Tukul

9.2K 427 16
                                    

Sebelum ini memang banyak kisah yang terjadi dekat mana-mana sekolah termasuklah IPG (penulis menganggap IPG juga salah sebuah sekolah hihi). Oleh sebab itu, terdetik pula hati penulis mahu bertanya dengan sahabat baik dari IPG. Tapi nama dan alamat IPG dirahsiahkan untuk keselematan hahahaha.

*****

Ain melihat jam tangan tidak berjenama yang dibeli di pasar malam. Jam menunjukkan pukul 11 malam dan roommatenya masih belajar di meja belajar masing-masing. Ain mencapai air mineral di atas meja dan minum beberapa teguk. Tekak Ain basah. Dari petang tadi menghafal formula matematik yang sebenarnya dia sudah lali sejak sekolah menengah.

Ain mula berasa tidak selesa. Bilik sebelah, atau bilik bernombor 707 asyik menukul. Ain hilang fokus. Setiap kali hendak menulis, dia mengeluh kebisingan. Setiap kali hendak menghafal, dia kebisingan.

"Imah, kau dengar tak bunyi tukul tu?" Ain bertanya kawan sebiliknya.

"Dengar. Dari tadi asyik menukul. Pasang jam kat dinding kot" jawab Fatimah atau lebih senang dipanggil Imah. Imah gadis yang berasal Sarawak dan sudah empat bulan sebilik dengan Ain.

*****

Esoknya, seperti biasa kelas berakhir pada jam 2 petang. Ain terus berjumpa dengan Tasya, pemilik bilik 707. Niat Ain adalah sebenarnya ialah ingin menegur sikap mereka yang menukul sehingga mengganggu fokus mereka.

"Weh, lain kali janganlah tukul-tukul dinding malam-malam" sambil tersenyum, Ain mengharap Tasya memahaminya.

"Tukul? Bila masa pula kami menukul? Buat lawak?" Tasya menjawab kehairanan tapi bingung.

Ain terdiam sebentar. Dia yang bersama-sama dengan Imah tidak tahu mahu menimbulkan reaksi apa. Terkejut atau takut. Semuanya bercampur baur.

*****

Imaginasi atau realiti?
Ain bingung sehingga kini.
Sebenarnya bukan sahaja Ain dan Imah yang mendengar tukulan itu tetapi bilik selepas bilik 707 juga mendengar bunyi tukulan itu.

Persoalannya siapa?

SEKOLAH TUMPANGANWhere stories live. Discover now