🌻BAB 6🌻

6.2K 303 5
                                    

"HA..HARRY?"

           Tengku Harry merapatkan wajahnya denganku. Begitu hampir sehingga terdengar deruan nafas masing-masing. "Jangan sibuk pasal aku lagi. Kalau tak aku akan sakitkan kau betul-betul kali ni. Stay away from me!!" Bentaknya sebelum melepaskan aku.

          Melihat Tengku Harry yang mahu beredar, aku pantas menarik pergelangan tangannya dengan kuat menyebabkan dia berpusing padaku. "Tolong dengar cakap saya, Harry. Sampai bila awak nak lari dari saya? Kenapa awak perlu susahkan perkara yang senang?!" Ikutkan hati nak je aku tampar muka dia laju-laju.

         Tengku Harry tidak melayan. Peganganku ditepis.

        Aku tidak mengalah. Jaket yang tersarung di tubuhnya ditarik. "Saya belum habis bercakap lagi,Harry!" Kesabaran aku semakin menipis. "Awak cuma fikirkan perasaan awak seorang aje. Pernah tak awak fikirkan perasaan orang yang-"

       Pegangan aku padannya direntap buat kali kedua lalu tanpa rasa bersalah tubuhku ditolak sehingga terjatuh terjelupuk di atas lantai. Aduh!

      Tengku Harry tersenyum sinis melihat aku yang kesakitan." Kau patut uruskan hidup kau sendiri." Kemudian, tanpa menghiraukan keadaan aku, langkahnya mula beredar pergi dari situ.

      Ahhh! Harry memang kurang ajar. 

     Aku rasa dia dah terseliuhkan kaki aku. 








TENGKU Harry yang sedang berjalan ke meja makan sambil memakai tali leher dipandang tanpa berkelip. Damn! Tahap handsome dia memang melampau. Menyejukkan mata dan hatiku tapi masalahnya kenapa cuma aku seorang je yang ada dekat sini?! Mana yang lain? Takkan aku nak menghadap Tengku Harry sendiri tanpa bantuan yang lain. Kalah awal lah aku nanti.

      Roti disumbat ke dalam mulut, berpura-pura tenang saat Tengku Harry menarik kerusi di kerusi bertentangan. Macam mana kalau dia tolak aku lagi? Pandangan diliarkan ke sekeliling, cuba mencari laluan untuk melarikan diri kalau Tengku Harry berbuat perkara yang bukan-bukan.

       "Aku ada perkara nak cakap dengan kau." 

      "Uhuk! Uhuk!" Tersedak aku apabila mendengar suaranya. Ini mesti bukan petanda yang baik kalau dia yang bercakap dulu. Mana Hannah ni?!

       "Kau dah kenapa? Kebulur sangat sampai tak boleh makan elok-elok?" Tubuhnya disandarkan pada  belakang kerusi sambil menyilangkan kedua tangannya ke dada, memandang aku dengan pandangan kurang senang. Aku ni dah macam alas kaki di mata dia.

     "Nak cakap apa ?"

      "Aku setuju kau jadi cikgu."

       "Ya baguslah tu. Kelas bermula pukul- apa?!" Membuntang mataku memandang Tengku Harry. Aku tak salah dengar ke? Ni betul ke Tengku Harry? Dia ni ada bela saka ke? Tak pun mesti sel-sel otak aku ada terjejas dekat mana-mana.

       "Kau ni dengar ke tak?!" Bentaknya apabila aku hanya diam termenung.

       "De..dengar."

       "Untuk sebulan. Jadi cikghu aku untuk sebulan dan lepas tu aku nak kau blah daripada rumah ni. Ini bukan rumah kebajikan untuk kau. Aku pun  dah muak tengok muka kau dekat sini. Faham?"

        Kepala aku tolehkan sedikit ke sebelah, mata dijulingkan ke atas dengan menyampah sebelum menatap wajah Tengku Harry semula. Senyuman palsu diukir. 

       "Deal."

       Sebulan pun dah cukup lama untuk aku tinggal dekat sini. Lepas sebulan aku dan Tengku Harry akan kembali ke kehidupan masing-masing.




EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now