Iman Nadhirah tersentak. Dia menyentuh kepala yang dibaluti tudung shawl itu. Tidak puas hati, dia memandang periuk yang boleh nampak pantulan wajah itu. Memang benar, shawl hitam membaluti kepalamya. Dia tersengih memandang Puan Sri Ilyana.

"Err... saja. Cuba fesyen baru."

"Fesyen baru apa ke jadahnya? Fesyen ni dah banyak kali kamu pakai. Yang belit tengkuk ni."

Iman Nadhirah hanya tersengih tidak tahu mahu jawab apa lagi.

Puan Sri Ilyana menggeleng. Ya Allah, ini balasan daripada pernikahan dia dengan Zafriel ke? Astaghfirullah... mintak-mintaklah bukan.

Tak lama kemudian, Iman Nadzir turun dari tingkat atas. Seperti hari-hari biasa, dapur adalah tempat pertama yang akan dikunjungnya. "Morning!"

Iman Nadhirah menghadiahkan jelingan yang tajam buat abangnya. "Morning... bagilah salam, dah tau diri tu orang Islam," sindirnya.

Iman Nadzir menjelirkan lidah. "Dengki! Zafriel mana?"

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Satu jari ditunding pada dirinya. Dia tanya aku ke?

"Yelah. Takkan tanya kat cawan, mangkuk tu kut!"

Iman Nadhirah menjungkit bahu. "Entah."

"Laaa... Zafriel tak bangun lagi ke? Dia tidur lepas subuh tadi ke?" Soal Puan Sri Ilyana. Dia menyenduk bihun ke dalam mangkuk.

Iman Nadhirah menggeleng. "Taklah. Dia mana ada kat bilik tadi."

"Aik? Ke mana, suami kamu tu? Setahu mama, mama yang orang pertama turun ke bawah tadi." Berkerut-kerut dahi Puan Sri Ilyana memikirkan anak kawannya yang sudah menjadi menantunya itu.

Iman Nadhirah sekali lagi menjungkit bahu.

"Habislah, dik. Dia pergi rumah bini pertama dia lah tu," usik Iman Nadhirah dengan senyuman meleret. Kedua-dua belah keningnya dijungkit dua kali.

Iman Nadhirah menjeling abangnya. Merepeklah! Takkan Zafriel dah kahwin sebelum mengahwini dia kut?

Tapi...

Tak mustahil kan? Perkahwinan ni kan atas dasar keluarga saja.

Serta merta hati Iman Nadhirah terasa pedih. Bihun yang sudah beberapa sudu disuap ke mulut terhenti. Perutnya yang tadi berkeroncong minta makan, terus mati seleranya. Iman Nadhirah senyum nipis. Iyalah, siapalah diri aku untuk bertakhta di dalam hati Zafriel Adrian kan? Rintihnya dalam hati.

_____________________________

Zafriel Adrian pulang ke rumah dalam keadaan termengah-mengah. Dia memandang jam di dinding ruang tamu itu. 9.30 pagi. Lama juga dia berjoging pagi itu sampai lupa akan rasa sakit yang dialami. Sebenarnya dia bukan berjoging sangat, lebih kepada berjalan. Masanya banyak terluang di tempat lepaknya di atas bukit.

Cakap tentang rasa sakit, serta-merta belakang badannya terasa sakit. Zafriel Adrian mengaduh kecil. Dia memegang belakang badannya. Perlahan-lahan kaki yang turut terasa sakit akibat tendangan kuat sang isteri mengatur langkah ke dapur. Perut sudah mula berkeroncong.

Pandangannya menyapa Puan Sri Ilyana yang sedang mengemas meja makan. "Ha, Zafriel! Pergi mana tadi?"

Zafriel Adrian menghulurkan senyuman. "Jogging sikit tadi." Dia kemudiannya berjalan ke peti ais. Ingin membasahkan tekak yang terasa kering.

Puan Sri Ilyana mengangguk faham. Keningnya berkerut melihat Zafriel Adrian tidak berjalan seperti orang normal. "Eh, tapi kenapa tengok macam jalan terdengkot-dengkot tu?"

Zafriel Adrian tersentak. "Err... tersadung tadi waktu jogging," temberangnya.

"Ouh. Bukan jatuh katil ya?" Tebak Puan Sri Ilyana.

"Bukan. Bukan." Laju Zafriel Adrian menafikan persoalan itu.

"Okay. Ni kalau nak makan, bihun ada dalam kuali. Nadzir tadi ada cari kamu, tapi Irah kata dia tak tahu kamu ke mana."

Zafriel Adrian hanya mengangguk kecil. Dia mengambil sebotol air lalu dituangkan air ke dalam cawan. Diteguk air itu rakus. Habis secawan, dia mengelap mulutnya dengan belakang tangan.

"Mama ke depan dulu ya?" Puan Sri Ilyana meminta diri.

Zafriel Adrian berjalan hati-hati ke kerusi. Kakinya diangkat ke atas kerusi di sebelahnya. Dia mengurut perlahan bahagian yang sakit.

"Padahnya! Dah tahu sakit kaki lagi nak berjogging! Kan dah makin sakit. Padan muka kau, Zafriel!" Bebelnya pada diri sendiri.














★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★✩✩✩★

Maafkan hamba kalau hambar. Hamba sudah cuba sedaya upaya menulis, mencurahkan idea.

Ish, dah kenapa pulak aku berhamba-hamba ni? Ni bukan zaman kesultanan melayu melaka. Hailaaa...

"Ni teringat zaman form one ke camne ni😏"-Iman Nadhirah

"Ha? Form one eh belajar benda tu?"-Fahmi

"Laaa... bukan form five eh?"-Adam

Ish, pasal benda tu pun nak jadi isu. By the way, korang rasa kan, betul ke Zafriel kahwin atas dasar keluarga? And betul ke dia dah kahwin sebelum ni😏😏

Kalau dia memang dah kahwin, agak-agak siapa yang jadi isteri dia😏

Zaara?

Atiqa?

Ke... someone yang tak muncul lagi?

Hehehe... nak tahu tunggulah aku update lagi erk?😂

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now