BAB 16 (UNEDITED)

7.6K 272 15
                                    

"Kau...kau perempuan mata duitan. Pengemis! ".

                Terduduk Irine di atas lantai apabila Tengku Harry melepaskan tangannya dengan kasar. Bibir diketap.Menahan kesakitan yang mula menjalar di tubuhnya. Belakangnya terasa sakit sangat.

                "Kenapa?.Kau nak duit lagi? ".Soal Tengku Harry sinis.
   
               "Harry... Sa.. Sakit".Adu Irine jujur.Berharap Tengku Harry akan menolongnya.

               Tengku Harry ketawa mengejek. "Kau sakit atau mati sekalipun itu bukan masalah bagi aku.Jadi kau jangan berharap sangatlah aku akan bersimpati dengan kau. Buang masa!!.One more thing, jangan berani nak keluar daripada rumah ni tanpa kebenaran aku".Balasnya tanpa simpati.

            "Ha.. Harry... ".

           Panggilan Irine langsung tidak dihiraukan, Langkahnya diatur ke arah pintu. Namun, baru setapak dia berjalan. Langkahnya kembali terhenti apabila mendengar bunyi sesuatu terjatuh dibelakangnya. Perlahan-lahan Tengku Harry menoleh ke belakang.

       ❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄

"Pannggg!! ".Tengku Hannah menampar pipi Tengku Harry kuat sebaik sahaja keluar daripada bilik Irine.Turun naik nafasnya menahan amarah.

              "Kau buat apa dekat dia,hah?!!.Aku benarkan dia jadi cikgu kau dekat sini untuk cerdikkan otak kau yang bodoh tu bukannya suruh kau sakitkan dia. Kau ingat kau samseng sangat ke,hah?!.".Bentak Tengku Hannah bengang.Terkejut dirinya apabila melihat Irine pengsan di dalam bilik. Tambahan pula, Tengku Harry turut berada di situ.

             "Kau kalau tak tahu apa-apa,baik kau diam! "Marah Tengku Harry semula.

             "Kurang ajar!! ".

            Tengku Harry yang melihat kakakknya mahu menampar dirinya buat kali kedua pantas menahan tangan itu daripada menyentuh wajahnya. "Jangan berani nak sentuh aku!".Tengku Harry memberi amaran.

               Tengku Hannah mengetap bibir.

                "Kau.. dasar budak jahat!! "Tengking Hannah yang masih tidak berpuas hati.

             "Jahat? "Tengku Harry tersenyum sinis. " yes!.Aku memang jahat. So.. What?.Kau dengar sini, Aku.nak.kawan.kau.".Katanya serius.

            Membuntang mata Tengku Hannah apabila mendengar kata-kata adiknya itu. "Tak guna!! ".

               "Hannah!!!".Jerit Irine yang tiba-tiba muncul dengam wajah yang pucat di muka pintu biliknya.

         Tengku Harry dan Tengku Hannah menoleh.

               "Budak ni dah cederakan kau,Irine".Ucap Tengku Hannah serius.

             "Tak. Dia tak buat apa-apa pun dekat aku. Aku sendiri yang cuai".Bohong Irine. Tengku Harry yang berada dihadapannya sedikitpun tidak dipandang.

               "Kau jangan nak pertahankan dia, Irine.Takkan kau bodoh sangat nak cederakan diri kau sendiri!!. Aku tahu yang... "

                "Aku cakap tak, taklah!!".Bentak Irine lantang.

                Tengku Hannah tercengang. Irine dipandang dengan tidak percaya.Kakinya diatur pergi dari situ dengan hati yang kecewa.

             Irine meraup wajahnya. Geram dengan diri sendiri.Pandangannya dialihkan pada Tengku Harry. Duit yang Tengku Harry campakkan padanya tadi, dicampakkan semula tepat ke dada Tengku Harry dengan kasar. Bertaburan duit di atas lantai.

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now