11:16

5.9K 716 161
                                    

Jaehee

Mata aku melilau melihat kenderaan yang lalu lalang di sebelah teksi yang kami tumpang. Entah ke mana Jimin nak bawa aku agaknya?

" Jimin, kita nak pergi mana ni? " soalku pada Jimin yang sedang asyik menghadap telefon bimbitnya.

Jimin menoleh ke arah aku sebelum dia tersenyum comel. " Ke suatu tempat yang jauh dari sekolah. " Jimin tersengih lalu dia merapatkan tubuhnya dengan tubuh aku.

" Jae, say cheese! " belum sempat aku membuat apa-apa gaya, Jimin sudah menekan butang tangkap.

Aku mencebik. " Orang belum sedia lagi dah ambil gambar! Bak sini! " aku merampas telefon bimbit Jimin dari tangannya.

" Kimchi~! "

Klik!

Aku melihat hasil tangkapan selfie aku bersama Jimin. Oh wAit---

Dalam gambar ni, Jimin tenung aku dari tepi dengan jarak yang dekat.

Tiba-tiba sahaja aku dapat merasakan hembusan nafas Jimin dipipi aku. Dem. Dengan teragak-agak aku menoleh ke arah Jimin.

OH MAK KO HIJO APESAL RAPAT SANGAT DENGAN AKU---

Jimin tersenyum sinis lalu mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah aku.

" Ehem, anak. Teksi pakcik ni bukan pusat maksiat tau. Pakcik tak nak tanggung dosa korang. Dosa pakcik ni dah lah bertimbun macam tak ada peluang aja rasanya nak masuk syurga.

Dah lah bersubahat dengan korang yang ponteng sekolah ni. Kalau nak ikutkan hati, nak aja pakcik hantar korang ke balai polis. Harap anak-anak dapat faham lah ya maksud pakcik.

Al-maklum lah, pakcik dah tua. Mati tu bila-bila je. Pakcik tak nak mati dalam subahat maksiat yang anak nak buat ni. Tapi tu lah, pakcik pun jahat juga masa muda dulu. Nak buat macam mana dah tua baru sedar diri--- blaa blaaa blaaaa... " bebel pakcik pemandu teksi itu setelah melihat tindakan Jimin.

Trimas pakcik! Saya hargai!

Sempat Jimin menghadiahkan aku kenyitan mata dan senyuman sinis sebelum dia menjarakkan sedikit tempat duduk kami.

sTop lah senyum sinis kat aku ಥ‿ಥ

Kenapalah manusia berwajah comel selalu bertukar jadi seksi ಥ‿ಥ

Kami berhenti dihadapan taman permainan. Lel tak romantik betul lah Jeman ni bawa aku pergi date---

hahAHAHAH DATE APA KAU FIKIR NI JAE---

" Jom. " Jimin menghulurkan tangannya. Aku memandang tangannya dan membiarkannya lama. Dengan teragak-agak aku menyambut tangannya.

Jimin menarik tangan aku ke arah buaian. " Chae duduk sini, Chim nak pergi beli aiskrim sekejap! " ucap Jimin dan mencium dahi aku dengan pantas sebelum meninggalkan aku.

Mata aku terbuntang luas. Darah panas mula menyerbu ke segenap wajahku. Apesal dengan aku ni?!

Fikiran aku mula melayang pada kejadian disekolah tadi. Kata-kata Taehyung mula bermain di kotak minda aku.

" Dia fikir aku sukakan kau juga. "

Maksud Taehyung... Jimin sukakan aku?

Hati aku mulai rasa berbunga tetapi dalam masa yang sama, perasaan aku bercampur takut.

Ya, aku takut yang Jimin akan mainkan aku macam mana Papa mainkan Mama

" Chae, termenung jauh nampak? " suara dan hembusan nafas Jimin ditelinga aku menyentakkan lamunan aku.

Dia ni kalau tak bercakap dengan orang kat telinga tak boleh agaknya.

Jimin segera melabuhkan punggung pada buaian bersebelahan dengan aku. " Chae nak ais krim coklat atau strawberri? " soal Jimin sambil menujukkan ais krim yang dibelinya.

" Coklat. " ucapku lalu mengambil aiskrim perisa coklat dari tangannya.

Aku mula makan ais krim dengan berselera sekali. Lapar k lapar. Dah lah tak breakfast.

" Chae~ " lembut sahaja suara Jimin memanggil nama aku. Aku menoleh ke arahnya. " Apa? " tanyaku.

" Aku ada ciri-ciri lelaki yang kau idamkan tak? " soalan Jimin membuatkan aku terdiam.

Jimin menoleh ke arah aku. " Kenapa diam? Kau suka lelaki yang comel ataupun lelaki yang seksi? " soal Jimin lagi.

Aku menarik nafas panjang. Aku tak pernah fikirkan hal tu. Jimin tertawa kecil. " Kalau kau nak aku jadi keduanya, aku tak mampu. " kata Jimin dengan nada rendah diri.

TAK MAMPU? ABESTU TADI TU APA---

Jimin membuat senyuman comel. Tiba-tiba sahaja mukanya merona merah. " Dari awal aku jumpa kau waktu baru masuk sekolah, aku dah sukakan kau.

Hari-hari aku stalk kau. Kadang-kadang bila kau nampak aku, segaris senyuman pun kau tak lemparkan. Hanya jelingan je yang aku terima.

Tapi aku tak kisah, sebab ibu kata perempuan yang tak melayan sangat lelaki ni mahal. Tak pernah jemu aku stalk kau.

Makin hari makin bertambah suka. Lepas tu aku dapat tahu yang Sungjin ada nombor kau, aku terus minta dia walaupun dia berkeras tak nak bagi sebab dia kata nanti abang kau marah.

Aku chat kau. Kecil juga hati bila kau asyik abaikan je chat aku. Tapi aku tetap teruskan usaha, sebab ayah kata kita tak akan dapat sesuatu tanpa usaha.

Tapi sampai lah satu tahap yang baru aku sedar, aku tak sukakan kau pun. " Jimin menghentikan kata-katanya.

Ayat terakhir Jimin umpama menggores hati aku. Sakit.

Jimin memandang tepat ke dalam anak mata aku. " Aku cintakan kau. " ucapnya sekali nafas sebelum tertawa kecil.

Aku terkaku mendengar pengakuannya. Tapi kenapa perlu ketawa lepas cakap macam tu?

" Comotnya bibir kau makan ais krim. Meh sini aku lap kan. " Jimin bingkas bangun dari duduknya dan merapatkan diri bersama aku.

Chup!

Bibir Jimin melekap pada bibir aku. Terbuntang luas mataku. Pipiku merona merah semerah tomato. Lama bibirnya dibibir aku.

Jantung aku bagaikan mahu tercabut!

Tidak lama selepas itu, Jimin meleraikan ciuman kami.

" Neomu saranghaeyo, Park Jaehee. "

[C] Chat » Park Jimin «Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt