🌻BAB 5🌻

6.4K 305 3
                                    

"MAK Yam!!" Suara bengang Tengku Harry bergema di seisi rumah sebaik sahaja mendapati pintu rumah dikunci. Pintu di hadapannya dihentak kuat sebelum kepalanya ditoleh ke belakang, memandang Mak Yam yang bergegas ke arahnya. "Mana kunci pintu? Siapa yang bodoh sangat pergi kunci pintu ni?!" Tengkingnya dengan wajah yang tegang. kulit putihnya sudah berubah kemerahan.

"Ma..mak Yam tak tahu,Tengku." Tergagap-gagap mak Yam menjawap. Tahu sangat dengan perangai anak majikannya yang satu ini.

Mencerlung mata Tengku Harry mendengar jawapan itu. "Aku benci betul bila orang bagi jawapan bodoh pada aku. Macam mana kau boleh tak tahu? Habis tu apa yang kau buat dalam rumah ni?!"

Terhenjut bahu Mak Yam mendengar tengkingan itu.

"Ma..maaf Tengku."

Aku yang sedari tadi berdiri berhampiran tangga mengeluh berat melihat situasi itu. "Saya yang kunci pintu tu." Sampukku tiba-tiba.

Tengku Harry mengalihkan pandangannya padaku. "Kau..." Kakinya melangkah mendekatiku.

Isyarat mata aku berikan kepada Mak Yam supaya meninggalkan kami berdua. Tanpa bantahan, Mak Yam segera beredar.

"Apa masalah kau sebenarnya, perempuan?! Kenapa kau selalu menyusahkan hidup aku? Kau boleh tak blah dari sini! Aku muak lah dengan muka innocent kau ni!" Jerkah Tengku Harry dengan lantang seperti selalu.

Sudah menjadi satu kebiasaan untuk aku mendengar jeritannya. Kalau sehari tak dengar itu bermakna aku dah tak waras. Okey..setakat ni aku masih waras.

Mulut dikunci, membiarkan Tengku Harry melepaskan amarahnya.

"Kau siapa nak masuk campur dalam hidup aku? Nak halang-halang aku?" Kata Tengku Harry sambil menolak tubuh aku kasar ke belakang.

Nafas panjang ditarik. Membuat persiapan untuk memberi ceramah. "Saya bukan buat semua ni tanpa alasan. Awak asyik lari daripada saya. Sedarlah Harry, SPM awak dah dekat tau. Saya cuma menjalankan amanah."

"SPM ke..apa ke itu urusan aku bukan kau. Kau sepatutnya uruskan hidup kau sendiri. Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan? Menumpang dekat rumah orang lepastu sibuk-sibuk nak ajar aku. Dasar perempuan miskin!" Hendik Tengku Harry.

"Saya menumpang dekat rumah Engku Heliza bukan rumah awak." Bidas aku. Tidak mahu mengalah.

Tengku Harry ketawa sinis.

Dahi aku mula berkerut melihat reaksinya.

Wajahnya didekatkan denganku. Aku cuba berundur ke belakang tetapi Tengku Harry dengan pantas memegang belakang leherku. "Such a poor girl. For your information, rumah ni atas nama aku. So..rumah ni milik aku. Aku boleh halau kau bila-bila masa aje dari sini." Bisik Tengku Harry ditelingaku lalu kunci rumah yang berada di tanganku dirampas kasar sebelum dia berlalu dari situ.

Aku tercengang.

Ah! Kenapa aku asyik kalah ni?!





"HANNAH!" Tengku Hannah yang mahu masuk ke biliknya dihalang. Kepalanya dipalingkan ke arahku dengan hairan. "Kau dah kenapa ni, Irine? Macam ada masalah besar je."

"Memang aku ada masalah besar sekarang ni. Kau jawap soalan aku dengan jujur, Hannah. Betul ke rumah ni atas nama Harry bukan Engku Heliza ataupun kau?". Soalku tanpa berselindung.Tersilap langkah nanti,tak pasal-pasal aku dihalau pula dari sini.

"Siapa yang beritahu kau semua ni?Harry?" Tanya Tengku Hannah ingin tahu.

Aku mengangguk pantas.

"Haah. Rumah ni memang milik Harry. Kenapa kau tanya? Harry ugut nak halau kau keluar dari rumah ni?"

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now