Milkshake baby.

4.6K 240 35
                                    

Setelah selesai membeli barangan yang diperlukan + makanan untuk jin dalam perut Faris, Iris dan Faris tanpa berlengah terus memasuki kereta yang dipandu oleh Pak Halim .

Kaki Iris pula semakin pulih, cuma rasa sakit yang berdenyut denyut itu masih ada lagi,

Faris pula yang hyperactive tadi sudah mula memperlahankan aktiviti nya,penat barangkali.

Kereta Audi hitam itu menyelusuri masuk ke sebuah kawasan perumahan golongan elit,kawasan perumahan tiga tingkat yang hampir kesemuanya mempunyai kolam renang ,lif persendirian,halaman belakang untuk mak cik atau datin datin yang kebosanan dan memilih hobi bercucuk tanam sebagai penghabis masa,well sekarang kan zaman dunia di hujung jari,nak shoping bukak je Ipad tu ha,pergi tengok Lazada, 11thstreet tak pun IG shop,well datinzzz kann..sebab tu datinz datinz di sini kebosanan duduk dirumah

Faris sedikit pelik dengan suasana kawasan perumahan itu bukan apa cumanya dia seperti sudah biasa dengan kawasan kejiranan itu.

"Sunshine,nama taman ni,taman apa?"tanya Faris mahu kepastian.

"Taman Alpha,kenapa?"

"Huh taman Alpha? lahhhh sama taman lah ni."jawab Faris,benar sangkaannya ini juga taman perumahannya,patutlah sama ja.

"Uh ok"jawab Iris.

"Okey dah sampai"Kata Pak Halim sambil memakir kereta Audi hitam itu kedalam kawasan rumah.Rupanya rumah Iris dalam 15 blok jauh daripada rumah Faris.

"Jom,masuk,hah barang barang semua nanti pak cik bawakkan ,kamu tak payah susah susah"

"Eh takpalah pak cik, Faris boleh tolong bawakkan ,tak jantan lah macam tu pak cik.."Faris cuba untuk menolong pak halim,sambil mengangkat angkat tangan nya bagi menampakkan biceps yang tak beberapa nak biceps .

"Pfft tak payah nak acah baik sangat lah. "kata Iris sambil berlalu pergi.

"Hah kamu jangan ambik hati nak,Cik muda memang macam tu,entah lah,sejak peristiwa tu dia banyak berubah..haih. tapi dia tu baik orangnya..dah kamu masuk dulu biar pak cik yang buat ya."Suruh pak cik halim

Faris hanya tersenyum,dia mengambil beg adidas nya dan berlalu pergi,dia tiada niat pun nak acah baik ke apa,cuma nya ayahnya sentiasa mengajar untuk menghormati dan membantu orng tua dari kecil lagi.

"Hah kamu mesti Faris kan,hah panggil bibik Mak Maria,meh bik tunjuk kamu bilik kamu,kamu mandi dulu ya."Kata Mak Maria sambil membawa Faris ke sebuah bilik di tingkat dua rumah itu.

Bilik itu penuh dengan Hot weels dan robot gundam,gayanya macam bilik lelaki,ataupun mungkin Mak Maria sengaja menghias bilik itu sesuai dengan cita rasa remaja lelaki.

Faris mula membuka baju nya,sebelum masuk ke tandas Faris memperagakan badannya di depan cermin,rambutnya di betul betulkan menggunakan tangan nya,dia tersenyum ,hensemnya.

Seusai mandi,Faris tanpa berlengah lagi terus sembahyang Asar,solat tetap solat,selepas itu dia menyarungkan sweatshirt bersama sweatpants berwarna hitam jenama Adidas,agak agak boleh tak jadi duta Adidas ni?Faris berfikir fikir.

Dari luar sayup sayup kendengaran bunyi gitar dan drum dari luar biliknya,Faris membuka pintu,melihat Najmi si ketua pengawas,Daniel ,Mirza,Iris dan seorang lagi perempuan yang belum dikenalinya.

"Yooooo!!Faris!! meh sini jom join kitorang main monopoly ni!"Daniel mempelawa Faris,bermain bersamanya ialah Najmi ,Daniel dan perempuan yang masih dia belum kenali lagi.

"Haiiii kau mesti Faris kan? I Amelia Shahira,you can call me Kak Shira"kata kak Shira sambil melambai lambaikan tangan nya.Faris senyum .

"Hah kalau kau nak tahu kak Shira ni naib Ketua pengawas,hah aku cakap awal awal lah kau jangan cuba nak try test kak shira ni,dia ni milik abang Najmi je tau"Daniel membisik bisikkan ke arah telinga Faris,punya lah nak bisik sampai terpercik percik air liur,macam pakai hos.

QUEENWhere stories live. Discover now