Main main

2.8K 156 0
                                    

Reen, Yen dan Jen bersepakat untuk berkongsi cerita hantu setiap hari. Mereka tidak kisah sama ada cerita itu benar atau tidak.

Di sekolah, mereka bertiga dikenali sebagai "Perempuan Hantu" kerana menyimpan pelbagai kisah hantu.

Di asrama pula, ramai yang tidak mahu mandi dan bercerita dengan mereka kerana takut akan cerita-cerita yang mereka kongsikan.

Pada satu malam (prep malam), Yen berkongsi cerita dengan beberapa orang yang lain di dalam kelas.

Yen ; semalam, aku nampak Lina kat tandas. Menangis nangis mintak tolong. Aku malas nak cakap besar tapi memang Lina.

Tasya ; bukankah Lina sudah meninggal?

Jen ; bukan semua orang meninggal tu meninggal dengan baik.

Farah ; boleh percaya ke?

Jen ; suka hatilah. Ramai yang cakap Lina tu tak tenang lagi di alam sana.

Reen ; semalam aku nampak Lina juga. Masa aku bangun jam 1 pagi nak ke tandas, aku nampak dia. Tidur juga. Tapi sebelah Jen.

Jen ; hahaha. Kau pun main-main kan?

Tasya ; ek eleh.. orang buat cerita, kau pun sibuk kenakan orang.

Mereka tergelak sama.

Reen ; tapi.... aku cakap betul-betul. Dia tengok aku juga.

Dan mereka semua saling berpandangan antara satu sama lain.

SEKOLAH TUMPANGANDär berättelser lever. Upptäck nu