Empat : Pandang Aku

7.5K 413 23
                                    

"Abang!", Terjerit kanak-kanak yang baru menginjak remaja tadi menghampiri Ajim yang terjatuh daripada tangga apabila mahu melakukan boardslide.

"Abang okey ke?", Ashley meniup-niup luka di siku Ajim.

Ajim tersenyum. Luka di siku seperti tak terasa apabila terpandangkan wajah risau Ashley.

"Don't worry. I'm fine. Sikit je ni", Ajim bangun daripada terus terduduk diatas simen.

Nampaknya badluck juga dia hari ni apabila bermain di shoplot yang masih belum maju itu. Ingatkan tempat kosong, line okey. Tak sangat rupanya.

"Woi budak. Pergi beli air", Lelaki yang memakai snowcap datang tiba-tiba. Dia menolak kepala Ashley ketika memacu papan selaju disebelah mereka.

Ashley mendengus marah, "Tak payahlah tolak kepala orang!"

Remaja lelaki tadi ketawa, "Wee dakcik ni marahlah", Semakin suka dia menyakat Ashley. Sengaja dia mengusutkan rambut perang Ashley.

"Tak payahlah!", Muka Ashley sudah berkerut mahu menahan tangisannya. Kasut Nike bersaiz kecil yang tersarung dikakinya, dibuka dan dicampakkan kepada lelaki yang menganggunya tadi.

"Dahlah Riz, kesian dia", Ajim bangun mengambil decknya yang tersadai ditepi longkang. Nasib baik tak terendam dalam tu.

Shariz mencebik, "Cis, backup".

"Tak baiklah buli budak kecil. Marah mak dia nanti", Ajim mengutip semula kasut Nike milik Ashley. Dengan sabar menyarungkang kasut tersebut ke kaki Ashley.

"Aku hauslah. Malas nak pergi gerai seberang tu. Suruh je lah budak tu beli", Kata Shariz sambil melakukan crooked grind pada sebatang besi yang diletakkan dikaki lima kedai yang masih belum ada pemiliknya lagi.

"Jom kita beli sama-sama", Ajim menarik Ashley bersama dengannya. Sempat Ashley menendang deck kepunyaan Shariz sebelum mengejar langkah Ajim yang sudah jauh ke hadapan.

"Tak guna punya budak", Bebel Shariz sendirian.

Dalam diam. Dua sahabat sedang mengenangkan memori lama. Shariz menggelengkan kepalanya sendiri sambil ketawa kecil. Begitu juga Ajim.

"Kau ni kan budak. Apa kau buat dekat sini?", Shariz mengambil tempat disebelah Ashley.

"Tunggu abang Ajim lah", Balas Ashley sambil merenung kakinya sendiri.

"Ajim je?"

"Abang Najmi dengan abang Ajai sekalilah".

Shariz mengetuk kepala Ashley tiba-tiba, "Aku kau tak tungggu ke?"

Ashley diam sambil menggosok kepalanya. Kalau Ajim ada memang sudah lama dia menjawab. Disebabkan tiada 'guardian angel'nya, Ashley terpaksa menutup mulut. Kalau menjawab karang, tak pasal-pasal kena buli dengan Shariz. Ini sudah beberapa minit lewat kelibat Ajim langsung tak kelihatan.

"Bisu ke?", Sinis Shariz sambil mencucuk-cucuk pipi Ashley.

Ashley menjeling, "Nak apa hah?", Walaupun takut-takut, Ashley masih cuba melawan.

"Kau balik je lah".

"Tunggu abang Ajimlah".

"Kau tu 13. Dia tu 17. Dia anggap kau macam adik je lah. Dia bukan suka kau pun", Sengaja Shariz menyiniskan ketawanya. Mahu menyentapkan gadis awal remaja dihadapannya.

Muka Ashley sudah mula memerah, malu dalam masa yang sama hatinya sedikit terhiris mendengar pernyataan Shariz. Dia tak tahu apa yang dia rasa tapi dia begitu suka mendampingi Ajim. Rasa semacam kalau tak dapat jumpa Ajim.

"Baliklah budak", Bukan niat Shariz mahu menghalau tetapi Ajim memang tidak akan hadir petang itu kerana menyertai pertandingan Game Of Skate di Kuala Lumpur. Terasa simpati pula kalau dia membiarkan Ashley seorang diri ditaman itu padahal Ajim sudah meng'amanah'kan (?) Dia supaya menjaga Ashley.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now