Kepala

5.1K 276 7
                                    

Aku, Amy dan Lala menyiapkan kerja sekolah berkumpulan di sekolah. Kami bertiga berkumpul di kelas.

Kemudian selepas itu, Amy dan Lala ke bilik air. Aku tinggal seorang di dalam kelas. Tiba-tiba aku mendengar bunyi tapak kaki yang menghampiri pintu masuk kelas.

Aku pada mulanya tidak mengendahkan kerana aku tahu itu cuma Amy yang suka bermain-main.

Tapi lama kelamaan bunyi tapak kaki semakin kuat.

Perlahan-lahan aku menghampiri pintu.

Langsir yang tidak diselak cuba aku selakkan.

Lalu aku melihat seorang gadis tanpa kepala menghampiriku.

Aku bangun.

Rupanya aku di rumah. Mak bagitahu yang aku pengsan.

Dan sehingga kini aku tidak dapat melupakan kejadian itu. Ramai yang kata itu guru sains yang di bunuh. Ada juga yang kata itu pelajar asrama yang dikurung. Entah mana satu.

Can you relate?

SEKOLAH TUMPANGANWhere stories live. Discover now