Bab 31

6K 309 2
                                    

Hai , Dian ni . Hari ni hari pertunanganku . Aku memakai pakaian yang indah berwarna cream . Cantik sangat . Mr . H yang pilihkan untuk aku . Cakap pasal Mr . H , sampai sekarang aku tak jumpa dia . Aku langsung tak kenal dia . Abang cakap nikah nanti baru jumpa . Aku tak kisah pun , yang pasti ini bukan kahwin paksa . Aku dengan relanya setuju walaupun hati aku milik Azrul .

"Adik ,"nenek yang berada disebelahku memegang tanganku lembut . Matanya memandang wajahku penuh kasih . Nenek sentiasa sayangkan aku dan aku juga sayangkan nenek .

"Ya , nek ,"balasku dengan senyuman . Aku memeluk bahu nenek .

"Adik nanti kalau dah kahwin , jangan lupa pesan nenek tau . Nenek nak adik dengar cakap suami , keluar rumah dengan izin suami , jangan derhaka . Faham ? Nenek nak adik gembira , nenek ni tak tahu berapa lama lagi nak hidup . Jadi sepanjang sisa hidup nenek ni nenek nak tengok adik senyum . Nenek tak nak tengok adik nangis . Cukuplah adik nangis masa mak dan abah adik meninggal , happy ea ?,"kata nenek .

"Mmmh , adik akan tersenyum sepanjang masa nek . Takkan menangis sebab sedih lagi , ok ?," kataku dengan senyuman semanis gula .

"Jom turun , semua dah sampai tu ,"nenek memegang tanganku dan mengiringiku ke ruang tamu . Mama , bakal ibu mentuaku tersenyum ke arahku . Muka dia yang keibuan amat menenangkan hatiku .

"Cantiknya bakal menantu mama , patutlah anak mama berkenan ,"kata mama kepadaku apabila melihatku yang ayu berbaju kurung moden . Mama mencapai tangan kiriku lalu disarungkan cincin yang amat indah rupanya .

Aku menyalam tangan mama . Mama ni cantik orangnya , Puan Sri pulak tu dan paling penting mama ni muda lagi . Kalau aku jalan dengan mama mesti orang kata kakak dengan adik . Saat ini aku sedar , aku Dian Hafizah binti Ahmad telah sah menjadi tunang kepada seorang lelaki dan pada saat ini juga aku tahu yang aku tak akan meletakkan lagi harapan pada Azrul walaupun hati aku ni masih padanya ,pencuri hatiku .

Selepas majlis selesai aku , abang , nenek dan keluarga tunangku , berbincang tentang bilakah majlis akad nikah akan dilangsungkan . Akhirnya kami semua setuju , i majlis akad nikah akan dilakukanpada awal tahun depan dan diikuti majlis resepsi pada malamnya .

Tapi aku cuma tak setuju mana dengan tarikh yang ditetapkan . 18 Januari ? Hari yang sama dengan hari jadi Azrul dan aku dah janji dengan kawan - kawan lain nak sambut hari jadi dia sama - sama . Nampaknya aku tak bolehlah nak pergi .

"Dian !,"nenek memanggil namaku dari dapur .

"Ya , nek ,"aku bergegas ke dapur .

"Kamu nak balik u bila ?,"soalan nenek membuatkan aku rasa nak lempang muka aku sendiri .

"Abang !!!,"aku menjerit memanggil abang .

"Ye , kenapa ?,"tanya abang , jelas risau denganku yang tiba - tiba menjerit .

"Nak balik . Hantar ,"mataku dikedipkan . Manja sungguh aku ni , boleh je kalau aku bawa sendiri kereta aku dari Perak , tapi aku malas .

"Ok , pergi siap - siap . Abang hantar ,"kata abang . Aku terus masuk ke bilikku dengan segera dan mengemas apa yang patut .

Aku dan abang pun bertolak ke Perak . Dari Kuala Lumpur ke Perak hanya mengambil masa 3 jam . Sepanjang perjalanan abang dan aku berbual .

"Abang , Mr . H tu macam mana orangnya ,"tanyaku kepada abang .

"Dia handsome , tinggi dan ada ciri - ciri lelaki melayu terakhir ,"kata abang dengan senyuman .

"Abang pernah kenal dia ke dulu ?,"tanyaku . Gaya abang bercakap tentang Mr . H macam dah kenal 5 tahun .

"Dia bekas pelajar abang dan budak sekolah kamu juga dulu ,"kata - kata abang buat aku terkejut . Ok , sebenarnya tak kejut pun sebab dia selalu hantar hadiah bawa meja aku .

"Dia umur berapa ?,"tanyaku sebab aku tak tahu dia junior atau senior sebelum ni .

"2O . Sebaya dengan kamu ,"aku terkejut . Dia budak batch aku ?!

"Nama sebenar dia ?,"tanyaku ingin tahu . Rasa ingin tahu membuak - buak .

"Rahsia . Abang dah janji takkan beritahu sampailah majlis pernikahan kamu nanti biar kamu tengok sendirilah dia tu ,"kata abang .

"Ok,"balasku sepatah . Sampai di depan kolej kediaman , aku turun dan bersalam dengan abang lepastu aku masuk ke dalam kolej aku .


Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)Where stories live. Discover now