Jemuran

3.7K 207 0
                                    

Eisha. 17.

Eisha baru sahaja pulang dari latihan bola tampar. Dia terus ke bilik mandi bersama rakan yang lain.

Suasana asrama semakin sepi. Semuanya sedang bersiap sedia ke surau. Lain pula dengan pelajar yang terlibat dengan latihan bola tampar, mereka dibenarkan mandi selepas jam 6 petang dan hanya ke surau apabila waktu isyak.

Eisha sudah selesai mandi dan mencuci kain. Dia bergegas ke jemuran kerana takut tiada tempat lagi untuk dia menjemur.

"Menjemur?" Soal Nia, sahabatnya.

"Ya Nia" jawab Eisha.

Mereka kemudian bercerita sambil menjemur pakaian basah.

Sehinggakan Eisha sedar bahawa Nia belum selesai mandi dan masih berada di bilik mandi.

SEKOLAH TUMPANGANWhere stories live. Discover now