Enam Belas : Ex-Crush

6.8K 301 4
                                    

"Baik lepak Zouk je sia", Aku hanya mendengar Shariz membebel-bebel dengan telefon bimbitnya.

"Kenapa Riz?", Aku cuba mencelah tetapi dia mengisyaratkan aku supaya menutup mulut.

Dua minit kemudian dia mematikan panggilan ditelefon bimbitnya, "Diaorang tak jadi."

Dalam diam aku menarik nafas lega. Entah kenapa aku hanya mahu bersama Shariz. Malaslah nak jumpa Ajim. Jahat ke macam ni?

"Sooo... kita nak ke mana?"

Aku menggelengkan kepalaku tanda tidak tahu.

"Nak balik?"

Responku tetap sama.

"Kita pergi makanlah".

"Dekat mana?", Sedikit sebanyak aku berasa ingin tahu.

"Dekat-dekat sini je", balas Shariz. Aku hanya akur.

Tak sampai setengah jam, Shariz memakirkan kereta dihadapan sebuah shoplot yang dijadikan bangunan Ambank. Makan dekat bank ke?

"Pakai streetwear sebab nak support lokal kan? Kita makan burger dekat tepi street ni kira support orang sendiri lah kan?", Shariz seolah mampu membaca fikiranku dia terus membuka mulut.

"Kita makan dalam kereta je okey kan?", Cadangku. Lagipula, ramai remaja yang melepak diluar. Aku rasa tak selesa pula.

"Okey. Kereta kau kan?", Ujar Shariz sebelum keluar daripada kereta.

Aku hanya memerhatikan Shariz sehingga dia sampai ke gerai burger. Daripada cara interaksi mereka aku tahu apa yang mereka katakan. Mestilah dia tanya Shariz nak apa dan Shariz mestilah balas apa yang pekerja tu tanya. Shariz kelihatan terpinga-pinga sebelum memandangku. Eh?

Dia menyuruh aku supaya menurun tingkap kereta.

Shit.

Lambat-lambat aku menurunkan tingkap kereta.

"Kau nak burger apa?"

Gr. Selalu sangat makan burger.

"Aa- apa-apa je lah", Balasku gugup sebelum cepat-cepat menaikkan semula cermin tingkap kereta. Apa reaksi Shariz aku tak sempat nak pandang. Yang aku tahu aku nak mengelak.

"Dian!"

Shit.

Aku benci dengar suara tu.

Seorang lelaki yang lebih kurang seusia denganku menghampiri kereta. Aku perasan pandangan pelik Shariz apabila melihat lelaki tadi.

What to say, what to say?

"Hai", Sapanya dengan senyuman yang terukir manis. Kalau dulu, mungkin aku cair. Sekarang? Menyampah.

Aku buat-buat senyum, "Hai."

"Dian, ingat I lagi tak?", Sapanya, seperti tiada konflik yang pernah berlaku di antara kami. Selambanya dia.

"Aku ingat" 'aku ingat orang yang pernah buat aku rasa macam manusia paling bodoh dekat dunia ni', Kata-kata terakhirku hanya mampu aku laung di dalam hati.

Dia tersengih, bangga, "Makin lawa kan you sekarang ni?", Usiknya dan aku membalas dengan senyuman palsu.

"I tak boleh lama sangat dekat sini", Adunya. Heh ingat aku nak layan kau?

Dia tiba-tiba kalut mengeluarkan telefon bimbitnya, "I nak nombor you boleh? I baru tukar telefon", Katanya seraya menghulurkan telefonnya.

Aku mengimbas sekilas telefonnya ketika mengambil peranti tersebut. Menaip nomborku lambat-lambat diatas skrin sebelum memulangkannya kepada lelaki berbaju hitam tadi. Telefon baru? Aku mencebik dalam hati. Macam aku tak tahu rupa telefon dia dengan yang sekarang ni sama je.

Aku, Kau & Skateboard ✔Where stories live. Discover now