Part 20

654 82 23
                                    

Taeyeon dan YeonJi yang baru turun dari tingkat atas terus menapak ke ruang tamu mendapatkan omma dan appa mereka, tetamu yang di katakan juga sudah sampai sepuluh minit lepas. YeonJi menggenggam tangan kanan Taeyeon erat, dia sebetulnya tidak mahu turun tetapi di paksa oleh Taeyeon. Jadi mahu tidak mahu terpaksa jugalah dia turun ke bawah menghadap tetamu.

Taeyeon duduk di sebelah appa dan YeonJi duduk di sebelah omma. Kepala di tunduk sahaja, malas nak tunjuk muka sangat. Lagi pun ada seorang lelaki yang lebih kurang berumur seperti mereka di sini, bertambah malaslah dia nak angkat kepala.

Taeyeon pandang ke arah lelaki yang asyik tersenyum saja dari tadi. "Omo! Comelnya dia ni, agak agak dah ada yeojachingu tak? Jatuh cinta pandang pertama ke apa aku ni," bisik hati Taeyeon sambil tersenyum lebar. Terlupa terus dia pada Baekhyun ketika ini.

YeonJi angkat kepala, dia pandang Taeyeon. Kakaknya sedang pandang ke arah seseorang, terus saja YeonJi pandang ke arah yang di pandang kakaknya. YeonJi berkerut dahi, dia pandang kakaknya kembali. Semacam sahaja pandangan kakaknya pada lelaki muda ini.

   "Ah, lupa pulak nak kenalkan. Taeyeon, YeonJi. Ni anak auntie, Jung JaeHan," auntie Jung mengenalkan anak lelakinya pada Taeyeon dan YeonJi.

Senyuman Taeyeon semakin lebar apabila matanya bertembung dengan anak lelaki auntie Jung ini. Berbeza pula riak yang di berikan Taeyeon dan YeonJi ketika lelaki itu memandang. Lelaki itu mengukirkan senyuman tetapi di balas dengan jelingan oleh YeonJi. Menyampah pula dia melihat senyuman lelaki ini dan juga senyuman kakaknya.

   "Taeyeon, YeonJi dengan JaeHan pergilah berbual dekat luar. Berkenalan dulu, baru senang nak berkawan" ujar Encik Kim sambil memandang dua orang anak perempuannya.

Pantas YeonJi menggeleng. "No. YeonJi tak nak, kalau Taeyeon unnie nak berkenalan silakan tapi jangan libatkan YeonJi sekali. YeonJi tak nak!" Balas YeonJi sambil berpeluk tubuh.

Taeyeon mengerutkan dahi, dia pelik dengan perangai adiknya. Dalam pelik pun Taeyeon bangun juga, dia pandang ke arah JaeHan. "Taeyeon okey je,"

JaeHan juga bangun, dia tersenyum ke arah Taeyeon.

   "Apa YeonJi ni" bisik Puan Kim tidak puas hati. YeonJi mencebik. "Tak apa kalau YeonJi tak nak, Taeyeon dengan JaeHan pergilah berbual dekat luar," Puan Kim mengukirkan senyuman.

Taeyeon dan JaeHan serentak mengangguk, lalu mereka melangkah keluar.

Semakin lebar senyuman Puan Kim melihat anak sulungnya. "Kalau macam ni, agaknya kalau nak kahwinkan diaorang mesti Taeyeon nak, kan" kata Puan Kim sendiri. Senang dengan balasan anak sulungnya, tidak seperti anak bongsunya yang ini. Masam mencuka sahaja wajahnya.

   "You..."

   "Kim Taeyeon, just panggil I Taeyeon je" balas Taeyeon ramah.

JaeHan senyum. Senang dengan keramahan Taeyeon. "Kim Taeyeon, sedap nama tu. Agaknya lepas ni, tak payah panggil Kim Taeyeon dah," JaeHan pandang atas hingga bawah tubuh Taeyeon.

Taeyeon mengerutkan dahi. Tak faham. "Kenapa pulak?"

   "Yelah, nanti jadi Jung Taeyeon,"

Taeyeon menundukkan kepala, malu pula Taeyeon rasa. Ah, sekarang memang dia sudah lupakan Baekhyun sepenuhnya, setelah mendengar segala apa yang di katakan JaeHan. Manis sahaja Taeyeon rasa apa yang di tuturkan JaeHan.

   "Kenapa pulak jadi Jung Taeyeon?" Soal Taeyeon mengada ngada. Dah faham tapi buat buat tak faham pula.

Senyuman JaeHan juga semakin lebar. "Nantikan kita nak kahwin," balas JaeHan. "I dah ready nak jadi suami you," kata kata JaeHan membuatkan muka Taeyeon menjadi panas.

[✔] Husband Encik P.AWhere stories live. Discover now