Satu Hari

2.2K 134 3
                                    

Satu hari tu aku memang tidak mahu ke kelas tambahan. Bukan apa, sebab aku tak suka Puan Zai. Mungkin mulut dia yang tak ada "insurans" tu yang buat aku malas.

Memandangkan aku tak masuk kelas, aku duduk dalam perpustakaan. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, aku masih bersendirian dalam perpustakaan. Sehinggalah seorang pelajar entah kelas mana menyapa aku dengan lemah lembut.

"Sorang?" soalnya.

Aku tak jawab. Buat apa? dalam benak fikiranku.

Kemudian pelajar tu hilang. Aku meneruskan pembacaan. Majalah Siswa ni langsung tak menarik. Itulah yang aku fikirakan. Aku membuka satu muka surat ke satu muka surat yang lain sehinggalah pelajar itu datang lagi.

Kali ini aku merenung marah. Aku berasa rimas. Kami membalas renungan.

"Semalam pun kita macam ni"

Aku terdiam.

"Semalam apa?" soalku. Kali ini aku yang menyoal.

"Takkan tak ingat. Semalam dekat cermin tu. Cantik awak sikat rambut awak. Awak pakai bedak. Comel sangat"

Bulu romaku naik.

"OMG AWAK NI DARI MANA?!" -hati




//// sedangkan masuk bilik air kita kena beradab, apatah lagi tengok cermin.

doa ketika melihat cermin - اللَّـهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

"AlLahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi."

Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku.

[Hadith Sahih - Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban]

SEKOLAH TUMPANGANWhere stories live. Discover now