Part 55

505 83 31
                                    

   "Janganlah sakit sekarang, sakitlah nanti nanti" rungut Baekhyun sambil memicit kepalanya. Nasib baik dia berada di pantri sekarang, kalau tidak pasti Chanyeol dengan Taehyung sudah berdiri tegak dekat meja dia.

Hari tu dia pening kepala sampai pengsan, dia terpaksa bercuti sampai seminggu. Semuanya gara gara asyik pening kepala sahaja.

Dia berhenti dari terus memicit kepalanya. Takut juga kalau ada orang nampak dia asyik memicit kepala. Kalau sampai dekat Taeyeon, pastinya isterinya akan menghantar dia pulang. Tak pun isterinya itu akan mengarah Chanyeol atau Taehyung yang hantarkan dia balik.

   "Eh, Baekhyun" teguran dari seseorang membuatkan Baekhyun tersentak.

Dia toleh ke belakang. Senyuman terus di berikan pada gadis yang memang dari tadi tersenyum sahaja. Jarang sekali dia tidak nampak gadis ini tidak tersenyum lebar seperti sekarang juga.

   "Kenapa dengan awak?" Tanya Tiffany ingin tahu.

Baekhyun kerutkan dahi, takkan Tiffany perasan akan perubahan wajahnya. "Tak ada apalah Cik Tiffany, saya baik baik je"

   "Kan saya dah cakap jangan panggil saya dengan panggilan Cik, awak pun dah di kira macam bos saya jugak sebab awak suami kepada Cik Taeyeon" ujar Tiffany lembut. Dari hari tu lagi dia dah tidak memberikan kebenaran kepada mereka memanggil dia Cik. Dia lebih selesa bila orang memanggil dia Tiffany.

   "Tak bolehlah Cik Tiffany, Cik Tiffany tetap bos saya jugak walaupun saya ni suami kepada Taeyeon," Baekhyun bersandar pada dinding. Nak kurangkan rasa peningnya.

   "Degil!"

Baekhyun ketawa kecil. "Macam mana Cik Tiffany dengan Chanyeol sekarang?"

   "Macam mana apa?" Soal Tiffany kembali seperti tidak faham.

   "Hubungan Cik Tiffany dengan Chanyeol lah, kalau dah ada apa apa hubungan janganlah tunggu lama lama, saya takut saya tak sempat nak tengok Cik Tiffany dengan Chanyeol bersatu" ujar Baekhyun perlahan.

   "Ish, apa cakap macam tu. Awak nak pergi mana, jangan cakap mengarut sangat. Saya dengan Chanyeol tak ada hubungan apa apalah, jangan memandai erk" Tiffany mencebik bila dia tengok Baekhyun tersengih nakal.

   "Nanti Chanyeol ada orang lain jangan menangis, dia tu popular jugak tau Cik Tiffany. Memang nampak macam dia tak ada peminat tapi, sebenarnya ramai tau peminat Park Chanyeol tu. Jangan menyesal nanti," Baekhyun sengaja mahu mengusik Tiffany. Tapi Chanyeol memang ramai peminat pun, dari dulu lagi.

   "Yeke? Saya... eh, eh, saya tak habis cakap lagilah Baekhyun" Tiffany mencebik lagi bila Baekhyun melangkah tinggalkan dia seorang diri di pantri itu.

Baekhyun pula tersenyum lebar, dia dapat lihat riak Tiffany berubah apabila dia kata begitu. Mungkin gadis itu sudah mula merasa takut dengan apa yang di katakannya.

    "Hujung minggu ni Taeyeon kena pergi ke Jepun seminggu, ada perkara yang Taeyeon perlu selesaikan" Taeyeon pandang mereka semua yang berada di ruang tamu.

   "Tak apalah kalau macam tu, sayang selesaikan semua kerja dulu dekat sana, oppa tak kisah tapi sayang kenalah jaga diri sayang tu bila duduk dekat negara orang" Baekhyun mengalih pandangan ke arah isterinya.

   "Betul tu Taeyeon noona, noona bila pergi tempat orang tu kena jaga diri elok elok, kita tak tahu apa yang akan jadi nanti" Taehyung pula bersuara.

   "Betul apa yang Baekhyun dengan V cakap tu Taeyeon, nanti jaga diri tu baik baik sikit. Jangan nak main mata" appa Byun pula bersuara memberi peringatan.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now