Empat Puluh Lapan : Terkilan

5.5K 298 49
                                    

"Dua minggu lepas kau 'break up' dengan dia. Mak meninggal. Kena patuk ular dekat belakang rumah."

Air mata Dian turun dengan laju. Esakannya juga memenuhi ruang kereta. Hatinya remuk dengan pemergian tak di duga seorang wanita yang sudah dia anggap sebagai ibunya. Sekilas dia teringat Puan Liyana di rumah.

Sedangkan ibu yang bukan darah kandungnya rasa sakit kehilangannya begini apa entah lagi bila hilang satu-satunya ratu hidupnya nanti?

"Lepas mak tak ada. Shariz hilang. Dia cuma ada bila tahlil dan bila uruskan tahlil je. Hari lain kalau cari, jangan harap. Rumah mak dia kosong. Balik rumah kitaorang pun tak. Tak tahu dia pergi mana."

Dian terus memecut keretanya tanpa memikirkan keadaan sekelilingnya. Hanya satu yang mahu dia capaikan sekarang, mencari Shariz. Dan hanya satu tempat untuk itu.

"Kitaorang tanya kau tak balik ke? Dia senyum je. Dia cakap kau sibuk. Aku pelik. Waktu hari yang dia patut present untuk projek besar tu pun dia sanggup letak nama orang lain semata-mata untuk teman kau ambil result. Takkan kau tak boleh ketepikan sekejap pelajaran kau?"

Tangisan yang mahu berhenti bergema lagi.

"Bila aku tanya budak yang Riz upah dekat Seri Iskandar tu, cakap kauorang break up. Dia selalu nampak kau dengan Fuck-rul."

Sempat tiga orang lelaki itu ketawa dengan nama yang Ajai berikan untuk pensyarah muda itu.

Tak sampai setengah jam Dian sudah tiba di rumah arwah ibu Shariz.

Bukan rumah arahnya sekarang. Dian menapak laju di kebun belakang rumah lot tersebut. Terdapat satu pokok ara yang besar dengan rumah pokok diatas dahan-dahannya yang kukuh.

Dian yakin, Shariz disitu.

"Dian nampak tak rumah kecil atas tu?", Emak menunjukkan rumah pokok kepada Dian yang terletak diatas pokok ara yang nampak menggerunkan.

"Waktu Riz kecil, itulah tempat dia. Kalau dia ada masalah, dia mesti lepak kat situ."

"Shariz", Dian berbisik perlahan. Cukup untuk memanggil lelaki itu dari hati ke hati.

Shariz terjaga dari tidurnya. Dia yakin dia bermimpi lagi. Tak mungkin Dian akan mencarinya. Kemudian dia terdengar bunyi dari tali yang menjadi tangga untuk naik keatas.

"Shariz".

Pandangan Shariz semakin kelam. Matanya melihat Dian berjalan kearahnya. Hatinya pula menolak fakta tersebut. Kecewa dengan ilusi cinta yang dia hidapi. Gila bayang. Angau.

---

Dian berfikir cara bagaimana mahu membawa sup yang dimasaknya ke atas. Hari pula semakin senja. Sudah pasti darah dia dan Shariz akan menjadi santapan untuk nyamuk-nyamuk durjana.

Bakul piknik di atas para-para dicapai. Meletakkan semua makanan dan barang kedalamnya. Lilin dan mancis juga di ambil.

Sewaktu Dian naik semula ke rumah pokok, keadaan Shariz masih sama. Berselubung dengan selimut. Demam panas. Hati Dian terasa hiba.

Perlahan-lahan tangannya menggerakkan tubuh Shariz, "Jom, makan."

"Dian...", Shariz menyeru nama itu separuh berbisik.

Dian mengemam bibirnya. Rasa serbasalah melihat keadaan Shariz. Pintu dan tingkap terlebih dahulu ditutup sebelum menyambung mengejutkan Shariz daripada lena.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now