segera berdiri kembali. Kot sekolah dibetulkan sedikit. "So... Aku nak nampak kai dekat rumah aku bila aku balik nanti".Ujar Tengku Harry sebelum berjalan melangkah dari situ.

             Namun, baru beberapa tapak melangkah, Tengku Harry berhenti.Iphone ditangannya dianggkat tinggi. "By the way, handphone aku tak ada bateri.Lagipun, aku belum hilabg akal nak jadikan kau wife aku. Lembap! ".Jelas Tengku Harry tanpa memandang Irine. Langkahnya kembali diteruskan.

                "Harry!! ".Panggil Irine bengang.

            Tengku Harry tersenyum kemenangan.

              Perempuan bodoh!.

❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄

"Irine...........................!!!! ".Irine yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam Engku Heliza menggelengkan kepalanya apabila mendengar jeritan lantang Tengku Hannah. Haishhh....

           Hampir terjatuh Irine apabila Tengku Hannah memeluk tubuhnya erat. "Irine aku rindukan kau tau. Baguslah kau buat keputusan nak balik ke rumah ni semula. Mesti sebab kau rindukan aku kan? ".Kata Tengku Hannah sebaik sahaja pelukkan dileraikan.

               Tak. Sebab adik kau yang dah hilang akal tu.

              "Kau lebih rindukan siapa?. Aku ataupun mummy aku? ".

              Aku lebih bencikan adik kau.

             "Mestilah aunty kan, Irine? ".Sampuk Engku Heliza tiba-tiba.

            Irine dan Tengku Hannah menoleh.

            Irine menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. "Maaf sebab Irine menyusahkan aunty sekali lagi".Kalau bukan sebab anak aunty yang perangai macam samseng jalanan tu, Irine pun takkan kembali ke sini.

           "Tak adalah Irine. Aunty gembira Irine kembali. Tak adalah Hannah ni asyik merengek macam budak kecil aje".Balas Engku Heliza mesra.

            Irine tersenyum nipis.

             "Alah.. Mummy pun macam tu jugak. Dah jom!. Aku ada banyak benda nak cerita dekat kau. Bye mummy! ".Ucap Tengku Hannah ceria lalu menarik Irine pergi dari situ.

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now