8:05

4.5K 578 84
                                    

Taehyung

Aku berlari menuju ke kelas. Aku perlu cari Jaehee dan beritahu dia yang Jimin masuk hospital. Dan aku akan bawa dia cabut dari sekolah.

Aku tak peduli. Aku risau dengan Jimin. Dia je kawan yang paling terbaik yang pernah aku ada.

Sesampai sahaja aku dikelas, aku terlihat Jaehee sedang membaca buku. Aku menarik nafas dalam.

" Jaehee ah. " panggilku. Jaehee menoleh ke arah aku dengan senyuman dibibir. " Ya? " balas Jaehee.

Aku segera menarik kedua belah tangannya. " Jom cabut. " kataku dengan wajah yang serius. Nak terbuntang mata Jaehee pandang aku. " Kau gila ke? " berkerut dahi Jaehee.

" Gila tak gila lah. Yang penting sekarang ni aku nak jumpa Jimin! " rayuku pada Jaehee.

Makin berkerut dahi Jaehee. Tak faham mungkin. " Apesal pula? Kau ada ma--- "

" ---Jimin masuk hospital. Kau tak baca chat aku ke semalam? " aku memotong kata-kata Jaehee

" Hah?! Apesal?! " jerit Jaehee sedikit kuat.

Aku mengeluh kecil. " Ayah Jimin call aku malam tadi, dia kata suhu badan Jimin bertambah. Sebab tu kena tahan wad. " terangku. Jaehee terkaku.

" Jom? " ajakku sekali lagi. Akhirnya Jaehee mengangguk setuju.

No one

Taehyung dan Jaehee berdiri statik dihadapan pintu wad 3052. Nama pesakit juga turut tercatit pada pintu itu. Park Jimin

" Jom masuk. " Taehyung menarik tangan Jaehee tetapi Jaehee menarik semula tangannya. Dia menggeleng kepalanya.

" Kau pergilah. Aku risau Jimin tak nak jumpa aku. " ucap Jaehee lalu menolak perlahan tubuh Taehyung.

Taehyung menggeleng. " Dia nak jumpa kau. Jom lah. " ajak Taehyung lagi.

" Jimin bukanny--- "

Belum sempat Jaehee menghabiskan kata, Taehgung terlebih ahulu menarik tangannya dan memasuki bilik wad itu.

Sekujur tubuh kecil sedang terbaring kaku menghadap tingkap dan berselimut kain biru muda. Perlahan-lahan Taehyung mendekati Jimin.

" Jimin. " ucap Taehyung perlahan sambil tangannya menyentuh bahu kawan baiknya.

Jimin segera memalingkan tubuhnya menghadap Taehyung. Senyuman kecil dihadiahkan dan segera tubuh sahabat baiknya dirangkul kemas.

" Datang juga kau. " kata Jimin perlahan. Taehyung membalas pelukan Jimin.

Secara tidak langsung, mata Jimin tertancap pada seorang gadis yang berdiri di belakang Taehyung.

" Chaechae. " ucap Jimin. Pelukan mereka dileraikan. Taehyung beralih ke tepi memberi ruang pada Jimin.

Jaehee tersenyum kecil. Jimin mencebik-cebikkan bibirnya seperti mahu menangis. " Chaechae~ Chimchim nak hug. " Jimin mendepangkan tangannya.

Taehyung tertawa kecil. " Aku keluar dulu. Tak sanggup nak tengok kegedikan kau. " ujar Taehyung lantas melangkah keluar.

" Nak hug~ " pinta Jimin lagi. Perlahan-lahan Jaehee datang dan memeluk Jimin.

" Mianhaeyo. " ucap Jimin sebaik sahaja Jaehee berada didalam pelukannya

" Gwenchana. Taehyung dah beritahu saya yang awak memang mengada bila demam. " balas Jaehee lembut.

Mereka meleraikan pelukan. " Chim buat apa sampai demam teruk macam ni? " soal Jaehee penuh prihatin.

" Fikirkan Chae lah. Chim hantar chat Chae seen je. Tak balas pun. Chim call Chae tak angkat. Risau tau tak? " Jimin memukul perlahan bahu Jaehee dengan penumbuk comelnya.

Jaehee tertawa kecil sambil mencuit hidung Jimin. " Chae tidur lah semalam. Niat memang nak chat awak tapi mengantuk sangat. Agaknya yang seen tu sebab Chae buka chatroom kita. " kata Jaehee.

" Entah-entah Chim demam teruk sampai macam ni sebab tak makan ubat. " sambung Jaehee lagi.

Jimin mengerutkan dahinya. " Ma-mana ada! " jawab Jimin tergagap-gagap.

" Eleh. Iyalah tu sebab tak makan ubat. Biasanya orang cakap tergagap ni menipu. " usik Jaehee.

Jimin memuncungkan bibirnya. " Alah... Bukannya Chim sengaja tak nak mamam ubat. Ubat tu pahit. Chim tak suka. " balas Jimin dengan wajah yang ditundukkan.

" Pahit lah baru namanya ubat sayang. " kata Jaehee lalu menggosok kepala Jimin.

Dulang makanan yang terletak dimeja kecil dipandang. " Chim kenapa tak makan sarapan? " soal Jaehee.

" Tak ada orang nak suap. " Jimin memuncungkan bibirnya.

" Aigo~ Nak Chae suapkan? " soal Jaehee. Tersengih Jimin dan lantas dia mengangguk laju.

" Mengada. " Jaehee tertawa kecil.

[C] Chat » Park Jimin «حيث تعيش القصص. اكتشف الآن