BIG BROTHA

6.3K 327 2
                                    

I used to be called THE DEMENTE-author

Selepas kelas PE,Faris dan Daniel terus pergi ke locker room,seraya itu mereka terus membuka baju mereka yang basah lencun itu.

"Pergh gila penat main dodgeball tadi,kau tahu,aku dah jadi peserta ketiga terakhir kut bertahan,tiba tiba si mamat nerd tu boleh sailang aku? kau tahu?? aku eyyyyy geramnyaaa eeiii!!"Daniel meluahkan perasaannya tentang rakan sekelasnya yang nak digelar nerd tak nerd,ahh abaikan..

"Hahahha kau tahu,aku kiranya bersyukur lah aku dapat jadi orang yang kesepuluh bertahan..bersyukur weh. "

Jawab Faris, yang kini sedang menukar bajunya yang lebih harum berbanding baju yang basah lencun dek peluh dan keringat yang lagi merimaskan.

Sejurus selesai menukar baju dan seluar,mereka duduk di kerusi panjang,masing masing melepaskan sisa sisa penat yang belum habis akibat bermain dodgeball tadi.

"Oiiii Daaannniiieeell..hah penat ke?"satu suara melontarkan soalan dengan nada sarkastik.

"Ehh bang Najmi,hah bukan penat,cuma frust ni ha.."jawab Daniel sambil melakukan upacara bro fist

Faris memerhatikan dua manusia dihadapannya,sedang seronok berbual,entah apa yang dibualkannya pun najmi tak tahu,kadang si Daniel ini.akan mengerutkan dahinya,kadang si Najmi pula akan ketawa dengan sungguh lantang sekali sehingga ada sedikit jujuran air mata kelihatan.

"Hahahahha ehh dah lah,aku nak balik kelas ni ha,susah kalau jumpa orang macam kau,dok berbual ja..dan aku Najmi, sebagai ketua pengawas yang berdedikasi,ingin meminta diri dahulu okey? Chaauuu~~"kata Najmi berlalu pergi sambil bersiul..

Wait whaaaattt?? Ketua pengawas? Ah sudah? Sekolah ini memang pelik lagi aneh!

"Weh tadi tu siapa?"

"Hah tu senior,ketua pengawas, awat?"Daniel pelik dengan solan yang dilontarkan Faris.

"Ha takdalah,aku tengok gila sempoi je mamat tu..hah kalau aku punya ketua pengawas sekolah dulu,muka dia punya bengis kalah pengetua kau tahu!."

"Hahhahaa dia memang macamtu,tapi,kalau kau nak tahu gila dia dah tahap gila macam Queen tu ha,cuma dia kalau nak dibandingkan,Iris tu lagi gila 9 kali ganda.."Ayat Daniel terbehenti sebegitu sahaja dia tersenyum dengan penuh sinikal,mereka berbual bual sambil menuju ke arah kelas.

"Eh kenapa sembilan kali ganda? kenapa tak sepuluh ja?"

"Ish kau ni banyak tanya pulak ek? Sukahati akulah nak bagi angka berapa pun,yang penting Iris tu lagi gila berganda ganda dari dia kalau tengah naik syeikh kau tahu?"Daniel pandang Faris bagai hendak memimik mimikkan Faris

"Korang ni ada kaitan ke apa? How come korang macam rapat ah?"

"Eh salah ke kitaorang rapat? Hah lagipun kitaorang selalu lepak sama-sama,aku ,Najmi, Mirza, Iris.."

"Mirza?"

"Asal ,kau pelik?Ahahahh kitaorang ni sebenarnya childhood friends,lagipun kitaorang satu taman..  kenal Najmi tu pun sebab abang si Iris tu lah.."Daniel terhenti berkata-kata.

"Abang?"

"Ah,anggapjelah kau tak pernah dengar apa apa.."Jawab Daniel kerisauan,mereka sudah sampai di kelas,seperti yang dijangkakan,kerana bunyi riuh rendah dari kelas itu yang boleh kedengaran dari jauh,pasti kehadiran guru tiada..

Daniel dan Faris menarik kerusi,terus melabuhkan punggung mereka..

Faris memandang persekitarannya,hampir semua sedang seronok berbual,tiada satu pun yang sedang mentelaah buku,Queen pula tiada,Mirza pula sedang asyik membaca buku bertajuk The Perks Of Being Wallflower,Faris tahu dengan hanya melihat kulit buku itu,kerna dia sendiri pernah membaca buku itu..Hahah.

