7:24

6.8K 883 294
                                    

Jimin

Aku membutangkan baju sekolah aku. Aku merenung cermin yang memantulkan imej kacak aku. Aku tersenyum sendirian.

" Kacak betul kau Park Jimin. " aku tersenyum malu sambil menutup separuh dari mukaku. " Jangan lah pandang. Menci. " kata aku sambil memukul cermin perlahan.

Okay. Jangan nak judge aku sangat. Macamlah korang tak pernah buat.

Bukan nak bangga diri ke apa tapi jujur, aku nampak sungguh kacak dan bergaya. Walaupun ketinggian aku ni sedikit error, namun aku masih tampan giteww.

#MariPijakJimin
#JiminSpesiesJin
#JiminPerasan

Aku menarik nafas dalam. Sekolah, saya mari!

Aku menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Al-maklumlah kaki aku yang terpijak paku tu masih tak baik. Jadi harini ayah aku yang akan hantar aku ke sekolah. yEYYY

" Good Morning Ibu! Good Morning Ayah! " ucapku sambil dibantu oleh ayahku. Dahi mereka berdua aku cium. Cayang kat mowmi and dewdi (*'³'*)

" Sarapan lah dulu. " ibu menghidangkan sarapan pagi untuk aku. Aku mengucapkan terima kasih pada ratu hatiku sebelum menikmati sarapan pagi.

" Siapa nama kawan Chim yang tolong Chim hari tu? " soalan ayah membuatkan aku tersedak.

Dah dua hari aku tak hantar chat pada Jaehee. Aku tak patut buat dia macam tu. Bukan salah dia. Tapi salah aku sebab takut sangat nak luahkan perasaan.

Aku menarik nafas dalam. " N-nama dia Jaehee. Park Jaehee. " jawabku.

" Perempuan? " soal ibu dengan senyuman simpulnya. Aku mengangguk kecil. " Haaaa bawa lah jumpa ibu dan ayah. Ajak dia makan malam sama-sama dengan kita malam ni. " ibu menoleh ke arah ayah sambil mengjongketkan keningnya berkali-kali dengan penuh makna.

Ayah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Wajahku mulai merona merah.

" Haihh. Besar dah anak ayah. " ayah tertawa kecil bersama ibu.

" AYAHHHH! "

" Bibir labuh on the way! Bibir labuh on the way! " jerit Soonyoung a.k.a radio bergerak.

Maka kami semua berlari mengambil tempat duduk masing-masing. Setapak sahaja Cikgu Bibir Labuh itu masuk ke kelas, kami semua terdiam seribu bahasa.

" Bangun! Selamat pagi Cikgu SeokJin! " laung ketua kelas kami, Park Sungjin a.k.a klon Jungkook versi matang.

Sungjin ni bebudak band sekolah, handsome wey. Band dia semua kacak belaka walaupun ada sorang mamat tu juling sikit. Kalau korang tengok mesti meleleh air liur huhuhuhu.

Eh eh tapi jangan syak aku gay! Aku tak ada perasaan kat lelaki okay!

Kami semua dibenarkan duduk lepas ucapkan selamat pagi pada cikgu bibir labuh. Mata aku meliar mencari kelibat Jaehee. Rindu dekat dia.

Dia sedang duduk dan fokus dengan apa yang diajarkan oleh cikgu. Biasalah budak bijak kan?

" PARK JIMIN! Siapa yang kamu duk pandang dari tadi tu?! " sergah Cikgu SeokJin dengan mata yang membesar.

Automatik satu kelas pandang aku macam aku baru lepas buat kes pembunuhan.

" Saya pandang bakal isteri saya. " jawabku selamba. Serius wei, depan cikgu ni jangan sesekali kau menipu. Dia boleh tahu! Aku tak tahu lah dia ni ada guna-guna ke apa.

Cikgu SeokJin mengangguk. " Saya pun dapat lihat tu. Tapi sayang, cinta tak berbalas. " ucap si Bibir Labuh itu dengan sinis.

Aku rasa macam nak sembelih je bibir dia buat sup bibir.

" Cikgu ni membela Jin ke sampai boleh tahu cinta orang berbalas atau tak?

" Alah mesti dia ni membela Jin! Dah nama pun ada Jin! Ish ish ish! "

Okay jap ni sesi mengkritik cikgu ke? Kenapa aku rasa terharu pula ni? Siorang backup aku ke? :'))

" Cikgu senanya jeles dengan Jimin en sebab dia dah ada bakal isteri? "

" Kan? Dah lah tak ada girlfriend! Aku syak dia ni gay! Boooooooo!!! "

" HOI MANA ADA! " marah Cikgu SeokJin.

" Setiap hari nak judge orang. Apa cikgu pernah terfikir nak judge diri sendiri? Oh lupa. Cikgu mesti fikir yang diri cikgu dah terlalu perfect, kan? Sedih. Pedih. " ucap Jaehee.

OH MY JAEHEE PUN BACKUP AKU KE?!!! :')) SAYAAAAAAANGGG I LEB U

Satu kelas menoleh ke arah Jaehee. Susah wei nak dengar di bercakap dalam kelas. Biasanya dia amalkan sikap pergi mampus je bila ada gosip dalam kelas tapi sekarang--?

OMG!! K AKU TERHARU

Wajah Cikgu Seokjin memerah menahan malu. " Cikgu mengadu kat pengetua!! " marahnya lalu pantas berlari keluar kelas sambil menangis gedik.

" PARK JAEHEE MANSAE!!!!! " satu kelas bersorak gembira.

" K. " balas Jaehee tanpa reaksi diwajahnya.

[C] Chat » Park Jimin «Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