kucing

7.1K 352 10
                                    

Aku Aqish, kelas 5B SMKKRS dan budak hostel.

*****

Kisah bermula bila ada dua ekor kucing berwarna hitam dan kelabu selalu duduk, bermain dan makan di atas almari aku.

Kucing tu hanya datang selepas jam 6 petang. Kalau siang, aku tak pernah jumpa walhal asramaku kecil dan agak sempit.

Oleh sebab terlalu rapat dengan kucing tu, aku selalu bagi makan. Aku bagi sisa makanan aku dan kadang-kadang keropok yang dah masuk angin.

Kedua-dua ekor kucing tu pula tidak pernah bergaduh. Mungkin adik beradik tapi entahlah.

Pada tengah hari itu, selepas balik dari sekolah, aku melipat kain-kain yang masih belum dilipat sejak kelmarin dan secara tiba-tiba kucing hitam itu masuk ke bilikku dan duduk di atas tilamku.

Alangkah terkejutnya aku. Inilah kali pertama kucing itu datang waktu siang. Biasanya, kucing ini akan datang selepas jam 6 petang.

"Amboi kucing.. pandai kau datang ya waktu siang-siang.." aku berkata kepada kucing itu dengan nada yang menyindir.

Sejurus selepas itu, kucing itu seakan-akan marah dengan kata-kata aku itu tadi. Tapi yang peliknya kucing itu tidak melihat aku sama sekali. Kucing hitam itu melihat di belakangku dan secara tiba-tiba melompat marah. Nafas kucing itu kedengaran marah begitu juga nadanya. Tapi dengan siapa? Aku tidak melihat kucing yang berwarna kelabu masuk bersama kucing hitam itu tadi.

Kalau mahu bergaduh sekali pun, kenapa aku tidak melihat kucing yang lain masuk ke bilikku? Kalau marah dengan aku, kenapa tidak melompat ke arahku? Hm.

Dan selepas kejadian itu, kucing hitam itu tidak pernah datang lagi ke bilikku. Aku juga langsung tidak melihat kucing itu berlegar-legar di kawasan asrama. Entah di mana, aku juga tidak tahu.

*****

Penulis hanya mengandaikan di belakang Aqish adalah mahluk lain yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Mungkin hanya kucing itu ysng tahu. Entah siapa, entah kenapa.

SEKOLAH TUMPANGANWhere stories live. Discover now