Tak lama kemudian, panggilannya bersambut.

"Hello, sayang!"

Iman Nadhirah menjulingkan matanya ke atas. Mamat nilah kan... suka sangat tak bagi salam! "Assalamualaikum."

Kedengaran tawa kecil di hujung talian. "Waalaikumussalam. Sorry sayang, I lupa lagilah."

"Asyik lupa aje. Mana boleh macam tu. Salam itu walaupun sunat tapi maknanya baik tau. Ni tak habis-habis hello hai, jemu I dengar!"

"Alaa... sorry lah. Dah terbiasalah cakap hai hello dengan orang. Ni ada apa you call? Rindu I eh?"

Iman Nadhirah senyum. Mau tak rindu, sudah berhari-hari dia tidak bertemu dengan kekasih hatinya, Hilman yang dikenalinya di universiti tempat dia menuntut. "Ish, you ni sajalah tu nak usik I."

Hilman ketawa lagi. "Mana ada, Iman. I rindu you. You tak rindu I ke? Dah dekat seminggu kita tak jumpa."

"Mestilah rindu. You tulah, sibuk aje memanjang. Tak habis-habis dengan company bapak you sampai you lupa I," rungut Iman Nadhirah dengan nada merajuk. Sengaja dia ungkit hal kerja lelaki itu.

"Sayang, mana ada I lupakan youn kalau you nak tahu, I setiap hari ingat pasal you tahu?"

Iman Nadhirah menjulingkan katanya ke atas. Entah betul entah tidak kata-kata lelaki itu. "Yalah tu... by the way, I ada great news! You nak tahu tak?"

"Apanya? Of course I want to know."

"Papa I bagi I kerja. Tapi itulah, mama I macam tak restu aje I nak kerja. Bukannya I buat kerja tak elok pun. I cuma nak try kerja kat restoran aje this time.

Hilman menggeleng kecil. Tahu sangat teman wanitanya itu suka mencari pengalaman bekerja. "You ni tak habis-habis nak kerja. Memang patut pun mama you tak bagi. Kerja-kerja yang you buat tu low standard. Untuk orang yang tak berpelajaran bolehlah. Itulah, I suruh you kerja dekat company daddy I you tak nak. Jual mahal. Suka sangat kerja dengan orang-orang macam tu. Memalukan betul!" Tanpa sedar Hilman menghina pekerjaan Iman Nadhirah.

Iman Nadhirah mencebik. Kerja dekat company daddy dia? Baik aku kerja dengan abang aje lagi best! Gaji pun banyak, kerja relaks pulak tu. Iman Nadhirah memang pernah bekerja sebagai pembantu peribadi abangnya di syarikat Tan Sri Nazmi. Abangnya itu bukan beri banyak kerja pun. Banyak yang dia uruskan sendiri. Tugas Iman Nadhirah cuma mengikut abangnya ke mana-mana.

Namun kata-kata Hilman tentang kerja orang tak berpelajaran itu sungguh menyakitkan hati Iman Nadhirah. Dia ingat dia bagus sangat ke sampai mahu hina pekerjaan halal mereka? "Hilman! You ingat sikit I pernah jadi macam diorang. Diorang jadi macam tu, bukan sebab dia orang tak berpelajaran, mereka lebih berpengetahuan daripada orang macam kita ni. You jangan pandai-pandai hina mereka macam you hebat sangat eh? You patut ingat, tanpa seorang tukang sampah, sesuatu tempat itu takkan bersih. Walaupun mereka tak berpelajaran. Hati mereka baik, Hilman! Suci. Apa-apa pekerjaan sekalipun, tak ada beza asalkan ianya halal di sisi Islam! Dahlah I malas nak cakap dengan you. Maklumlah, orang macan you nikan high class! Orang kenamaan!"

Belum sempat Fakhrul berkata apa-apa untuk membela diri talian telah pun ditamatkan.

Iman Nadhirah mencampak telefonnya ke tengah katil. "Dia ingat dia kaya, dia boleh sesuka hati hina orang. Hey, family aku lagi kayalah!" Dia merengus kuat. Patung Garfield yang merupakan pemberian Hilman dicampak ke tepi. Dia menarik selimutnya ke paras pinggang. Lampu tidur di sebelah katil ditutup.

Tidur lebih bagus!




★✩✩★✩✩★

Itu dia! Watak baru sudah keluar. Hilman sebagai boyfriend Iman Nadhirah. So, apa pendapar korang tentang mamat ni. Tau korang mesti bencikan dia punya😂 Ops! Janganlah benci dulu, 😁kita tengok aje apa akan jadi nanti. Sejujurnya aku geli-geleman tulis Iman dengan Hilman duk ber 'I you'. Entahlah... dalam banyak banyak kata ganti nama diri, aku paling tak suka orang gunakan kata ganti nama diri tu. Kalau cakap english boleh diterima lagi. Ni dirojakkan!

Oh ya, diorang ni dah masuk ke alam dewasa tau? Zafriel Adrian belum muncul lagi ni. Maybe next chapter baru dia muncul. Tak sabar author nak munculkan dia.😂

"Ah aku pun tak sabar nak memunculkan diri ni,"-Zafriel Adrian

"Ermm... nak tanya Hilman ke Zafriel lagi hensem?"-Intan

"Fahmi lagi hensem"-Fahmi

"Perasan!😑"-Iman Nadhirah

"Tolong sikit eh, Fahmi. Aku lagi hensem!😏"-Iman Nadzir

"Menyampah *mata ke atas*"-Darmia

"Menyampah cam mana pun, tunang awak jugak😏😏"-Iman Nadzir

*blushing*-Darmia

"Eh, bila masa korang dua tunang ni? Aku tak tahu apa-apapun?"-author

"Entah, saya pun pelik!"-Fahmi

"Dah tak payah pelik. Tutup chapter sekarang!"-Iman Nadhirah

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now