Part 4

892 98 7
                                    

Taehyung melabuhkan punggung di atas deretan kerusi di hospital itu, dari tadi lagi air matanya tidak henti henti mengalir. Hyuk datang mendekati Taehyung, bahu Taehyung di tepuk perlahan. Hyuk tahu yang Baekhyun mengalami satu penyakit, di tempat kerja mereka hanya lima orang sahaja yang tahu tentang penyakit yang di hidapi oleh Baekhyun, Taehyung sendiri, Chanyeol, Hyuk, Woon dan JongSuk.

Taehyung menekup mukanya, esakan kedengaran kuat. Bahunya juga sudah terhinggut hinggut menahan sebak di dada. Dari jauh Taehyung dapat mendengar derapan kasut yang melangkah ke arah mereka, perlahan lahan Taehyung mengangkat muka untuk melihat gerangan tersebut. Kelihatan omma Byun, appa Byun dan juga Chanyeol melangkah mendekati mereka berdua.

Omma Byun dahulu menghampiri Taehyung. "V macam mana dengan keadaan Baekhyun hyung?" Soal omma Byun cemas. Tadi semasa mendapat panggilan daripada Chanyeol, jantungnya bagai nak terkeluar sahaja.

   "Doktor masih tengah merawat Baekhyun hyung, V sendiri pun tak tahu lagi macam mana keadaan dia" Taehyung menggeleng gelengkan kepalanya. Melihat air mata yang membasahi wajah Taehyung membuatkan omma Byun kembali menangis, tadi baru sahaja dia berhenti menangis tapi apabila melihat air mata Taehyung, hatinua kembali jadi sebak. Appa Byun juga terkejut denga apa yang di beritahu Chanyeol itu tapi tidaklah sampai menangis. Perasaan risau tu sudah semestinyalah ada.

Chanyeol mendekati Taehyung, dia pegang bahu Taehyung. Hyuk bangun dari duduknya.

   "Urm... aku gerak dululah Taehyung, Chanyeol. Nanti apa apa bagitahu akulah erk..." Hyuk pandang Taehyung dan Chanyeol. Chanyeol menganggukkan kepala.

   "Thank Hyuk sebab hantarkan hyung aku..." ucap Taehyung sebelum Hyuk meninggalkan mereka.

Hyuk mengukirkan senyuman. "Sama sama, lagi pun dia pun kawan aku jugak tak ada masalah" Hyuk pegang bahu Taehyung sekejap lalu pergi meninggalkan mereka.

Setengah jam kemudian seorang doktor keluar dari bilik yang merawat Baekhyun. Kelam kabut Taehyung bangun dari duduknya, Chanyeol, omma Byun dan appa Byun juga bangun dari duduk mereka. Mereka mendekati doktor tersebut.

   "Doktor, macam mana dengan Baekhyun hyung?" Soal Taehyung.

   "Dia stabil, tak perlu risau lagi. Urm... saya nak mintak keluarga dia masuk bilik saya, ada satu perkara yang saya nak bincangkan" kata doktor tersebut sambil pandang ke arah mereka semua. Omm Byun dan appa Byun menganggukkan kepala mereka. "Ikut saya," doktor tersebut melangkah pergi.

   "V ikut omma dengan appa erk..." pinta Taehyung.

Omma Byun pandang Taehyung dan Chanyeol silih berganti, appa Byun dah jalan dahulu. Seketika kemudian omma Byun menganggukkan kepalanya.

   "Kau pergi, aku tunggu dekat sini. Nanti kalau ada apa apa aku bagitahu dengan kau... nah ambil telefon kau" Chanyeol hulurkan telefon Taehyung. Taehyung mengambilnya lalu berlalu pergi bersama dengan omma Byun. Chanyeol kembali melabuhkan punggung di atas kerusi yang banyak itu.

   "Kenapa dengan Baekhyun sebenarnya?" Soal appa Byun terlebih dahulu.

   "Urm... Encik ni appa kepada Baekhyun ke?" Soal doktor itu tidak menjawab apa yang di tanya.

   "Bukan, kami omma appa saudara Baekhyun dan ini dongsaeng kandung Baekhyun" appa Byun pegang bahu Taehyung. "Omma dan appa mereka sudah tiada"

Mata doktor tersebut beralih ke arah Taehyung. Dia sandarkan badannya pada kerusi kerjanya. "Macam yang semua tahu Baekhyun mengalami penyakit ***(AhYeon tak tahu nak letak apa). Untuk menyembuhkan sakit Baekhyun adalah dengan menjalankan pembedahan" ujar doktor tersebut. "Keadaan Baekhyun semakin teruk sekarang, kita perlu cepat melakukan pembedahan ke atas Baekhyun" sambung doktor itu apabila tiada siapa yang bersuara.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now