9:09

4.1K 493 26
                                    

" Hah. Kau order lah apa kau nak. " Taehyung duduk bersebelahan dengan Jaehee. Kunci keretanya diletakkan didalam poket seluar.

" Hm. Aku nak burger double special daging satu, fresh orange dengan kentang goreng. Ok tu je. " ucap Jaehee bersemangat.

Ternganga Taehyung. " Banyak gila kau nak makan! " Taehyung menggeleng-gelengkan kepalanya

" Hak alah. Nak lanje ke tak nak? Tak nak lanje takpe, biar aku bayar sendiri. " Jaehee menjeling Taehyung. Air mukanya yang tadinya ceria kini berubah kendur.

" Okay okay! Aku gurau je! " gelabah Taehyung dibuatnya.

Taehyung terus menuju ke arah penjual burger itu dan memesan makanan. Tak lama kemudian, dia kembali ke tempatnya.

Jaehee yang sedang termenung itu dia biarkan sahaja. Wajah gadis itu dipandang lama.

Terkadang Taehyung sendiri bingung kenapa Jimin buat macam tu kat Jaehee. Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali. Apa tujuan dia sebenarnya?

" Jaehee. " panggil Taehyung. Jaehee sedikit tersentak sebelum dia menoleh ke arah Taehyung. Segaris senyuman terukir di wajahnya. " Apa? " sahut Jaehee.

" Jangan fikirkan sangat lah pasal Ji-- "

" Macam mana aku tak fikirkan pasal dia Tae? Dia buat aku ni macam bersalah sangat. Dia dah tak sayangkan aku ke? Dia layan orang lain bukan main baik lagi, tapi dengan aku? Dia layan macam aku ni ada buat salah besar dengan dia? Bila aku cuba nak berbual dengan dia, dia macam nak tak nak je.

Apa dia betul-betul dah muak ke nak cakap dengan aku? Dia menyampah dengan aku ke? Dia nak lepaskan aku pergi ke? Sakit Tae, sakit. " luah Jaehee dengan air mata berlinangan.

Jaehee menarik Hoodie untuk menutup mukanya dan dia menunduk.

Taehyung mengeluh seketika. " Aku kenal Jimin. Dia tak akan buat sesuatu kalau tak ada sebabnya. Kau bertahan lah. Percintaan ni memang ada banyak dugaannya. " Taehyung menepuk bahu Jaehee yang sedang terhincut-hincut.

" Menangislah puas-puas. Sekurang-kurang air mata yang keluar tu dapat legakan sikit hati kau. " pujuk Taehyung lagi.

Jaehee terus memeluk rapat tubuh Taehyung. Melepaskan segala tangisan yang tersimpan. " Thanks sebab ada untuk aku. " ucap Jaehee dengan suara seraknya.

Taehyung tersenyum kecil sebelum dia membalas pelukan Jaehee. " Aku pernah cakap yang aku sudi untuk jadi bahu kau. Dan aku akan buat apa yang aku cakap. " kata Taehyung sebelum dia memperketatkan lagi pelukan.

[C] Chat » Park Jimin «Where stories live. Discover now