Bab 5

10.8K 542 0
                                    

Aku berlari ke arah Abang . Abang Daniel ialah guru matematik tambahan yang baharu di sekolah ini . Abang Daniel satu - satunya abang dan adik - beradik yang aku ada dalam dunia ini . Dia ialah sebab utama aku pindah ke sini .

Aku memeluk Abang erat. Sebelum ada orang nampak , aku leraikan pelukan aku . Abang hanya tersenyum melihatku . Dia mengosok kepalaku lembut , dia sangat suka buat macam itu kat aku .

"Macam mana sekolah?Okey ?,"Abang bertanya kepadaku . Aku cuma menggangguk . Aku rindu nak melihat wajah Abang walaupun baru dua hari tak nampak muka dia . Maklumlah , adik manja . Susah sikit kalau terpisah dengan Abang terutama masa Abang masuk universiti dulu .

Abang tersenyum melihatku . Lesung pipitnya terserlah di pipi kirinya menambahkan kemanisan wajahnya yang sangat tampan . Aku suka muka Abang aku . Menenangkan dan mendamaikan jiwa yang memandang .

"Macam mana ? Dapat kawan baru?,"tanya Abang lagi .

Aku gelisah . Abang memang sayang aku tapi sayangnya itu kadang - kadang agak melampau . Dia melindungi ku namun kadang - kadang terlebih melindungi pula . Overprotive brother gitu . Macam mana aku nak cakap yang aku berkawan dengan lelaki ? Nanti dia mesti marah budak lelaki itu .

"Dapat ,"balasku sepatah dengan perlahan . Dia melihatku curiga.

"Nama dia?,"Abang bertanya , ingin tahu nama rakanku yang baharu. Aku resah . Nak tak nak , aku kena jujur dengan Abang .

"Azrul dan Wiliam,"aku memberitahu , jujur. Itu sahaja kawan yang aku ada sekarang .

Abang pandang aku macam nak menelan orang . "Lelaki?!,"tanya dia dengan nada yang tinggi , terkejut dengan pernyataanku.Aku menggangguk .

"Abang nak jumpa diorang ,"Abang berkata , serious . Abang sangat tegas dalam hal berkawan terutama dengan lelaki .

"Buat apa ?,"aku menyoal Abang yang sangat ketat mukanya . Abang memandangku . Muka dia amat serious , menunjukkan bertapa dia titik beratkan aku berkawan dengan siapa .

"Abang , jangan marah diorang . Kalau Abang marah diorang , Adik tak nak cakap dengan Abang lagi . Lagipun , Adik nak berkawan dengan siapa , diorang saja orang yang duduk paling dekat dengan Adik ,"terangku kepada Abang .

Abang memandangku . Mungkin sedikit simpati dengan nasib adiknya ini . "Okey , berkawan lah dengan diorang asal diorang tak kacau Adik ,"Abang akhirnya mengalah . Yeah , boleh berkawan dengan Azrul!!Eh, Wiliam pun ... hihi lupa pula ...

Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)Where stories live. Discover now