Dua Puluh Tiga : Sketsa

6.4K 326 12
                                    

"Er..." Teragak-agak aku keluar daripada bilik apabila jam loceng yang aku tetapkan ditelefon berbunyi. Segan pula rasanya menumpang rumah orang tapi bangun lambat.

Aku membuka langkah ke dapur. Rasa macam pencuri pula. Aku membasuh mukaku dengan air paip di sinki. Sejuknya.

"Awalnya bangun".

Aku hampir melonjak ke belakang apabila ada suara yang menegurku. Aku menelan air liur. Kekok. Tetapi aku tetap melukiskan senyum sopan diwajah.

"Apa nama kamu?", Mak Shariz seolah cuba mengingati namaku seperti yang diperkenalkan Shariz semalam.

"Dian", Balasku.

"Ha Dian. Kamu pergilah mandi dulu", Mak Shariz menghulurkan sehelai kain batik yang dari tadi dipegangnya.

"Macam awal lagi je. Dian tak tahan sejuk. Aunty nak masak ke?", Tanyaku prihatin apabila melihat wanita tua itu mengeluarkan bahan daripada peti sejuk.

"Tak payahlah panggil aunty. Panggil mak je ya?", Pintanya lembut. Aku mengangguk. Kalaulah mama macam dia.

Mak mengambil sebilah pisau yang disimpan didalam laci, "Dian nak tolong?"

Pantas aku mengangguk.

Mangkuk yang berisi bawang putih, bawang merah dan cili dihulurkan kepada ku bersama pisau tadi, "Nah".

Apabila aku memasak bersama mak, aku jadi rindu pula dekat mama. Sewaktu aku kecil dulu, aku suka memasak dengan mama dan papa.

Mujur, aku tak kekok apabila diberi sudip. Kalau tak buat malu je.

"Dian dah kenal dengan Iqin?", Aku rasa tak selesa pula bila nama Iqin disebut. Budak tu bukannya suka aku pun.

Aku hanya membalas dengan anggukan.

"Dia tu, anak jiran mak. Rumah dia dekat belakang lorong sana. Shariz yang minta dia jaga mak. Malam tadi, dia cuma tumpang semalaman je", Mak membuka topik mahu berbual denganku.

"Umur dia berapa mak?", Aku memberi kerjasama dalam mewujudkan suasana selesa.

"Baru tingkatan 5. Nak dekat hari sekolah nanti, dia tahu lah balik rumah", Suara mak berubah perlahan, seperti tidak mahu kata-kata didengari orang lain. Dia ketawa kecil.

Perlahan-lahan rasa kekok itu hilang bila banyak perkara yang aku boleh bualkan dengannya. Yang paling aku terkesan apabila mak bertanya mengenai Shariz.

"Dian ni ada apa-apa dengan Riz ke?", Mak mengusikku. Bahan asas dicampak ke dalam kuali sebaik saja minyak sudah panas.

Pantas aku menafikan, "Ish mana ada, mak. Dian dengan Riz tu cuma kawan je".

Cliche. Tapi itulah kenyataannya.

Terasa panas pula mukaku apabila mak mengusikku.

Selesai memasak, aku membantu mak menghidang makanan pula. Aroma nasi goreng mak memang lain. Tapi masih, tak boleh kalahkan mama. Iyalah aku dah terbiasa dengan masakan mama waktu kecil dulu.

"Dah siap dah ni. Dian pergi mandi ya?", Mak menepuk bahuku setelah dia keluar dari dalam bilik air. Mukanya yang basah dilap dengan tuala yang dibawa masuk tadi.

"Baju Dian letak je dalam bakul depan pintu tu", Pesan mak sebelum dia masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan solat Subuh.

Satu yang aku suka tentang mak Shariz ni. Dia pandai sangat jaga hati aku. Dia tak perli pun tentang baju yang aku pakai. Solat pun tadi dia tegur secara berlapik. Tahu-tahu je lah rambut aku ni berwarna, macam mana nak solat.

Aku akur dan terus masuk ke dalam bilik air. Mujur mak sempat memberiku sebatang berus gigi baru untuk aku gunakan. Sudahlah aku hanya sempat membawa baju sahaja malam tadi.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now