Part 58

490 69 15
                                    

   "Selamat petang Cik, boleh saya bercakap dengan Cik Taeyeon tak?" Tanya seseorang yang menghubunginya. Yang pasti dia langsung tak kenal dengan orang itu kerana dia tidak menyimpan pun nombor ini di dalam telefon pintarnya.

    "Ya, saya Taeyeon. Kenapa ya Cik telefon saya ni?" Tenang Taeyeon bertanya, sedangkan dadanya seperti mahu meletup kerana terlalu berdebar.

Dia pandang Taehyung, YeonJi, omma Byun dan appa Byun. Dia dah sampai di rumah. Baekhyun? Tak sampai lagi, hari ini mereka pergi kerja menaiki kereta yang berbeza kerana, kata Baekhyun dia ada kerja sedikit yang perlu di selesaikan di ofis. Dia tidak mahu Taeyeon menunggunya.

    "Saya nak maklumkan pada Cik, yang suami Cik, Byun Baekhyun terlibat dengan kemalangan" terlepas telefon dari pegangan Taeyeon apabila mendengar kenyataan pihak hospital.

Taehyung terus mengambil telefon pintar Taeyeon lalu di lekapkan ke telinganya. "Yeoboseyo, saya adik kepada Cik Taeyeon. Boleh tahu kenapa Cik telefon noona saya?" Tanya Taehyung ingin tahu. Tangan YeonJi sudah di genggam, dia perlukan kekuatan jika perkara ini berkaitan dengan abangnya.

    "Suami kepada Cik Taeyeon terlibat di dalam kemalangan, jangan risau kemalangan yang menimpa Encik Baekhyun tidaklah seteruk mana" ujarnya.

Taehyung pandang mereka semua yang ada silih berganti, Taeyeon sudah pun menangis. "Dekat hospital mana hyung saya di tempatkan?" Suara Taehyung sudah bergetar menahan sebak di hati.

YeonJi, omma Byun dan appa Byun berpandangan apabila Taehyung menyebut perkataan hospital dan juga hyung itu. Tahulah mereka sekarang kenapa Taeyeon tiba tiba boleh menangis selepas menerima panggilan tersebut.

   "Encik Baekhyun berada di hospital ***** sekarang"

   "Terima kasih, kami akan ke sana sekarang jugak" tanpa menunggu balasan, Taehyung terus memutuskan talian.

   "Jom kita pergi sekarang"

   "Macam mana ni? Diaorang dah sampai, tak sangka pulak V tu boleh bawa kereta laju namatey" Baekhyun ke hulur ke hilir. Dia gelisah kerana dia mengharapkan orang lain sampai dahulu, sebaliknya orang lain yang sampai dulu.

Sekarang ni pun nasib baik ada jururawat menegah mereka masuk ke dalam sini dahulu.

Kepalanya menoleh ke arah lelaki dan perempuan yang baru melangkah masuk, dia menarik nafas lega. JaeHan dan MiNa sudah berada di depan matanya sekarang, tak perlu lagi dia gelisah semacam.

   "Macam mana diaorang boleh sampai dulu?" Tanya JaeHan masih terkejut. Terkejut dengan kedatangan mereka dahulu, laju dari mereka berdua ni.

Baekhyun mengangkat bahu tidak tahu. Yang dia tahu pasti kereta di pandu laju macam nak terkeluar enjin tu habis.

   "Okey, tak apa itu semua kita letak tepi dulu. Sekarang ni, nurse tolong kami tampalkan kapas besar sikit dekat kepala Baekhyun. Letak sekali pewarna yang saya ada bawa tu, dan lepas tu tolong baju lengan kiri Baekhyun sekali. Kaki? Tak perlu" JaeHan pandang Baekhyun.

Jururawat tersebut hanya mengikut apa yang di katakan JaeHan itu. Sesudah itu dia melangkah keluar dari situ, kerjanya sudah selesai.

Baekhyun merangkak naik ke atas katil yang tak berapa nak empuk itu perlahan. Dia serabutkan sedikit rambutnya yang kemas itu, pakaian hospital yang sudah lama di pakai di betulkan sedikit. Dia memberikan isyarat okey kepada JaeHan dan MiNa.

JaeHan memakai kembali baju menyamaranya, kalau dia tak pakai macam ni memang dia takkan lepaslah nak masuk dalam bilik yang menempatkan Baekhyun.

   "Aku pergi dulu, goodluck. Ni lupa nak bagitahu tadi, aku dah dapatkan tiket untuk kau pergi China. Esok jugak kau boleh pergi sana, kitaorang akan hantar kau tengah hari esok. Esok pagi aku akan ambil kau dekat sini bawa pergi rumah aku, do the best" JaeHan memberikan isyarat kepada MiNa untuk keluar.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now