Part 1

2.2K 132 7
                                    

   "Minggu depan PA baru Taeyeon masuk," kata Encik Kim yang baru melabuhkan punggung di atas sofa.

Taeyeon yang sedang sibuk membelek kukunya terus mengangkat muka memandang appa. "Boy or girl?" Soal Taeyeon ingin tahu.

   "Kenapa kalau lelaki atau perempuan, Taeyeon nak mengurat ke kalau lelaki?" Soal Puan Kim sambil tersenyum lebar. Sengaja mahu menduga.

Taeyeon menunding ke arahnya sendiri. "Taeyeon nak mengurat, memang taklah omma. Ingat Taeyeon tak ada kerja lain ke nak buat," Taeyeon buat muka. Dia nak mengurat, memang silap besarlah. Lagi pun sepanjang dia sudah berkerja hampir enam tahun tak pernah dia fikir nak kahwin.

   "PA yang akan ganti PA lama Taeyeon tu lelaki," bagitahu Encik Kim.

   "Good. Tak adalah, kalau perempuan kena marah sikit dah tak tahan lepas tu terus nak,resign. Lelaki ni bolehlah kut nak bertahan walaupun kena marah" ujar Taeyeon menerangkan.

   "Tapi tak boleh nak salahkan diaorang jugak, Taeyeon tu yang garang sangat. Cepat marah, kalau omma pun dah cabut lari jugak daripada jadi PA Taeyeon." Kata Puan Kim.

Taeyeon mencebik. "Alah Taeyeon garang sikit je kut, takkanlah tak boleh"

   "Masalahnya anak appa ni kalau marah rasanya sampai nak bergegar dah bangunan dua puluh tingkat tu, silap hari bulan boleh runtuh bangunan tu sebab suara Taeyeon yang kuat sangat ni" sindir Encik Kim sambil menggelengkan kepala.

   "Lantaklah, tapi kalau Taeyeon tak garang nanti diaorang yang lemak tak nak buat kerja, lepas tu siapa yang susah kalau bukan kita appa" balas Taeyeon.

   "Agaknya ikut siapalah garang ni, omma dengan appa tak adalah macam ni. Mungkin ada keturunan omma atau appa kut yang Taeyeon ikut ni, suka terjerit jerit kalau nak panggil orang" kata Puan Kim pula.

   "Sekarang ni siapa yang Taeyeon nampak dah meningkat reputasi dia?" Soal Encik Kim mengubah topik.

Taeyeon mengurut dagunya sambil mengingati kembali siapa yang reputasinya sudah meningkat di syarikat itu. "Masih sama macam dulu, Chanyeol masih lelaki yang memegang reputasi yang baik dalam syarikat tu. Urm... si Taehyung pun reputasi dia semakin baik, tapi dia tu macam tak nak dengar cakap Taeyeon, sakit hati tau cakap dengan mamat alien tu. Baru kerja setahun pun dah riak macam tu" Taeyeon tarik rambutnya sendiri.

   "Alien alien pun comel apa, dia bukan tak nak dengar cakap Taeyeon tapi mungkin dia nak tumpukan perhatian dia pada kerja yang berlambak lambak Taeyeon bagi tu" kata Encik Kim mempertahankan Taehyung pula.

Taeyeon mencebik lagi. "Appa boleh pulak sebelahkan mamat tu, dahlah lagi muda dari Taeyeon, lepas tu tak nak dengar cakap pulak tu. Menyampah tau," Taeyeon masih meluah rasa menyampahnya.

   "Tak payah nak menyampah sangat, dia kerja dekat situ pun dah kira dia dah tolong Taeyeon bangunkan syarikat kita jugak, patutnya Taeyeon berterima kasih dengan dia," kata Puan Kim pula. Dia tahu siapa Taehyung itu, kerana dia selalu juga pergi ke situ untuk melawat anaknya. Dari situ jugalah dia tahu anaknya ini garang dan suka terjerit jerit pada pekerja di situ.

Lagi lagi sebelahkan lelaki itu, Taeyeon sampai terasa makin menyampah pula pada Taehyung itu. Nak buat macam mana, tak ada orang lain dah nak sebelahkan dia, terpaksa pertahankan sendiri je. Taeyeon bangun dari duduknya lalu berlari naik ke tingkat atas.

   "Aunty Lee hantarkan susu segar dalam bilik Taeyeon. Now!" Jerit Taeyeon dari dalam bilik tingkat atas. Encik Kim dan Puan Kim hanya menggelengkan kepala. Pembantu rumah yang di panggil aunty Lee terkocoh kocoh naik ke tingkat atas dengan segelas susu segar seperti yang di minta.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now