Bab 4

11.4K 545 0
                                    

Dian . Perempuan yang agak pendek . Mukanya comel terutama apabila dia keliru . Cermin matanya bulat di mukanya membuatkan dia lebih comel . Mata coklat menawan miliknya menawan sesiapa sahaja yang memandangnya . Bibir merahnya memikat orang dengan suara merdu miliknya .

Oh , tidak ! Johan Wiliam telah jatuh cinta pandang pertama dengan pelajar baru bernama Dian ! Wiliam tahu dia tak patut mempunyai perasaan terhadap rakan sekelasnya , namun apakan daya , dia telah tersuka tanpa sengaja pada Dian .

Wiliam menjeling Dian dari hadapan . Dian dari tadi sibuk mengulang kaji pelajaran . Tiba - tiba Azrul menegur Dian ,"Dian , jom pergi kantin . Aku laparlah ,"kata Azrul .

Dian bangun mengikut jejak langkah Azrul . "Weh , korang ! Aku nak ikut ! Boleh?," Wiliam mengikut mereka dari belakang .

Wiliam pelik melihat Dian . Dian hanya diam sebelum memanggil Azrul . "Azrul ,"panggil Dian . Azrul berpaling ."Ya , apa?,"Azrul memandang Dian . Dian kelihatan resah . "Mmmh , Dian pergi dulu lah , Rul . Maaf ,"Dian berlari ke arah seorang cikgu lelaki .

"Siapa cikgu itu? ,"tanya Wiliam , dia tak pernah melihat muka cikgu itu sebelum ini .

"Oh , itu ! Itu cikgu baru . Cikgu Daniel namanya ,"balas Azrul meneruskan perjalanan ke kantin. Dia benar - benar lapar dan ingin makan .

"Buat apa Dian berjumpa Cikgu Daniel itu?Sampai tinggal kita berdua . Penting sangat ke?,"tanya Wiliam , curiga . Dia ingin mengetahui apa perbualan Cikgu Daniel dengan Dian , buah hati pengarang jantungnya .

"Manalah aku tahu . Aku bukan kaunter pertanyaanlah. Mestilah penting . Kalau tak pun sebab Cikgu Daniel itu kan cikgu , mestilah kena dengar cakap cikgu . Setakat kau , budak biasa , buat apa dia ikut ,"balas Azrul . Dia rasa soalan Wiliam , soalan yang tak logik dan bodoh .

"Betul juga kata kau ,"Wiliam bagai baru tersedar yang dia itu cemburu buta dan Azrul rasa Wiliam mengakui dirinya itu bodoh .Azrul ketawa macam orang gila .

"Kau ni kenapa? ,"tanya Wiliam . Hairan melihat Azrul ketawa persis nak mati . Wiliam merenung wajah Azrul . Azrul berhenti ketawa .

"Tidak ada apa - apa ,"Azrul masih dengan sisa tawanya . Lucu benar dengan Wiliam sebenarnya . Hahaha ....

Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)Where stories live. Discover now