Part 57

490 72 19
                                    

Setelah mengambil Taeyeon, mereka semua makan malam bersama. Sepatutnya YeonJi tidak ikut, tetapi dah kerana YeonJi memujuk suaminya supaya membenarkan dia ikut juga, sekarang dia sinilah.

Ada juga mereka mempelawa Tiffany untuk balik bersama, tapi Tiffany tolak kerana ahli keluarganya sudah datang untuk mengambil dia pulang. Jadi mereka tak kisah.

Sampai di rumah Taeyeon terus masuk mandi, kalau dah baring nanti dia akan jadi malas nak bangun dah. Jadi langkah terbaik adalah, mandi dahulu sebelum buat benda lain. Lagipun badan dia pun dah rasa melekit semacam dah.

Baekhyun melangkah keluar ke balkoni, dia pandang ke arah pintu bilik dan pintu bilik air. Dia nak bersms dengan JaeHan sekejap, nak bincang sikit pasal plan mereka memandangkan Taeyeon sudah kembali ke Korea ini. Lagipun petang tadi dia mula rasa semacam sahaja, ingatkan nak tunggu lagi seminggu dua, tapi nampaknya tak boleh dah. Dia takut mereka akan perasan akan perubahannya.

Dia, Byun Baekhyun menghidap kanser tahap dua. Memanglah tak teruk lagi, tapi perlulah lakukan rawatan secepat mungkin.

Baekhyun:
Aku ingat nak pergi Jepun sebelum hujung minggu ni, tapi sempat ke aku buat persiapan?


JaeHan:
Kalau kau dah buat keputusan macam tu tak apalah, nanti aku susun balik baik baik. Kau tak perlu persiapan yang banyak pun, kau cuma perlu jayakan watak mangsa kemalangan sekarang ni. Lain lain nanti aku uruskan untuk kau. Faham?

Baekhyun:
Aku takut kalau aku tak dapat buat dengan baik nanti, kalau kantoi nanti macam mana? Mati aku, mahunya Taeyeon merajuk dengan aku.

JaeHan:
Kau jangan risaulah. Nanti Mi Na akan uruskan pasal penipuan ni, kau perlu berlakon sikit je. Iaitu jadi macam orang sakit, tak payah nak buat kemalangan patah tangan atau patah kaki pun. Buat je luka dekat kepala sikit, calar balar dekat kaki tangan semua. Habis cerita, nanti kalau kau buat yang membimbangkan sangat, aku takut diaorang akan makin risau bila diaorang tengok kau tak ada dekat hospital tu, hah.

Baekhyun:
Aku tahulah yang tu. Jangan risau, aku takkan sakit teruk teruk. Luaran aku memang tak sakit tapi hanya kau dengan doktor Yoon je yang tahu macam mana keadaan aku yang sebenarnya sekarang ni. Kau uruskan apa apa yang patut, aku blah dulu Taeyeon dah habis mandi pun ni. Nanti dia tengok susah aku nak jawab dengan dia. Thank.

Telefon pintarnya terus di masukkan ke dalam poket seluar yang di pakai, serentak dengan itu kedengaran kunci pintu bilik air di buka. Beberapa saat kemudian, keluarlah Taeyeon dari situ dengan rambut yang berbalut dengan tualanya.

Dia berjalan ke arah almari baju, di ambilnya baju tidur yang mahu di pakainya malam ini. Dia bawa masuk dua tuala tadi ke dalam bilik air, jadi jangan risau.

Baekhyun perhatikan sahaja Taeyeon menyarungkan pakaian di hadapannya, dia tahu Taeyeon perasan akan kelibatnya di sini. Tetapi Taeyeon hanya buat selamba sahaja.

   "Sayang, boleh tak oppa nak mintak lagi sekali? Mana tahu ni kali terakhir kita dapat jumpa, kan?" Baekhyun buat muka sedih untuk menarik simpati Taeyeon.

Pantas Taeyeon toleh ke arah suaminya itu. Dia pelik dengan perangai Baekhyun dua tiga hari ini, selalu sahaja kata begitu. Dia pun makin risaulah bila dengar Baekhyun cakap yang pelik pelik dengan dia.

Usai memakai pakaian tidurnya, Taeyeon mendekati suaminya yang masih berada di balkoni bilik. Tangannya melingkar ke leher Baekhyun, di pandang dalam dalam mata Baekhyun. Dia seperti nampak akan kesedihan yang terpancar.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now