Bas

1.2K 80 2
                                    

Sejak aku menjadi mahasiswi di sebuah universiti awam di Malaysia, aku sering mendengar cerita-cerita seram yang bagi aku hanyalah rekaan semata. Bayangkan, semua cerita yang aku dengar, hampir semuanya sama dan berlaku di mana-mana. Contohnya, kisah nenek tua menjual karipap. Sedangkan di universiti lain pun ada juga cerita ni. Kesimpulannya, semua cerita seram ni hanyalah mitos dan cuma di buah bibir mereka yang menceritakan.

Nak dipendekkan cerita, malam tu pukul 11 malam, aku balik dari dewan kuliah sebab baru habis kelas ganti. Kebetulan pula, semua kawan-kawan aku banyak yang sewa kereta kononnya mahu ke KL terus sebab esoknya ada konsert artis Korea entah siapa sebab aku bukan minat pun.

Aku naik bas malam itu. Aku duduk paling depan sebab memudahkan aku untuk keluar. Dalam bas tu, hanya ada beberapa orang pelajar sahaja. Yang aku kira-kira, dalam 10 orang kami semuanya. Jadi semua duduk berjauhan dan berseorangan di tepi cermin.

Pak cik bas tu mulalah sembang dengan aku sebab nak elak mengantuk. Oh ya, perjalanan dari dewan kuliah ke kolej aku mengambil masa kurang daripada 10 minit.

Mulanya cerita kami hanya benda-benda klisye sehinggalah pak cik tu memusingkan kepalanya 180 darjah tepat ke arahku dan bertanya,

"Turun mana ni dik?"

Esoknya aku demam.

Ramai yang kata aku pengsan dalam dewan kuliah.

Mimpi atau tidak tapi aku benar-benar melalui perkara ini. Kenapa tak ada yang faham?

SEKOLAH TUMPANGANTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang