🌻BAB 1🌻

16.5K 492 12
                                    


NOTES:

1) This is the new version of boy like you romance series 1 (badboy underage/badboy milik aku).

Oleh sebab ada beberapa orang yang asyik tanya pasal badboy under age jadi saya buat keputusan untuk publish semula.

Kepada yang beli ebook badboy under age sebelum ni thank you sangat2. Plot masih sama tapi banyak yg saya akan ubah.

2)Warning! Update slow sangat2.


3) Enjoy! Hope you like it. Don't forget to vote and comments.

-----------------------


"IRIANNA IRINE!"

Jari yang sedang menekan keypad komputer riba terhenti mendengar laungan itu. Nafas panjang ditarik sebelum menyambung kembali perbuatanku yang tergendala. Abaikan. Aku takkan biarkan fokus aku terganggu lagi. "Ini antara hidup dan mati." Aku berbicara sendiri.

"Bam!"

Terhenjut bahuku apabila mendengar pintu bilikku dihempas kuat. Liur ditelan kesat sebelum tubuh dipusingkan ke belakang, menghadap ibu yang sedang berdiri di muka pintu. Kedua tangannya dicekakkan pada pinggang. Sudah gaya seperti ibu tiri yang akan memarahi Cinderella kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Yang bezanya cuma ibu ialah ibu kandungku dan aku bukanlah Cinderella.

"Tak dengar ke ibu panggil?"

Kepala digelengkan. Cuba menipu.

"Buat apa sampai tak dengar?"

"Siapkan assignment. Due date dia petang ni."

"Assigment?" Ulang ibu sambil mendekatiku dengan pandangan tersirat. "Ini apa ni?" Skrin komputer riba ditunjukkan padaku. Yang terpapang bukannya assignment tetapi komik.

Ah. Aku terlupa tutup skrin tu.

"Semalam Irine dah janji yang Irine akan tolong ibu masak hari ni dan akan keluar beli barang-barang."

"Irine tak cakap yang Irine akan buat. Ibu yang buat tanggapan sendiri." Komputer riba ditolak ke belakang sedikit. Berjaga-jaga jika ibu mengamuk dan mencapai 'harta kesayangan' aku ini.

"Habis tu kalau tak tolong ibu, Irine nak buat apa?" Bahuku ditampar perlahan." Berkurung dalam bilik dan tengok buku setiap masa? Sampai tak kenal manusia."

"Bukan ke ibu sepatutnya suka Irine habiskan masa dengan buku? Kalau Irine keluar sampai tak balik rumah macam mana?"

"Nak pergi mana sampai tak balik rumah? Bukan Irine ada duit pun."

Hampir terlopong mulut aku mendengar kutukan ibu. Tahu lah yang aku ni masih pelajar dan belum ada duit sendiri lagi.

"Sampai hati ibu." Tanpa membuang masa, aku bangun daripada kerusi dan berjalan ke arah pintu untuk keluar.

"Ha! Nak pergi mana tu?!"

"Nak pergi merajuk lah."

"Merajuk esok. Sekarang pergi kedai dekat simpang tu dan belikan ibu rempah kari. Ibu nak masak ni." Tanganku diraih lalu sekeping duit bernilai 50 ringgit diletakkan di atas telapak tanganku.

"Tapi-"

"Nak makan ke tak?" Ibu membulatkan matanya.

Keluhan berat dilepaskan. Nampaknya terpaksa juga aku keluar hari ni.

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now