Episode 4

14K 324 1
                                    

“Ferhad kemalangan Syada. Apa aku nak buat?” Tangisan Hanis memecah kesunyian. Aku hanya tergamam mendengar berita yang dilontarkan dari mulut Hanis. Esok merupakan hari pertunangan mereka. Walaupun hati berbolak-balik, aku tetap menghadirkan diri sehari lebih awal agar dapat membantu apa yang patut untuk kelancaran majlis. Walau apa yang terjadi mereka tetap akan menjadi sahabat aku dunia dan akhirat.
          
Dalam kesakitan, aku memaksa hati menerima semua ini sebagai ketentuan dari Allah untuk menguji setakat mana keimanan yang ada dalam diri hambanya, tetapi aku sendiri tidak tahu setakat mana aku mampu bertahan.
          
“Aku nak melawat Ferhad, kau nak ikut?” Aku bertanya kepada Hanis. Dia nampak lesu kerana terperanjat menerima berita kemalangan Hanis. Hanya gelengan lesu yang mampu Hanis berikan.
          
“Aku takut aku tak kuat. Kau pergi dulu. Nanti kau bagi tahu aku keadaan Ferhad ya Syada.” Mata itu nampak berkaca. Aku tahu dia bersedih, kerana itulah rasa yang sama turut aku rasai.

Aku berjalan menghampiri kedua orang tua Ferhad. Melihat kesedihan diwajah mereka membuatkan hatiku berdegup kencang. Teruk sangatkah keadaan dia?

“Mama.” Aku menegur Puan Salina ibu kepada Ferhad. Mama, pangilan itu ‘dihadiahkan’ kepada aku bila wanita itu mengetahui aku anak yang ketandusan kasih sayang.

Cuti semester kalau tidak ke rumah Hanis, aku akan menjadi seorang yang tidak tahu malu mengikut Ferhad pulang ke rumahnya. Pada waktu itu aku dapat merasa sedikit kasih sayang keluarga yang tidak pernah aku perolehi selama ini. Disebabkan itu jugalah aku menjadi ketagih. Ketagih mempunyai keluarga bahagia sendiri dan ketagih dalam menempatkan aku dalam hati Ferhad.

Tubuhku dipeluk erat. Terasa bahuku dibasahi air mata seorang ibu. Air mata yang aku pertahankan semenjak tadi perlahan menuruni lekuk pipi. Biarlah saat ini kami berkongsi rasa. Andai kata aku mampu memindahkan kesedihan seorang ibu, aku dengan rela hati menerimanya. Belakang badannya aku usap perlahan mengharap kesedihan yang melanda sedikit mereda.

“Mama takut kehilangan Ferhad Syada. Mama tak mampu hidup tanpa anak mama.” Suara hati seorang ibu terluah. Walaupun aku belum berkesempatan memegang gelaran yang di banggakan itu, tetapi sebagai wanita yang hatinya rapuh, sedikit sebanyak aku dapat merasai kesedihan yang sama.

“Insyaallah mama, semua akan selamat, Kita berdoa semoga Allah permudahkan segalannya. Baik atau buruk Syada sentiasa bersama dengan mama.” Hanya itu mampu aku perkatakan. Keadaan Ferhad belum aku ketahui. Yang pasti sedih atau gembira kami harus menerima semua ketentuannya.

“Jangan risau Syada, apa yang terjadi kita terima dengan redha.” Tuan Zamir yang aku panggil sebagai papa memujuk. Dia nampak sedih tetapi sedikit tenang berbanding mama. Mungkin kerana dia sendiri seorang doktor jadi segala kemungkinan yang mungkin terjadi membuatkan dia nampak lebih bersedia.

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now