Faris memandang kebelakang,ke arah tempat Queen,terdapat beberapa origami rama-rama,dia pelik,apa je yang best sangat pasal buat origami ni? lipat sana sini,tak penat ke?

"Weh Daniel,pehal Queen tu kan asal cikgu takda,kalau kat kelas,mesti dia buat origami,tu ha.. "tanya Daniel sambil menunjukkan beberapa origami rama rama di atas meja Iris.

"Owh kau tak tahu lagi ke? Benda tu macam amaran,untuk budak budak yang kurang ajar dan jahat,actually benda ni dia bekerjasama dengan pengawas,lagi lagi dengan Najmi,senior yang kita jumpa tu ha..benda ni macam amaran pertama lah, kalau kau tengok kertas yang Iris gunakan tu ada dua warna,satu hitam satu lagi putih,selalunya yang dapat origami hitam tu budak nya kurang ajar atau tak reti nak hormat orang,hah kalau kes ni,Queen akan suruh budak suruhan dia yang sama kelas dengan budak kurang ajar tu untuk memaku origami tu dekat meja dia..."

"Waittt paku?"

"Hah yelah,kadang dia guna riverter jugak..hah aku sambung cerita,so bila dah meja dia kena paku dengan origami tu,orang akan start pulau dia,walau mak cik kantin dan pak guard sekali pun..semua memang tak akan bercakap dengan dia...budak suruhan Queen selalunya akan buli dia macam koyak kan buku ke,bakar rambut diorang ke,kunci dalam bilik air sampai waktu malam ke..ikat kat pokok tengah padang yang ada kerengga ke....macam macam ahhh...lagi teruk cikgu pun akan pulau. tapi jaranglah .kadang kadang kawan baik budak tu pun akan pulau dia...bila dia mintak maaf dengan Queen dan setiap manusia yang dia telah kurang ajar,baru dia bebas dari azab maha menggilakan tu ha.."

"Habis tu kalau yang putih?"

"Kalau putih tu... hmmm..selalunya melibatkan peraturan sekolah,kiranya untuk budak budak yabg langgar peraturan sekolah lah,normaly macam budak yang membuli ke,hisap rokok ke..macam tu lah,ponteng sekolah pun boleh jugak,hah kalau kes ni Najmi,Queen dan budak budak pengawas yang lain akan 'selesaikan',first kitaorang memang akan perhatikan budak tu then kita orang akan masukkan dia dalam satu bilik,start tu kitaorang akan lepaskan kerengga,tikus tikus yang dikutip belakang lorong kedai makan,lepastu kitaorang akan tanya dia melalui healer,tanya dia kenapa dia buat semua tu..dan kitaorang akan tanya soalan yang pelik pelik ,macam game show,setiap soalan yang salah kitaorang akan tambahkan masa 5 minit lagi untuk dia stay dekat situ,unless dia kata dia akan mengalah,and kitaotang akan buat perjanjian,perjanjian menyertai kawad mewakili sekolah.."

"Hah kawad?? Hahhaha aku tak tahulah tapi benda ni lucu sungguh lucu Hahahahhahahah.."

"Mungkin kau kata lucu..kau nak tengok?petang nanti aku tunjuk kau.."

"Hahhah hah yelah nanti aku nak tengok..hahahah"

"Kau kat sana jangan buat muka pelik pulak eh.."Jawab Daniel sambil membuka buku karya William Shakespeare, bertajuk Othello..dan Daniel terus memasuki dunia buku itu tanpa mempedulikan Faris..

Faris menyandarkan badannya kekerusi,dia betul betul pelik dengan pelajar sekolah ini,dia sangkakan pelajar sekolah ini seperti pelajar pelajar di sekolah sekolah sebelumnya,tapi sangkaannya meleset sama sekali,setahu dirinya,sekolah ini sekolah elit..di luar sana bila dirinya ditanya pelajar sekolah mana ,bila dia jawab Iris Secondary School,semua akan ternganga dan memuja pelajar pelajar sekolah itu,katanya pelajar pelajar sekolah itu baik baik belaka lagi pandai maha pandai..

Tapi...entahlahh..



QUEENWhere stories live. Discover now