Empat Puluh Satu : Iqin Oh Iqin

4.3K 221 37
                                    

Majlis pernikahan semula antara Encik Sufian dan Puan Liyana berjalan lancar.

Seorang perempuan bertudung litup, memeluk Puan Liyana dengan air mata gembira. Riak wajah kedua-dua wanita itu menunjukkan mereka ikhlas menerima diri masing-masing sebagai madu.

Dari jauh Encik Sufian melepaskan nafas lega. Hal isteri-isterinya sudah diselesaikan. Sekarang hanya satu yang merunsingkan Encik Sufian. Hal anak-anaknya.

Iqin tidak menunjukkan sebarang protes tentang penyatuan ini tetapi Dian. Dian pula langsung tak dapat menerima keluarga barunya. Dalam hati dia bersyukur kerana hati Iqin tak sekeras Dian yang suka memberontak. Buktinya, Dian memberi alasan untuk tinggal saja dirumah daripada melihat penyatuan semula orang tuanya.

"Mama", Dengan mesra Iqin memeluk mama barunya itu, "Congrats".

Puan Liyana hanya tersenyum, begitu juga Puan Hamida. Terasa sejuk hati mereka dengan penerimaan Iqin.

"Iqin nak tanya dari tadi. Mana kak Dian?"

Dia tercari-cari juga perempuan yang selalu menaikkan rasa menyampah dan benci dihatinya.

"Teruknya kak Dian ni. Mama sendiri kahwin pun taknak datang. Apa punya an-"

"Iqin! Kaki Dian kan tak elok lagi", Puan Hamida mencubit lengan anaknya.

"Awh Ibu, orang tanya je, ish", Iqin menggosok-gosok lengannya yang terasa berbisa.

"Sorry, Ma".

Iqin yang merasai ketegangan ibunya meminta diri untuk melayan tetamu yang hadir ke jamuan kecil mereka. Dari jauh dia sudah boleh nampak susuk tubuh Shariz yang sedang merakam sesuatu dari telefonnya. Pasti dia mahu berkongsi mengenai aktivitinya dilaman sosial.

"Abang".

Shariz mengeluh perlahan apabila otaknya dapat mengecam suara itu. Telefon terus diletakkan didalam poket baju Melayunya. Dia hanya memandang hambar nasi minyak berlauk dihadapannya. Dari ekor mata dia lihat ada seseorang yang mengambil tempat disisinya.

"Iqin tahu abang tak makan dari tadi. Abang sorang je ke?"

Shariz membelek gambar-gambar di kamera DSLR yang dia ambil sewaktu majlis tadi. Dia takkan berada disitu kalau bukan kerana permintaan Puan Liyana.

Iqin langsung tak berputus asa dengan kedinginan Shariz. Nasi diambil sedikit dengan menggunakan sudu kemudian disua ke bibir Shariz.

Iqin tahu ramai mata yang memandang mereka. Dia juga yakin Shariz tak akan menjatuhkan air mukanya disitu.

"No, thanks. Abang dah kenyang", Shariz membelakangkan kerusinya dan meninggalkan Iqin menahan pelbagai perasaan disitu.

"Abang", Iqin memanggil Shariz. Diabaikan bisikan dari para tetamu tentang perangainya. Dia mengekori langkah Shariz.

Kali ini lengan Shariz ditarik menyebabkan langkah lelaki itu terhenti, "Abang!".

Tangan Iqin ditepis, "Kau nak apa?"

"Em, sebenarnya Mama panggil abang. Dia ada dekat bilik. Dia cakap Kak Dian lari rumah".

"What!? Mana aunty?", Jelas riak terkejut diwajah Shariz. Patutlah mesej dan panggilannya tidak berjawab.

"Abang masuk rumah. Bilik kat tengah tu bilik Papa. Mama ada dalam tu", Iqin sembunyi senyumannya melihat wajah risau Shariz.

Kelam kabut Shariz berlari masuk kedalam rumah, mencari bilik yang Iqin katakan. Tanpa Shariz sedari, Iqin mengekori dirinya.

Shariz tidak sempat untuk mengetuk pintu bilik, dia hanya membuka pintu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik itu. Shariz jadi terkeliru sendiri. Hanya bingkai gambar Iqin yang menunjukkan siapa tuan punya bilik.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now