Telefon tu dicampak ke dinding dengan kuat. Habis pecah berkecai telefon itu dibuatnya sama seperti hati nya sekarang ni. Orang yang dia amat sayang, rindu sanggup menipu nya sebegini rupa. Dia rasa dikhianati.

Segala barang dicapai lalu dibaling, otak nya kusut, jiwa nya hancur. Tangan meramas kuat rambut.

Masalah tadi berkaitan dengan Dato Nazman belum selesai, inikan pula ditambah dengan penipuan Syameer. Gadis itu menjerit kuat, meracau-racau bak orang gila.

"Kenapa?! Kenapa?!" jerit Aileen, botol minyak wangi itu dicampak ke atas cermin.

Satu bilik tu berbau harum dan membuatkan pandangan Aileen berpinar. Tiba-tiba kedengaran satu ketukan bertalu-talu di pintu.

"Bukak pintu ni sayang! Kenapa ni? Bukak pintu!" Rayu Datin Dahlia, pintu itu diketuk dengan kuat.

Tombol pintu pula diputar-putar tapi tetap tidak pintu itu tidak terbuka sebab pintu dikunci dari dalam. Wanita itu mula cemas dan air mata mula jatuh.

"Mama pun sama dengan dia. Penipu! I hate you!" Buku diatas meja dibaling tepat ke arah pintu.

"Dahlia, takde kunci pendua ke?" tanya Dato Nazman tenang.

"Ada Dahlia pergi ambik kejap." Tergesa-gesa dia berlari ke dalam bilik nya. Wanita itu kembali dengan kunci di tangan.

Terus dia memasukkan kunci ke dalam lubang kunci. Pintu dibuka luas. Segera mereka berdua masuk ke dalam bilik.

Tunggang-langgang, bersepah. Ayat yang boleh digunakan bagi menggambarkan keadaan bilik Aileen sekarang ni. Gadis kecil itu terduduk di tengah bilik dengan sebelah tangan nya memegang serpihan kaca.

Darah mula keluar dari celah-celah tapak tangan nya. Kaca itu dihala kearah pergelangan tangan. Rambut nya kusut.

"Ya Allah Aileen." Bagai nak tercabut jantung nya apabila melihat anak tunggal nya cuba untuk bunuh diri di depan mata nya sendiri.

Datin Dahlia dengan berhati-hati melangkah kearah Aileen. Gadis itu seperti tak perasan dengan kehadiran mereka berdua.

Tangan yang memegang kaca itu ditolak menyebabkan kaca itu tercampak ke bawah katil.

Gadis itu seperti terpinga-pinga dan cuba mengejar kaca itu balik tapi cepat sahaja tubuh kecil nya dipeluk oleh Datin Dahlia. Diusap-usap lembut rambut Aileen.

"Kenapa ni sayang? Kenapa Aileen buat mama macam ni?" Rintih Datin Dahlia.

"Mama! Kenapa mama halang Aileen? Aileen nak mati! Kenapa hidup Aileen macam ni? Kenapa?!" Gadis itu meracau, badan dironta-ronta minta dilepaskan.

"Shuhh, sabar sayang. Sabar." Pujuk Datin Dahlia. Tangisan Aileen makin kuat.

"Mama tipu Aileen. Mama dah tak sayang kat papa dah kan? Dia pun tipu Aileen. Kenapa semua orang tipu Aileen ni?! Kenapa? Kenapa?"

Selepas beberapa minit, rontaan Aileen makin perlahan, begitu juga dengan suara nya.

Makin lama makin perlahan dan akhirnya menjadi senyap. Betul tu, Aileen pengsan akibat terlalu stres dan asyik menangis.

"Naz! Tolong angkat Aileen, kita pergi hospital." Dengan berhati-hati Dato Naz mengangkat Aileen. Mata nya menilik raut wajah Aileen. Simpati dengan segala benda yang terjadi.

Semua orang tidak patut rasa apa yang dirasai oleh Aileen tapi apa yang boleh dilakukan? Kita hanya manusia biasa dan tak mampu nak melawan takdir. Takdir yang kejam.


__ __ __


"Datin jangan risau, anak datin cuma stres sebab tu lah dia pengsan. Jadi saya rasa datin lebih baik jangan susahkan hati di dan lagi penting jangan biarkan dia berfikir terlalu banyak. Saya takut keadaan dia jadi makin teruk."

Datin Dahlia mengangguk tanda faham. Pandangan dikalihkan kearah Aileen yang sedang termenung melihat ke luar tingkap.

"Ada apa-apa lagi doktor?"

"Oh, saya sarankan agar dia tak pergi sekolah besok. Biarkan dia rehat. Baiklah datin, saya mintak diri dulu." Doktor yang bernama Elena itu lalu keluar dari wad.

"Aileen, esok kamu takyah sekolah tau." Kata Datin Dahlia lembut, jari-jemari gadis itu cuba dipegang tapi segera Aileen mengalihkan tangan nya.

"Tak nak, Aileen nak sekolah." Keras gadis itu berkata. Luluh hati wanita itu dibuatnya. Terasa dengan perlakuan anak nya itu.

"Tapi-"

"Nak berapa kali Aileen bagitahu? Aileen nak pergi sekolah!" Gadis itu menutup seluruh badan nya dengan selimut.

Terkejut Datin Dahlia apabila Aileen meninggikan suara padanya. Perubahan ketara sikap anak nya itu amat dirasai sekali.

Kenapa ni sayang?

his little princess | √ Where stories live. Discover now