Telefon

2.8K 162 3
                                    

Kila masih terbayang-bayang akan memori kelmarin. Maklumlah kelmarin hari terakhir bergelar sebagai seorang pelajar sekolah.

Entah apa yang Kila termenungkan di luar jendela itu. Dia masih merindui sahabat lamanya, Lina. Lina yang meninggal dunia beberapa bulan lalu sungguh mengecewakannya. Kila dan Lina seperti adik beradik. Di mana ada Kila, di situ ada Lina tapi kejadian bunuh diri itu benar-benar menyakitkan hati Kila.

Andai sahaja dia mampu mengulang kembali saat itu pasti dia cuba mengelak perkara itu terjadi.

Tiba-tiba telefon Kila berbunyi tanda telah masuk satu mesej baru. Kila membuka dengan pantas kerana menyangka ibu atau ayahnya.

"Weh, tolong send gambar kelmarin. Nak buat album" - Jen

Jen rupanya.

Kila pun menghantar gambar-gambar tersebut melalui aplikasi Whatsapp.

Ada satu gambar yang menarik perhatian Kila.

Gambar selfie Lina memakai baju sekolah.

Tapi... bila gambar itu diambil?

SEKOLAH TUMPANGANWhere stories live. Discover now