BAB 11 (UNEDITED)

6.2K 285 0
                                    


Tengku Hannah memandang handphone di tangannya lama.Berharap Irine akan menghubunginya.Sungguh dia risaukan Irine.Emma bukan boleh percayakan sangat.Entah apa yang terjadi pada Irine.Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam tetapi kelibat Irine masih tidak kelihatan.

"Nak ke mana,Harry?.Dah pukul sebelas ni takkan nak keluar lagi?".Tanya Tengku Hannah prihatin saat Tengku Harry melaluinya.

"Kau jangan sibuk lah!"Balas Tengku Harry kasar sebelum beredar.

Tengku Hannah mengeluh berat.Tengku Harry dan Irine sama aje.Suka risaukan orang.

☆ ☆ ☆ ☆ ☆

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap apabila Andry menghentikan kereta di sebuah tempat seperti tempat perlumbaan kereta.Tersentak aku apabila pintu disebelah dibuka.Andry mengheretku keluar daripada kereta.

Aku hanya menunduk.Tiba-tiba terasa segan melihat tubuhku yang tersarung dengan dress sendat atas lutut berwarna hitam yang dia terpaksa pakai akibat dipaksa oleh Emma.

"Habis lah kau malam ni,Irine.Abang kau akan jual kau untuk dapatkan duit".Kata Emma yang berada disebelahku tanpa belas kasihan.

Aku mendongak memandang Emma dengan kecewa.Pandangan aku alihkan pula pada Andry yang sedang bercakap dengan seorang lelaki sambil menunjuk ke arahku.

Bibir aku ketap.Rambut aku raut ke belakang.Serabut!.
Tak mungkin aku boleh larikan diri daripada Andry.Andry takkan lepaskan aku.Aku tersedar daripada lamunan apabila Emma tiba-tiba menarik tanganku menuju ke arah Andry.Aku cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya.Andry menarik aku menghampiri seorang lelaki yang tidak aku kenali.

Aku cuak apabila lelaki itu memandang aku dari atas sehingga ke bawah.Mata aku pejamkan apabila tangan lelaki itu menyentuh kulit wajahku."Cantik".Puji lelaki itu bersama senyuman miang.

"Of course bro.So..how?.Berapa kau nak bayar?".Soal Andry tidak sabar.

Aku hanya mendiamkan diri saat melihat lelaki itu menghulurkan sejumlah wang pada Andry.Andry menyambut huluran itu dengan senyuman lebar."Enjoy your night,sis".Bisik Andry lembut ditelingaku.

Lelaki itu pantas menarik aku supaya mengikutinya yang sedang menuju ke sebuah kereta.Walaupun,aku cuba meronta-ronta tetapi pegangan tangannya masih tidak terlepas.

Kelopak matanya dipejam buat seketika.Air matanya jatuh setitis tanpa dapat ditahan.'Ha...Harry mana awak?Tolong saya Harry.Harry!!'.Desis aku.Entah kenapa bayangan Tengku Harry menjelma di dalam mindaku.

Serentak dengan itu aku berasa silau apabila tiga buah kereta sport tiba-tiba berhenti dihadapanku.Semua yang berada di situ menoleh ke arah yang sama.

Aku terkaku melihat Tengku Harry keluar daripada kereta yang berada di hadapan sekali.Aku terkedu apabila pandangan aku bertaut dengan renungan tajam Tengku Harry.Eric dan Adrian mengikutinya daripada belakang.

Perempuan-perempuan yang berada di situ mula berbisik-bisik.Ada yang tersenyum menggoda memandang Tengku Harry.Aku tergaman apabila lelaki disebelahku tunduk apabila Tengku Harry menghampirinya.Serta-merta pegangannya terlepas.

"Tengku Harry".Ucap lelaki disebelahku.

"Kau boleh pergi".Arah Tengku Harry tanpa perasaan.

Apa semua ni?.Macan mana diorang boleh kenal antara satu sama lain.Apa yang dah berlaku.

