+Chat+

7K 669 454
                                    

Jaehee

Aku mencuci pinggan mangkuk seusai kami makan malam tadi. Setelah selesai, aku menyandarkan diri berdekatan dengan singki.

Lelaki yang berkerusi roda masuk ke dalam dapur. Bersusah payah dia menolak roda untuk mendekati aku.

Aku tertawa kecil lantas datang ke arahnya. Wajahnya aku elus lembut. Sesekali pipinya aku cium.

Lelaki itu tersenyum manis menampakkan eyes smile. " Kesian sayang saya ni. " ucapnya. Dia mengelus kepalaku.

" Dah lah kerja, lepastu kena jaga saya yang cacat ni. " katanya dengan senyuman yang cuba dibuat. Airmata terbentuk ditubir matanya.

Aku tahu dia masih tak dapat terima kenyataan tentang kejadian 5 tahun lepas. Dimana dia terlibat dalam kemalangan dan...

Kaki kirinya terpaksa dipotong paras lutut akibat hancur.

Dan pusara yang aku pergi dulu?

Pusara kaki Park Jimin 😑

Jimin yang meminta kami membuat majlis pemakaman untuk kaki kiri dia. Bukan main meroyan waktu dia tahu kakinya dipotong.

Aku tahu ending cerita ni tak logik, tapi mana yang lebih baik? Kehilangan Park Jimin atau menerima Park Jimin yang sudah kekurangan upaya?

Aku terlalu cintakan dia, jadi aku buat keputusan sebaik sahaja aku tamat pembelajaran di sekolah menengah, kami terus berkahwin. Lebih senang untuk jaga dia.

Who needs perfect match when you already find someone who you can't live without?

Aku mencubit lembut pipi Jimin. " Chae sanggup buat apa sahaja untuk Chim. " ucapku dengan penuh sopan.

Jimin mencebik. Pipinya sengaja dikembungkan. " Chae ni asyik cubit pipi Chim je. " kata Jimin dengan suara yang mengada.

" Kalau tak cubit, nak suruh Chae buat apa?

" Popo pipi Chim sampai Chim puas. Muehehehe. "

" Amboi! " aku menjegilkan mataku pada Park Jimin yang sibuk tersengih gatal.

" It's more better than I ask for your lips, right? " Jimin menjongketkan keningnya. Aku mencebik dan lantas dia menarik aku duduk diatas ribanya.

Aku melentokkan kepalaku diatas bahunya. Jimin memberikan aku pelukan yang hangat.

" Chaeyang. " bisiknya dengan suara yang menggoda. Aku memejamkan mataku.

" Terima kasih sebab sudi terima kekurangan diri Chim. Terima kasih sebab pernah beri Chim peluang untuk mencintai Chae.

Terima kasih sebab percayakan cinta Chim dan izinkan Chim cintakan Chae sepanjang hayat Chim.

Tak ada sesiapa yang boleh pikat hati Chim selain Chae. Andai kata suatu hari nanti Chim terlupa dengan janji-janji Chim pada Chae, tolong ingatkan Chim. Sebab Chim hanyalah manusia biasa.

I can't describe how much my love for you. Tapi apa yang saya nak awak tahu, yang saya akan sayang awak walaupun hayat sudah tidak dikandung badan.

And the most important thing is, take care of your health and our precious baby. " ucap Jimin diikuti dengan juraian airmata.

Perutku yang sedikit membuncit diusap dengan penuh kasih sayang. Pipi aku dicium sepuas-puasnya oleh Jimin.

Tak pernah dia jemu mengucapkan kata-kata yang sama setiap malam. Jimin mempereratkan lagi pelukan kami.

" I love you. "

" I love you more. "

Tamat

[C] Chat » Park Jimin «Where stories live. Discover now