BAB 7 (UNEDITED)

6K 280 0
                                    

NOTE: AKAN PUBLISH SAMPAI JUMAAT NI. BELUM SEMPAT EDIT LAGI. SILA ABAIKAN SEMUA KEKURANGAN YE

"Nak ke mana malam-malam ni,Harry?.Cubalah belajar duduk rumah.Jangan asyik nak keluar lepak aje".Tegur Engku Heliza menghentikan langkah Tengku Harry yang sedang berjalan ke arah pintu untuk keluar.

Aku yang berada tidak jauh dari situ tersenyum senget.Sebenarnya,aku yang mengadu pada Engku Heliza tentang Harry sebagai balasan sebab sakitkan hati aku.Kita tengah sampai bila Tengku Harry boleh mengelak.

"Keluar!".Jawap Tengku Harry sepatah tanpa perasaan .

"Mummy tak izinkan Harry keluar.Harry duduk rumah aje malam ni.Luangkan masa dengan mummy".Balas Engku Heliza tegas.

"Harry tak minta izin mummy pun".

"Jangan biadap Harry.Mummy..."

"Eh Harry!.Dah siap ke?.Terima kasih sebab sudi nak temankan saya pergi kedai buku.".Sampukku tiba-tiba sambil mengapai tangan Tengku Harry.

Tengku Harry tercengang.

"Kitaorang pergi dulu ya,aunty".Pamitku pantas lalu segera menarik Tengku Harry keluar dari situ tanpa menungu balasan dari Engku Heliza.

Tangan Tengku Harry aku lepaskan sebaik sahaja sampai di luar rumah.Dia memandangku tidak berpuas-hati.Aku hanya membuat muka bodoh lalu masuk ke dalam kereta mewahnya.Pintu kereta aku tutup tetapi di buka semula oleh Tengku Harry dengan kasar.

"Kenapa?".Soal aku tanpa serba-salah.

"Kau tanya aku kenapa?!.Kau buat lawak ke apa?.Kau keluar sekarang sebelum aku heret kau!".Marahnya.Haishhh..marah-marah pun still handsome budak ni.

"Awak nak bagi saya ikut awak atau awak nak masuk semula ke datang?".Tanya aku sinis.Sengaja mahu menyakitkan hatinya.

Tengku Harry memandangku tajam.Kemudian,pintu kereta dihempas kuat sebelum dia melangkah ke tempat duduk pemandu dengan wajah yang tegang.

Aku tersenyum kemenangan.

Yes menang akhirnya!.

☆ ☆ ☆ ☆ ☆

Aku mengikuti langkah Tengku Harry yang sedang berjalan masuk ke sebuah rumah banglo.Suasananya begitu menakutkan aku.Lelaki dan perempuan begitu bebas bersentuhan.Pakaiannya pula begitu menjolok mata dibandingkan dengan aku yang hanya berseluar jeans dan bersweater merah.

Tengku Harry melabuhkan punggung di atas sofa yang diletakkan di halaman rumah.Kemudian,bercakap dalam bahasa yang tidak aku fahami dengan beberapa orang lelaki dihadapannya.Diaorang ni mengupat aku ke apa?.

Sumpah! Aku bencikan tempat ni.Diorang macam bukan orang biasa.Gaya gangster pun ada.Tak ada tempat lain ke budak ni nak pergi?.Playground ke?.Boleh aku main buaian.Kali terakhir aku main,aku jatuh tergolek.Chehh!.memalukan betul.Dah lah depan crush aku.

Lamunanku terhenti apabila Tengku Harry tiba-tiba bangun dari sofa.Aku yang mahu bangun terhenti apabila Tengku Harry memberi isyarat mata supaya aku duduk semula.

"Kau tunggu aje dekat sini.Tak payah nak menyibuk!".Katanya kasar seperti biasa.

Aku mengangguk.

Langkah Tengku Harry yang mahu meninggalkan aku terhenti apabila aku memaut tangannya secara tiba-tiba."Saya datang dengan awak jadi saya nak balik dengan awak".Aku bersuara tanpa memandangnya.Kemudian, tangannya aku lepaskan dengan perlahan-lahan dan dia pun berlalu pergi meninggalkan aku sendiri.

"Don't worry.Harry will come back later.Drink?".Ucap lelaki dihadapan aku ramah sambil menghulurkan segelas air berwarna merah padaku.

Aku tersenyum kelat sambil mengeleng padanya.

"chill girl.No alcohol okay.Try it".Pelawa lelaki yang tidak aku kenali itu.

Aku mengetap bibir.Kelibat Tengku Harry aku cari tetapi tidak kelihatan.Gelas yang dihulur aku capai dengan teragak-agak lalu aku bawa ke mulut.Dalam sekelip mata minuman itu habis ku teguk.Sebenarnya,aku memang tengah dahaga sangat-sangat.

"Good girl".

Aku hanya tersenyum hambar.Kepala yang tiba-tiba terasa pening,aku pegang.Lelaki dihadapanku tersenyum pelik.Aku cuba bangun dari sofa tapi tidak berdaya.Kepala aku sakit sangat-sangat!.Apa dah jadi sebenarnya ni?.

"Don't worry girl.I'll treat you nicely,okay?".Kata lelaki itu sambil menghampiriku.

Aku mengeleng perlahan dengan tubir mata yang mulai bergenang.Dengan sedaya upaya aku bangun daripada sofa.Aku nak balik...tolonglah...

"I'll make you happy tonight".

"Saya nak balik.Tolonglah..".Rayu aku lemah.

"I boleh hantar you balik tapi layan i dulu.Okay baby?".Balasnya sambil menyentuh rambutku.Tubuhku ditarik mendekatinya.Aku tidak berdaya untuk melawan.

Namun,tiba-tiba terasa tubuhku ditarik ke dalam pelukkan seseorang daripada belakang.Aku menoleh perlahan-lahan.Tengku Harry...

"Apa ni bro?.Janganlah kedekut sangat.Selama elok aje kongsi".Tutur lelaki itu tidak berpuas hati.

Tengku Harry tersenyum sinis dengan wajah yang tegang sambil melepaskan pegangannya dariku lalu menapak ke hadapan sedikit.

"Tutup mulut kau.Jangan cari pasal dengan aku.Kau tahu kan apa aku boleh buat dekat kau?".Ucap Tengku Harry serius.

"Takkan sebab seorang perempuan kau nak bergaduh dengan aku,Harry?.Dia bukan sesiapa pun".

"Kalau perempuan lain aku tak kisah tapi bukan dia.Sekali kau sentuh,aku akan habiskan kau cukup-cukup ingat tu!".Balas Tengku Harry lalu menarik tanganku.

Tetapi baru beberapa langkah aku berjalan,pandanganku mulai kabur.Nafasku menjadi tidak teratur."Harry..."Panggilku lemah sebelum kelopak mataku tertutup perlahan-lahan.


EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now