"Aku tak pernah salah.Kau memang perempuan murahan.Aku betul-betul tak sangka kau sanggup gadaikan diri sendiri sebab duit.Murahnya diri kau".Bisik Tengku Harry sinis ditelingaku lalu tersenyum mengejek memandang aku.

Aku tersentap.

"Kakak aku memang bodoh sebab percayakan perempuan macam kau.Siapa lelaki tu?.Lelaki simpanan kau?.Kau memang pandai berlakon.Berlagak innocent padahal diri tu tak suci langsung!".Tuduh Tengku Harry melulu.

Tangan aku gengam erat mendengar setiap hinaan yang keluar dari mulut Tengku Harry.

"Apa...apa lagi yang awak nak hina saya,Harry?".Soal aku dengan suara yang serak sambil memandang Tengku Harry lama.

"Serius kau nak dengar?.Now listen,you just a slut and will always be like that!".Balas dengan suara yang semakin meninggi.Tegang wajah Tengku Harry memandangku.Kemudian, langkahnya diatur meninggalkan aku.

Tergaman aku mendengar kata-katanya.Tanpa menghiraukan pandangan orang ramai,aku mengejar langkahnya.Jaket berwarna merah yang tersarung di tubuhnya aku tarik kuat dan sebaik sahaja Tengku Harry memusingkan tubuhnya.Aku menghadiahkan satu tamparan kuat pada wajah kacaknya.

Terlopong semua yang berada di situ dengan tindakan beraniku.Tengku Harry memandang aku dengan pandangan membunuh."Tak ada siapa pernah sentuh aku.Kau siapa nak buat aku macam ni?!".Jerkah Tengku Harry lalu tubuhku ditolak kuat sehingga aku terdorong ke belakang.

"Saya tak perlu jadi sesiapa untuk ajar budak yang tak reti hormat orang macam awak.Awak memang layak ditampar,Tengku Emrys Harry!".Bidas aku dengan berani.

Tengku Harry menapak beberapa langkah ke hadapan dengan wajah yang bengang.Tangan aku ditarik kasar menyebabkan aku terdorong padanya."Perempuan murahan macam kau nak ajar aku?.Kau buat aku rasa jijik lah!.Aku tak sudi terima pengajaran dari seorang perempuan kotor macam kau.Kau suruh aku respect orang,kau suruh aku berubah jadi baik ?.Pernah kau tengok diri kau sendiri?.Layak ke seorang perempuan yang tak ada harga diri macam kau nak nasihatkan aku.Sekurang-kurangnya aku tak pernah hipokrit macam kau!".Hendik Tengku Harry tanpa serba-salah lalu melepaskan tangan aku dengan kasar.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.Kolam mataku mula bergenang tanpa dapat aku tahan.Hujung baju aku gengam erat.Aku memandang Tengku Harry dengan mata yang berair."Saya ingat awak lain,Harry tapi kenapa awak sama macam orang lain?.Kenapa awak tak percayakan saya?.Saya tak kisah kalau orang lain tak percayakan saya tapi saya kisah sangat-sangat bila awak tak percayakan saya.Kenapa bila saya percayakan awak,awak tak boleh percayakan saya?.Kenapa Harry?.Kenapa?".Ucap aku dengan suara yang mendatar."Kenapa awak yang buat saya macam ni,Harry?".

Dapat aku lihat wajahnya berubah apabila mendengar kata-kataku.Tanpa menunggu balasan daripada Tengku Harry,aku memusingkan badan dan mula mengatur langkah pergi dari situ tanpa hala tuju.Tak mungkin aku akan kembali ke rumah agam Engku Heliza.Aku tak nak tengok muka menyakitkan hati Tengku Harry.Sebelah tangan aku gunakn untuk menutup mulutku.Tidak mahu tangisanku kedengaran.Terhenjut-henjut bahuku menahan tangis.Ibu..Irine rindukan ibu sangat-sangat.

EMRYS HARRYWhere stories live. Discover now