Iman Nadhirah mengangguk faham. "Staf sini pernah buat performance ke?"

Adam gelak. Dia menggeleng. "Tak pernah. Kalau kita orang ada bakat pun, kita orang lebih rela bekerja overtime dari buat performance."

Iman Nadhirah mengerutkan kening. "O...kay?"

_____________________________

"Hey guys! Please hentikan everythi.g yang you all buat sekarang ni. I have something to tell you!" Jerit Adam memanggil semua pekerja di dapur itu.

"Apa benda yang Adam nak? Entah apa-apa aje dia tu!"

"Itulah... entah-entah dia nak promote jamu kat kita lagi tak?"

"Ish, aku dah cakap aku tak nak! Sibuk betul dia ni nak menjual benda-benda merepek tu. Pamogalah, Qu puteh, Manja Kasehlah... ish macam-macam!"

"Hey hey, I heard that okay?" Sampuk Adam. Sesuka hati aje mengata kita! Geram aje...

"Since you're here now, I want to introdush you to..."

"Introduce lah!" Seorang pekerja lelaki menyampuk.

"Adam, tak payahlah speaking. Aku tak paham satu haprak pun!" Atiqa membantah.

Adam merengus. "Fine! Fine! Aku nak kenalkan kau orang dengan our newbie!"

Iman Nadhirah yang berdiri di sebelah Adam mengerling sekilas. Boleh pun cakap aku. Ingatkan nak I you aje! Tapi akunya still disebut dengan penuh lembut.

Adam menyiku Iman Nadhirah meminta untuk memperkenalkan dirinya. "Hai, aku Iman. Iman Nadhirah, pembantu cef."

"Hai, saya Alana, waitress here." Alana menghulurkan tangan untuk bersalam.

"The youngest worker," beritahu Adam.

"Atau Iman yang lebih muda?"

"I'm twenties," jawab Iman Nadhirah. Tidak beritahu umur sebenar. Cukuplah si Zafriel Adrian dan Encik Bakri sahaja yang mengetahui umur sebenarnya.

"Oh, Alana still the youngest. By the way, I'm Irshad. A chef," Irshad memberitahu namanya.

Iman Nadhirah senyum. Dalam masa yang sama terpukau melihat kekacakan lelaki itu. Muka dia ala-ala Shawn Mendes kacukan Melayu.

Eh?

Iman Nadhirah segera menyedarkan diri. Jangan, Iman! Kau tu dah ada Hilman. Teruk nanti kalau dia tahu kau terpesona dengan orang lain!

"Aku Atiqa. Panggil Atiq. Pelayan jugak."

Iman Nadhirah memandang Atiqa atas bawah. Bawah atas. Dia ni lelaki ke perempuan? Rambut pendek macam lelaki. Muka jambu macam perempuan. Suara macho macam lelaki. Tubuh badan macam perempuan. Tapi gaya dia macam lelaki.

Eh, berapa banyak macam daaa!

"Err... Atiqa?"

Semua orang di situ kecuali Atiqa dan Iman Nadhirah tertawa. Apa yang lucu pun Iman Nadhirah tidak pasti. Dia baru saaja masuk uji bakat Lawak Solo ke apa ni? Tapi Lawak Solo bukan baru aje habis ke?

"Dah agak kau mesti confuse punya. Atiq ni perempuan tapi acah-acah tom..." serentak Qaid disiku kuat oleh Atiqa.

"Dia ni spesis Adam jugak. Adam ni kira okeylah lembut aje. Penampilan tak ubah lagi macam perempuan. Tak pernah pakai dress lagi. Si Atiq ni lagi teruk." Irshad memberitahu. Nasib baik dia berdiri jauh dari Atiqa. Atiqa hanya mampu memberi renungan setajam pisau yang baru diasah saja.

"Hei, I tak lembutlah. Dah lumrah I jadi macam ni." Celah Adam.

Iman Nadhirah sengih. Pelik-pelik betul pekerja Restoran Dapur Cinta Manisah ini!

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now