ㄞ ; Am i crying ? .

1.7K 232 15
                                    

"Aku nangis ke?" Tanya mijoo kepada dirinya sendiri,tanganya sibuk mengesat cecair di bawah matanya sebelum matanya melilar meneliti setiap ruangan bilik itu.

"Omo!" Mijoo terkejut sendiri,mana taknya,ini bukan bilik yang selalu dis tidur atau rehat,nak cakap ni bilik mrs Lee dan mr Lee pun bukan,sebab decoratednya terlalu kemas dan cantik.

Terbuntang mata gadis itu,serta merta dia terkaku,terjeda seketika,dia menekan perit liurnya apabila dia merasakan sepasang tangan melingkar kemas di pinggangnya,satu hembusan nafas yang agak panas itu mula membangunkan sel-selnya yang sedang tidur di leher jinjangnya.

"Awak dah bangun?" Mijoo mengerut dahinya,tidak berani untuk menoleh,fikiranya mula memikirkan benda yang tidak patut difikirkanya.

'Takkan aku tidur dengan namja?! Omma!!' Monolog Mijoo,bibirnya digigit-gigit,matanya ditutup rapat.

"Hey apa ni,saya suami awak lah" serta merta tubuh mijoo dipalingkan menghadap suara itu,mijoo terkaku,matanya tepat memandang mata sepet itu,comel.

"Bwo?" Tanya Mijoo sendiri,sesungguhnya dia langsung tidak mengingati apa yang telah berlaku kepada dirinya, setahu dia,tak pernah pulak dia berkahwin,kepalanya tiba-tiba sakit.

"Mijoo! Gwenchana?" Tanya Jimin risau apabila dia melihat mijoo merangkap kepada isterinya itu memegang kepalanya.

"Dont touch me! Awak siapa?" Kata Mijoo,suaranya sudah naik satu oktaf,suara yang agak kuat bercampur baur dengan rasa sakit kepalanya.

"Eh,tadi kita peluk dia,takda pula dia nak marah-marah" kata Jimin,matanya dikenyitkan membuatkan Mijoo mengerut dahinya,astaga,apakah ini?

"Awak okay tak? Dah awak baring dulu,saya pergi buatkan breakfast" kata Jimin,tubuh Mijoo terus dibaringkannya,nak taknak terpaksalah gadis itu mengikut segala yang dikatakan oleh Jimin,yang penting sekarang adalah kepalanya,ya kepala! Macam nak pecah!

Jimin mengoyakkan senyuman,sempat bibir pucat gadis itu dikucup malas sebelum dia mengesot menuruni katil,mijoo menekan perit liurnya.

Kelakuan Jimin dengan pakaian yang dikenakan di tubuh sasanya membuatkan Mijoo semakin rasa pelik dan nalurinya mengatakan ada sesuatu yang tak kena diantara dia dan lelaki yang tidak dikenalinya itu,jimin hanya mengenakan tshirt putih dan seluar pendek berwarna hitam sahaja,kau rasa ? Seksieeu!!!!!! Handsome!!!! Hotseuu!! Tapi aku rasa ni bukan seksi,tapi seksa.

Mijoo tiba-tiba terblushing sendiri apabila jimin menyenyitkan matanya,menampakkan lagi mata sepetnya atau lebih tepat eyesmilenya.

****

" Tada! Saya harap awak suka" kata Jimin,dulang yang dipegangnya diletakkan di atas kabinet disebelah katil,tubuh Mijoo dianggkat menyuruh gadis itu bangun sedikit,alahai,macam lah mijoo tidak boleh bangun sendiri.

" Awak siapa? Macam mana awak boleh jadi suami saya? Mana omma dan appa saya?" Seloroh Mijoo,sungguh! Dia langsung tidak mengenali lelaki dihadapnnya ini,satu senyuman malas dilempar oleh Jimin kepadanya,cukup membuatkan hati gadis itu memberontak untuk menjerit,jantungnya berdegup kencang,ahh adakah ini dinamakan cinta!!

"Nanti saya jawab soalan awak ya my cutipiest? Sekarang awak makan dulu,awak okay tak ni? Kepala awak tu? Nak saya urut?" Gumam Jimin,tangan gadis itu digengem.

"Awak,saya tanya ni" mijoo tetap berkeras,dia mahu mendengar jawapannya sekarang,taknak tangguh-tangguh!

"Park Mijoo,dengar cakap suami awak ni boleh tak? Isteri yang baik,iyalah isteri yang patuh cakap suami tau" seloroh jimin,alhamdulillah dah masuk islam ya jimin?

"Nama saya Lee mijoo,bukan park Mijoo" balas mijoo agak dingin,kepalanya terus diusap oleh Jimin membuatkan rambut mijoo yang serabai itu menjadi lebih serabai,mijoo berdecik geram,tak habis-habis nak senyum lah!

"Saya nak mandi dulu,awak makan jangan tak makan,kesian little pumpkin kita dalam stomach comel awak tu,lapar dia" terus jimin menapak ke arah almari,towelnya dicapai,tak sampai beberapa saat,bunyi pintu bilik air ditutup.

Mijoo terpempan,tergamam,terkaku,tersentak dan sewaktu dengannya cuba menganalisis kata-kata Jimin,semakin pelik fikiranya melalut,terasa dirinya hampir gila.

"Igae bwoya!!!!" Kata Mijoo,giginya diketap,tubuhnya tiba-tiba menggigil,rasa sakit kepalanya yang tiba-tiba sakit tadi serta merta hilang.

YES,IM VAMPIRE | PJMWhere stories live. Discover now