Bab 15

7.3K 388 6
                                    

Aku menunggu di padang sekolah . Walaupun sudah ditegah oleh Azrul dan Wiliam namun aku tetap ingin tahu gerangan siapa yang boleh minat dekat aku yang kolot ni . Apa Wiliam dengan Azrul tu , macam mana mereka boleh tahu ? Aku yang beritahu .

-Flashback-

"Boleh!,"jerit Arul dengan Wiliam .

"Macam ni , kalau ada orang tulis surat kat kita pastu kata dia secret admirer kita , kita nak buat apa ?,"tanyaku kepada mereka . Mereka terdiam .

"Tak yah kisah tentang surat tu ,"kata Azrul .

"Bakar surat tu ,"kata Wiliam pula .

"Tapi kalau dia nak jumpa kita lepas tu suruh kita tunggu kat satu tempat tu ?,"tanyaku lagi .

"Tak payah pergi,"kata Azrul .

"Ya , bahaya . Mungkin dia orang jahat ,"kata Wiliam pula .

"Kenapa Dian ? Ada orang hantar surat macam tu kat kau ke?,"tanya Azrul dengan prihatin . Aku hulurkan surat yang berada di bawah meja aku kepada Azrul . Azrul baca surat tu dan memandang aku dengan pandangan yang tajam .

"Jangan pergi ,"suaranya separuh merayu . Tapi kenapa ?Aku harus siasat siapa yang membuat Azrul hampir merayu itu dan siapa dengan penulis surat itu .

-end of flashback-

"Dian ,"seseorang memanggilku .

Aku berpaling dan ternampak seorang lelaki berpakaian pengawas . Aku kenal sangat lelaki ini . Dia ketua pengawas sekolah ni , Luqfi . Dia amat baik dan sopan orangnya . Kenapa Azrul dan Wiliam macam benci dia ?

"Ketua pengawas ?Buat apa kat sini ?,"tanyaku dengan sopan .

"Oh ! Sebenarnya sayalah yang hantar surat tu kepada Dian ,"dia menunjukkan surat di tanganku . What ?! Ketua pengawas yang hensem plus budiman ni my secret admirer?!

"Jadi Dian sudi tak jadi girlfriend saya ?,"tanyanya . Aku terpaku . What?! Girlfriend ?!No!! Aku takkan jadi girlfriend sesiapa termasuk dia . Tapi macam mana aku nak tolak ?

"Sebenarnya sa-,"kata - kataku terhenti apabila Azrul dan Wiliam datang .

"Kau lagi ? Luqfi , berapa perempuan kau nak main ?Tak cukup ke perempuan kau selama ni ?Nak juga kau kacau perempuan aku ?Berapa kali aku cakap jangan kacau Dian?,"kata Azrul separuh menjerit . What ?! Perempuan aku ?! Aku tak tahu kenapa tapi aku suka dengar tu . Mungkin maksud dia kawan kot .

Luqfi tersenyum sinis . Dia tergelak jahat . "Main ? Hei , kau jangan nak kata kat aku kalau kau pun sama ! Macam aku tak tahu yang kaulah yang tampar adik aku ! Kau tahu tak adik aku demam seminggu sebab kau ?!Setakat perempuan ni apalah sangat ?! Aku tak rasa dia akan terima aku dan untuk pengetahuan kau , aku tak nak mainkan dia sebab aku betul - betul sukakan dia ,"kata Luqfi lalu dia meninggalkan kami .

Azrul tercengang . Aku mengajak mereka balik .

"Jom balik ,"kataku kepada Azrul dan Wiliam . Mereka mengikut langkahku ke pagar utama . Semasa berjalan Wiliam bertanya kepadaku satu soalan .

"Apa sebenarnya jawapan awak tapi , Dian?,"tanya Wiliam dengan perasaan ingin tahu .

"Jawapan saya ialah , 'sebenarnya saya tak suka bercouple lagipun saya minat orang lain', macam tu ,"kataku .

"Minat ?Kau minat siapa ?,"tanya Azrul dengan gelabah .

"Rahsia ,"balasku dengan senyuman .

Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)Where stories live. Discover now