Sweet like a honey

7.3K 395 12
                                    

HOW BEAUTIFUL IS THIS LIFE
How painful is this life
-MTBD(CL SOLO)

Iris masuk ke dalam walk in wardrobe miliknya,hampir semua bajunya bertona ke arah berwana hitam,atau lebih tepat bajunya hampir semua memang berwarna hitam kecuali beberapa baju seperti baju kurung,itupun digunakan untuk sehari sahaja,seprti waktu waktu raya,Lol c'mmon lah people out there,kalau ya pun minat dengan something berwarna hitam ataupun kau terlalu obses dengan warna hitam,ataupun kau menjadi mangsa fesyen dan terlalu terikutkan budak budak tumblr diluar sana,jangan lah sampai waktu raya pun kau pakai baju kurung hitam sepenuhnya ,plis lahh..

Berbalik kepada baju baju yang dimiliki oleh Iris,dia pernah teringat suatu ketika dahulu,papanya pernah membelikan baju baju berjenama antarabangsa,suka memang suka,tapi yang buat dia kecewa dan tak puas hati adalah kesemua baju yang dibeli oleh papanya berwarna PINK! Sungguh waktu itu dia benar benar kecewa,kerana bapa nya sendiri tidak tahu warna kegemarannya

Akhirnya baju tersebut Iris campakkan ke dalam tong sampah di luar rumah,petangnya Iris lihat ke dalam tong sampah itu,semuanya sudah tiada...hahhaha dia tak kesah pun sebenarnya,sebab dia tahu,itu mesti kerja Maria yang mungkin akan menghantar baju baju itu ke rumah anak yatim yang berdekatan..

Iris mengambil baju crop top berlengan panjang dan tight jeans berwarna hitam,kenapa tak pakai skirt? Haha c'mmon lah,kita nak pergi moshing,bukannya nak menari tiang sana dik oii..

Iris memakai pakaian tersebut,dia mengikat rambutnya dan memakaikan sedikit eyeliner di kelopak matanya,di ambilnya lipstick berwarna hitam berjenama este lauder,dan di aliskan kepada bibirnya.Done.Makeup? hahahha tak perlu,semua itu memang sangat merimaskan,lagi lagi jika kau nak pergi moshing

Dia pergi ke arah closet yang menempatkan kasut kasutnya,lantas dia memilih kasut sneakers berjenama Adidas,dan disarungkan kasut itu kekinya,dia melihat sekali lagi imejnya di cermin,setelah dia berasa puas,dia cepat cepat keluar dari bilik.itu dan terus menuruni tangga

"Maria!! Iris keluar dulu tau! balik mungkin lambat,so tak payah tunggu!"Laung Iris kerana dia tahu Maria sedang sibuk berada di dapur untuk menyediakan bahan memasak untuk sarapan esok pagi.

Setelah lima minit tunggu di luar akhirnya Najmi sampai bersama Range rover hitamnya,

Iris melompat masuk kedalam kereta tersebut,kelihatan Kak Shira dan Daniel sudah ada.

"Sorilah lambat Queen,kau tahujelah perangai minah sebelah aku ni,ada ja yang tertinggal,phone lah ,itu lah ini lahh..haissshh"kata Najmi yang berada di bahagian pemandu.

"Dah ah lepas ni takpayah ajak aku,pergi sendiri lagi bagus.."bentak Kak Shira sambil memandang kearah luar tingkap,kelihatan bulan mengambang dengan cantik sekali..

"Hah merajuk-merajuk pi merajuk sana"kini giliran Najmi pula membalas,masing masing terikut dengan ego sendiri..

"Ishhh!!! Iris!!! kau tengok Najmi ni eeeee benci betul lah!!!Isnin nanti,aku nak kau cakap dengan cikgu Zack supaya turunkan takhta dia!"marah Shira sambil memukul dan mencubit cubit bahu Najmi.

"Aduhh sakitlahhh!!Weh aku tengah drive kan?Kang kalau aku eksiden siapa nak jaga kau hah? Wahai Amelia Shahiraaaaaaaa???..Kau Queen, kau jangan nak ngada ngada ikut cakap kak Shira ni!hish!"

Iris hanya tertawa dengan lagat mereka berdua,dua dua top student,dua dua duduk dalam kelas yang sama,dua dua merupakan pemegang jawatan tertinggi di sekolah,sorang ketua pengawas,sorang lagi penolong ketua pengawas,entah macam mana diorang dapat jawatan tu pun tak tahulah..

Iris tersenyum,mereka saling melengkapi antara satu sama lain,kak shira ni nampak ja selalu pergi moshing sana sini,tapi dia ni baik orangnya,infacts kak Shira ni yang menyebabkan ketagihan merokok abang Najmi semakin berkurangan.

Dia tahu,abang Najmi memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap kak Shira,semua benda sanggup dia lakukan demi kak Shira,bila kak Shira kata bahawa bau badan lelaki yang chainsmoker busuk, terus sahaja Abang Najmi mengurangkan kadar merokoknya daripada satu kotak sehari,kepada dua batang seminggu,hebat bukan kesan cinta sebegini?..

Queen memandang Daniel di sebelahnya,dia juga turut ketawa melihat telatah Najmi dan Shira yang saling mencubit dan menggeletek antara satu sama lain..

Daniel memandang Queen,dia memberikan senyuman kepada nya..Ah Daniel si pengawas yang hampir sama sahaja perangainya seperti dua orang manusia yang dihadapannya..

QUEENМесто, где живут истории. Откройте их для себя