BAB 20 (UNEDITED)

4.7K 189 2
                                    

"Wahhh...sedapnya bau. Masak apa ni? ".Tanya Tengku Hannah yang baru muncul dengan nada teruja. Kerusi di sebelah Irine ditarik lalu punggung dilabuhkan di situ.

           "Mak Yam masak nasi lemak hari ni".Balas Engku Heliza yang berada di hujung meja makan.

              "Tahu. Kalau mummy yang masak tak adanya bau sesedap ni".Komen Tengku Hannah selamba.Nasi lemak yang masih panas dicedok ke dalam pinggan.

                Engku Heliza menjeling anak perempuannya tajam.

              Irine dan Mak yam ketawa kecil.

             "Hah, Mak Yam makanlah sekali".Pelawa Engku Heliza ramah.

             "Mak Yam nak tuang air dulu,Engku".Jawap Mak Yam sopan.

             "Irine,nak ayam".Pinta Tengku Hannah manja. Pinggannya dihulurkan pada Irine."Please....".

                Irine segera menyedok seketul ayam mahu diletakkan ke dalam pinggan Tengku Hannah tetapi belum sempat Irine melakukan itu,cawan ditangan Mak yam jatuh menyembah lantai.

                "Kenapa ni Mak Yam? ".Soal Engku Heliza yang terkejut. Mak Yam yang hanya terkaku dipandang."Apa yang Mak Yam tengok sampai....".Engku Heliza mengalihkan pandangannya ke arah yang sama seperti Mak Yam.

             Engku Heliza terkedu.

              Irine turut menoleh. Terjatuh senduk daripada tangannya.

                "Cepatlah Irine. Lapar ni. Kau tak kesian ke dengan...."Kata-kata Tengku Hannah terhenti apabila Irine memalingkan kepala Tengku Hannah ke arah yang sama.

             Tengku Hannah terlopong besar.

             Seriously? !.Tengku Harry sedang berjalan melintasi mereka bersama pakaian uniform yang lengkap ditubuhnya.Tali tie kemas.Baju masuk dalam.Siap pakai kot sekolah!.Beg sandang pun ada sekali.

               "Mak Yam ada buat solat hajat ke semalam? ".Soal Engku Heliza.Tidak percaya dengan perubahan anaknya.Sejak bila anaknya mengikut peraturan sekolah."Kunci kereta dah bagi dekat, Harry? ".

             "Mak Yam letakkan kunci atas meja dekat depan Irine tu".Balas Mak Yam.

             Mereka berempat memandang ke arah yang sama.Kunci yang berada di atas meja dipandang tajam.

            "Mak Yam baru ingat, pokok bunga dekat belakang dah berapa hari tak siram.Mak Yam pergi dulu ya".Pamit Mak Yam lalu pantas melarikan diri dari situ.

               "Aunty... "

               "Sekejap ya, Irine. Aunty nak naik atas dulu.Lupa nak call PA tadi, nak bagitahu yang meeting hari ni cancel.".Engku Heliza beredar dari situ.

             Irine mengalihkan pandangan pada Tengku
Hannah. "Actually...Aku belum basuh muka lagi".Kata Tengku Hannah.Kemudian, meninggalkan Irine sendirian di situ.

          Irine mengetap bibir. Haishhh!!. Kunci kereta dicapai lalu Irine segera bangun daripada kerusi dan menuju ke arah pintu rumah.

            Tengku Harry yang sedang bersandar pada lamborghini kuningnya dihampiri. Pelik bila melihat Tengku Harry berpakaian. Dah insaf ke?. Macam tak percaya pulak.

               "Kunci kereta aku mana?".Soalnya kasar.

              Chehh!. Pakaian aje yang berubah. Mulut still kasar jugak. Don't judge something by it cover! Tapi pelik jugak, selalu memekak aje bila Mak Yam lambat bagi kunci kereta. Hari ni senyap aje. Ke...Tengku Harry kena sampuk?.

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now